Assalamualaikum,
Nampaknya blog kita ni semakin hebat dan menarik . Banyak berita, gambar bahkan video pon ada. Semua ini mengusik kenangan kita 30 tahun yang lalu. Sekarang kita mula mengimbau kenangan lama, kadang-kadang ketawa seorang diri. Lihat gambar Latipah di Perlis, sah kalau jumpa saya tak kenal.
Bila baca catatan Asmawi kaki tersepit pintu kereta, saya tersenyum teringat kisah di Asrama masa T4 (Bloc C) . Bukankah kita mengalami masalah bekalan air, malam ada siang tak ada. Kerja saya lepas prep malam dalam pukul 11 saya mula menadah air dalam baldi, lepas tu tolah baldi masuk dalam bilik . Satu malam, saya tadah air dalam baldi di sinki, entah macam mana bila air dah separuh penuh, baldi terjatuh atas ibu jari kaki saya. Sakitnya saya saja yang tahu, akibatnya kuku kaki bengkak dan akhirnya tercabut. Beberapa malam kaki berdenyut, sedihnya jauh dari ibu bapa.
Satu lagi kenangan yang mengusik jiwa. Dulu saya ketawa sekarang saya berfikir semula. Masalah air juga. Petang-petang Pak Sonaria akan menjinjing air dalam baldi dari surau tepi rumah ustaz Adham (tepi pejabat sekolah). Bila terkenang semula itulah pengorbanan yang beliau lakukan.
Sebab itulah bila jadi cikgu, saya garang dengan pelajar , cubit, pulas telinga, jemur panas, bahkan penampar juga kadang-kadang singgah di pipi pelajar. Tujuan satu, supaya mereka jadi baik. Mungkin guru-guru yang bertugas di sekolah asrama penuh tidak melalui suasana begini lebih-lebih lagi yang menjadi pensyarah U. Anda semua menerima pelajar-pelajar yang kami kasari semasa di sekolah menengah biasa. ALHAMDULILLAH setakat ini tiada apa-apa yang buruk berlaku, kereta saya tidak dicalar, tiada serangan dari waris. Sebabnya pelajar-pelajar yang saya kasar dengan mereka tetap menjadi kawan dalam keadaan biasa, jangan maki hamun pelajar, jangan menghina mereka, salah tetap salah, berkawan macam, biasa, pelok pinggang dan bahu mereka. Wallahu A'lam dari ZUBIR RASHID
19 February 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment