Mawi...geramnya aku tak dapat menulis dalam blog tu..
Minggu ni saya betul megeletin (kata Bakri) nak menulis kat blog, tapi tak dapat publish...blog boleh buka, boleh tengok semua apa yang ada, tapi dah menulis tak boleh publish plak...penat aku mengetuk key board ni..
Minggu ni minggu kisah kecederaan ke/ Banyak cerita kecederaan je ni, saya pun teringin nak ceritakan kecederaan saya semasa menaiki keretapi dulu...Saya teringin nak menulis kat blog tu fasal kecederaan saya setelah kecederaan2 yang dialami kawan2 yang diceritakan dalam blog tu...dapat digambarkan kesakitan mereka walaupun mereka lelaki kan...he he..
Saya nak cerita ni fasal kecederaan yang saya alami sewaktu menaiki keretapi balik dari KIK ke Kedah.
Sebenarnya..
Fasal Kecederaan
Peristiwa berlaku masa form 5, dari KIK nak balik kampong..Seperti biasa bila naik keretapi saya suka duduk tepi tingkap...seronok kena angin, lebih2 lagi angin malam.sebab perjalanan kita selalunya waktu malam..dapat tengok pemandangan di luar walaupun malam...paling saya suka melihat pemandangan semasa keretapi melalui Tasik Bukit Merah tu....
Pada malam kejadian, seperti biasa saya duduk tepi tingkap, letak tangan di tingkap, kadang2 letak dagu lagi.. tingkap tu pulak jenis yang boleh di sorong ke atas ke bawah kan..keretapi pulak bergerak terhoyong hayang...nak jadikan cerita, tiba2......bedebum.
Kawan2 bayangkan macamna sakitnya saya masa tu...menangis la...saya tak ingat dah samaada Farah ke, Faridah ke or CTsarah kat sebelah saya...sakitnyaaaaa
Esoknya, dah sampai aloq setaq, ayah mai ambek, bertambah2 lah esakannya...
Balik rumah mak ayah pun sapu minyak angin le..balut dengan daun2 ubat le...tapi...
Now, kawan2 semua jangan risau, semua jari jemari saya dah ada kuku laaaa...dan jari jemari ini terus menulis dan menulis,...jari hantu ni la yang kerap saya guna untuk menekan key board sampai hari ni...he he ...itu la pengalaman naik keretapi .
Kawan2 lain tentu banyak lagi pengalaman naik keretapi ni kan...jom kita kongsi sama2..
Sekian. dari Che Pah
No comments:
Post a Comment