19 February 2008

Zubiaq!

Bila membaca tulisan Zubir, saya boleh "relate" prinsip yang beliau pakai dahulu dan sekarang dalam menjalankan tugas beliau.

Masa di KIK dulu, saya agak rapat dengan beliau. Tak taulah kalau dia tak ingat yang ni. Kami selalu keluar ke "pekan" bersama -sama. Cuma bila saya berjalan dengan beliau agak janggal sikit. Beliau pakai baju "biru", dan saya pakai baju putih. Bila dia jumpa geng-geng "prefect" dia, saya rasa macam "out of place" sebab saya ni kan "incompatible" dengan semua "prefect2" tu. Ye lah, sebagai seorang yang agak "nakal", mana kita boleh ngam dengan semua pengawas-pengawas tu.

Dalam baik macam tu dengan si Zubir pun, bila sampai masa penguatkuasaan undang-undang dan peraturan, dia tidak memilih bulu. Silap haribulan, kawan baik dia dulu lah yang kena penguatkuasaan undang-undang tersebut. Sebab itu, jeans kita orang semua yang dia "pau" terlebih dahulu bila sampai time "enforcement" tersebut.

Tabik kat hang Zubir!

Sebenarnya larangan memakai jeans ini bukan sahaja di KIK rupanya. Sekarang di kebanyakan sekolah berasrama, larangan ini masih dikuatkuasakan. Dulu kita dok ingat KIK larang kita pakai jeans sebab kita sekolah agama, so bila warden2 dan prefect rampas jeans kita, kita menentang habis-habis.

Selepas baca tulisan Zubir tu, dan bagaimana pendekatan beliau menangani disiplin pelajar, baru saya tahu betapa perlunya pendekatan yang sebegitu rupa. Di luar sana, terutama di sekolah-sekolah harian, cabaran yang dilalui oleh guru-guru dalam menbentuk akhlak pelajar amat tinggi sekali. Bukan calang-calang guru yang boleh berdepan dengan cabaran sebegini. Memang wajar sekali la, pelempang, cubit dan jemur panas tu.

We need more Cikgu Zubir in our school system.

-Asmawi

No comments: