19 February 2008

Pengalaman Mendewasakan Kita

Hari ini Zubir Rashid menulis. Seronok baca tulisan Cikgu yang penuh semangat dan dedikasi ni. Sebenarnya saya dengan Zubir ni ada tali persaudaraan, orang kata bau2 bacang. Bapa Saudara Zubir berkahwin dengan sepupu saya. Masa mula2 masuk Kolej Islam kami pergi sama2 . Saya, ibubapa dan adik2 saya, Zubir , bapa saudaranya dan Husni Abd Aziz. Kami naik keretapi dari Butterworth.

Sepanjang di KIK kami tidak sekali pun pernah bertegur sapa, sekalipun berselisih tengah jalan. Saya sedar saya pendiam, tapi sekali-sekala terlintas juga fikiran buruk. Siapalah aku, dia pengawas. Bila balik ke kampung nenek / Tok sebelah emak saya, saudaramara terutamanya bapa saudara Zubir yang telah berkahwin dengan kakak sepupu yang paling rapat dengan saya, selalu bertanya hal Zubir ( yang depa panggil Mail ). Jawapan saya selalunya: ”Tak pernah pulak cakap dengan dia”. Tok saya sentiasa tolong memberikan jawapan; ”Orang perempuan mana boleh cakap dengan lelaki.”

Sejak keluar dari KIK saya tak pernah jumpa Zubir. Cuma saya pernah jumpa adik dia yang belajar di KIK. Ada sekali saya datang ke asrama puteri saya tumpang tidur dibiliknya.

Saya pernah jumpa Dr Husni di Hospital Universiti suatu ketika dulu. Saya ziarah orang sakit dan dia sedang menjalankan tugasnya. Keadaan tidak mengizinkan untuk bertegursapa. Saya yakin dia pun tak kenal saya.Sebut nama pun belum tentu dia ingat.

Seperti kata kawan2; ”pengalaman medewasakan kita”. Memang benar. Saya memang tidak dapat bayangkan bagaimana saya yang cukup terbatas pergaulan, sama ada di rumah atau di sekolah akan menjadi seorang guru tadika sekalipun. Saya sesungguhnya tidak pandai bergaul. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui, dengan pengetahuanNya Dia mendidik kita. Dia meletakkan saya dalam suasana yang paling saya takut, dan saya amat tidak tahu & tidak faham untuk menghadapinya. Berhadapan dengan orang ramai!

Hari pertama saya menjalankan tugas di itm, saya terus diarahkan masuk ke kelas. Ketika melangkah kaki memasuki dewan kuliah pelajar penuh sesak sehingga ada yang duduk di atas tangga.Lebih 3/4 dari mereka adalah pelajar lelaki. Saya merasakan diri cukup kerdil ketika itu. Lebih2 lagi di hadapan dan paling hampir dengan saya nampak seperti sebaya malah ada yang lebih tua dari saya. Hati berdebar2 dan kaki tangan terasa sejuk. Yang mampu saya lakukan ketika itu hanya berdoa semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk menghadapi segala2nya !

Alhamdulillah, kini segala2nya telah berlalu.Saya rasa bahagia dengan semua pengalaman hidup yang telah dilalui.Seperti kata kawan2; ”pengalaman telah mendewasakan kita”. Semoga faktor usia menjadikan kita semua tidak lagi kekok untuk bertegur sapa, bertanya khabar berita dan menghubungkan silaturrahim. Dalam usia kita sekarang, rasanya keikhlasan lebih mudah singgah dan menetap dalam hati.


FarahDina.

No comments: