Assalamualaikom semua!
Balik dari masjid Sultan Sulaiman, anak bungsuku yang terkotangkating seorang diri bertanyakan makanan apa yang boleh dia makan malam ini? Sebelum ke masjid dia berpesan supaya aku membeli apa2 makanan utknya. Aku balik tangan kosong. Lantas aku bertanya sekali lagi makanan apa yang dia mahu. "Nasi goreng ikan masin?". Jawabnya "Bukan, Pattaya).
Aku turun semula dari rumah panjang memandu kereta menuju ke restoran di Kg Jawa dan membeli sebungkus nasi goreng pattaya.
Nasib badan bila ditinggalkan anak bapak mertua yang berkursus sana, berkursus sini! Sabo bbanyak.
Eh, dah balik?! Anakku macam tak percaya apabila aku balik cepat sangat. Dia cuma mengadap tv saja setiap hari selepas SPM. Nasib baik tak kena PLKN. Kalau kena, cuma aku seorang saja yang dok kat rumah panjang ni. Rumah panjang ni, dulunya ialah kediaman Pak Kusno. Di bahagian atas pula adalah asrama puteri Blok F. Aku pernah tinggal di rumah itu yang dikenali sebagai Istana Anjung. Banyak memorinya......
Istana itu telah diroboh dan dibina di atas tapaknya sebuah rumah panjang 4 tingkat dan dijadikan sebagai asrama puteri Blok F. Laa ni kami sekeluarga menjadi penghuni rumah panjang ni lah. Di bahagian hujung rumah panjang tu, iaitu di tapak asal istana anjung terdapat 3 buah rumah guru. Kami tinggal di tingkat 3.
Aku membuka hp. Ada mesej dari Mawi. Mawi ajak pi ziarah guru2 kita. Aku kata o.k. Aku kata nak cuba tel cikgu2 yang boleh kita ziarah. Mawi kata lebih baik dari kita dok bersembang2 saja di kedai kopi. Aku kata setuju saja, 2 in 1. Lantas aku kontek Pak Kusno. Respon yang sangat cepat! Pak Kusno cakap esok beliau mahu pulang ke kampung halamannya di Jenjarum, Banting. Katanya di sana ada pasar malam! Selalunya Pak Kusno akan ke sana. Ringkasnya Pak Kusno boleh bertemu sama kita pada malam Jumaat ini iaitu pada 21 feb 08. O.k
Saya akan menghubungi Pak Kusno semula jika pertemuan ini boleh berlaku! Saya terus memberitahu Mawi, dan meminta supaya dipromosikan pertemuan ini! Ingat, kita ngak mahu menyusahkan Pak Kusno sama Auntie! Kita perlu berfikir untuk tidak hanya membawa mulut yang melopong, tangan yang kosong dan perut keroncong saja! Perbincangan seterusnya selepas ini setelah semua gen yang dapat hadir memberi keputusan yang mapan gitu. O.K, semoga teman2 yang berkesempatan atau yang sempat berada di sekitar Lembah Klang sila hubungi Sdr Mawi! Tempat terhad barangkemungkinan.
(Tipah PASTI cemburu. Kalau dekat dia mesti mai punya! Heheeeee...)
Wassalamualaikom!
- Genghiz
No comments:
Post a Comment