Gen77 yang ada dlm gambag: Roshdi (cekak kepala lutut), Mus (paling belakang), Mat Jeng (pakai neck tie malam dgn baju melayu), Ariffin (panjangkan leher takut tak nampak), Abdullah Ahmad (K), Genghiz (macam terkena karan), Nusi (lagak wartawan), Mat Azit (tumpang sekaki), Samsudin (pegang buku geografi), Mawi (cokoh paling depan) dan sorang lagi ? namanya.
Gambag yang dah kelabu asap ni diambil pada tahun 1977 dalam sebuah bilik di asrama putera ( tak ingat bilik siapa, yang pasti tentu bilik adik2 form 4 yg 4 org tu lah.) pada suatu malam selepas naik prep. Tak tau siapa pulak kawan kita yang gen77 masa tu yang suka sangat ambik2 gambag ni. Yang kita tau ialah Mat Nog Yaakob. Kita tak buat apa2 pun cuma berlakun entah apa2. Zaman kita form 4 dulu, cukup teghuk abang2 senior buat kat kita. Depa pekena kita macam2 benda. Depa buat kat kita macam2 hal. Sehingga kiamat ana rasa kita tak lupa pelbagai cobaan dan keperitan rohani, jasmani dan emosi yang dikenakan oleh puak2 tu kepada kita. Panjannnnnnnngggg ceghita kalau kita nak segarkan semula memori lama tatkala kita berada di KIK tahun 1976 dulu. (Budak2 pompuan tak tau apa yang kita kena). Tapi, semasa kita di form 5, 77, kita layan adik2 kita dengan sangat baik. Gambag ini bukanlah menunjukkan aksi buli gen77 ke atas adik2 gen78. Kita dapat ingat semula bagaimana kita beramai2 bergambar bersama mereka hanya sekadar mengambil gambar sahaja. Rakan2 yang lain yang ada dalam gambar ini boleh membuat komen!
- genghiz
19 February 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment