Maaf kerana baru sekarang dipermudahkan Allah untuk menulis, walaupun saya terlalu amat ingin untuk menulis sejak balik dari KIK Sabtu malam yang lalu. Namun kerana keletihan, dan kesibukan kerja, saya terpaksa pendamkan hasrat tersebut hingga malam ini. Saya hanya mampu "release"kan gambar-gambar yang diambil pada malam itu juga untuk manfaat kawan-kawan yang tak dapat datang, yang ternanti-nanti "update" dari kita semua. Fuat bertalu-talu hantar sms tanya perkembangan! Sebenarnya, kesibukan kerja mula melanda sejak minggu lepas, sebelum perjumpaan di Kelang lagi. Sebab itu, pada hari Jumaat malam, saya terpaksa membatalkan hasrat untuk datang ke Kelang sebab badan sudah terlalu letih, walaupun saya tahu orang yang komited seperti Puaad masih mampu stay up hingga jam 2 pagi dengan Haji Mang pada malam itu. Kesibukan itu berlarutan hinggalah malam ini. Waktu Mustafa call saya jam 11.00 malam tadi, saya dalam perjalanan balik ke rumah dari satu perbincangan. Saya gagahkan juga menulis malam ini sebab kalau saya biarkan lebih lewat, cerita akan jadi basi.
OK. Now back to our rendezvous di Kelang.
Haji Mang dan Saidi (apologies to Kamilah for plagiarizing her format)
Mula-mula saya kena tabik kepada Haji Mang dan Saidi Kadir yang bersusah payah datang ke KIK dengan penuh nostalgia pada petang Jumaat lagi. Beliau berdua sempat menyampaikan tazkirah kepada pelajar-pelajar KIK pada waktu maghrib hari Jumaat itu, dan kabarnya sempat pula "reminisce" dengan masuk ke kelas 5SC1 dan mengenal pasti tempat duduk beliau 31 tahun yang silam. Oh alangkah syahdunya! Agaknya lagi syahdu bila mengingatkan sekali sekala kita semua diminta berdiri oleh Cikgu Md Isa sewaktu beliau mengajar Kimia. Siapa yang nak duduk cepat kena jawab soalan dengan tepat. Yang tak dapat jawab soalan dengan betul, terus berdiri sampai loceng berbunyi! Aduh.... Kadang-kadang kalau yang tak bernasib baik tu, naik atas kerusi pun pernah kena :).
Keluar saja dari rumah, Muhabbatein sudah call untuk memaklumkan bahawa dia telah berjaya kidnap Che Pah dari LCCT serentak dengan Yunus ditangkap oleh Puaad. Mereka dalam perjalanan dari LCCT ke Kelang. Puaad pula membawa balik Yunus ke rumah beliau di Cheras terlebih dahulu. Mustafa pula dalam perjalanan balik dari Nilai ke rumah beliau, dan selepas itu akan singgah di rumah Naim untuk datang bersama-sama.
Saya sampai di KIK waktu azan zuhur sudah berbunyi di Masjid Sultan Sulaiman. Noorbakry call saya bertanyakan lokasi saya, dan waktu itu saya baharu saja termiss satu junction ke kiri. So I ended up going all the way to Hospital Kelang, make a u turn, then came back up through Jalan Kota Raja towards KIK again. Rugi 15 minit. Noorbakry sempat pekenakan saya kerana masih boleh sesat walaupun nak datang ke alma mater sendiri!
Masjid Sultan Sulaiman
Sewaktu saya membelokkan kereta masuk ke masjid Sultan Sulaiman, di depan saya ialah bangunan lama KIK dan di kanan saya ialah asrama lelaki blok A-D, saya merasa begitu sayu sekali. Campur Syahdu. Here I come! Inilah aku datang kolejku. Dan inilah masjid yang aku jejaki setiap ceruk lantainya, meskipun dalam keadaan "akal yang kurang (meminjam bahasa Fuat)" di waktu itu!
Kalau dalam pertemuan pertama di Nasi King Beriyani dahulu, keunikannya ialah sebagai pertemuan pertama dengan kawan-kawan setelah berpisah 30 tahun, maka keunikan kali ini ialah dapat menjejakkan kaki kembali ke alma mater, dan ke masjid Sultan Sulaiman yang bersejarah itu.
Kedua-duanya mengundang kesayuan dan kesyahduan yang tak terperi.
Sampai di masjid Anson sudah sampai. Muhabbatein call memaklumkan beliau masih dalam perjalanan. Kamilah pula memaklumkan bahawa beliau sudah berada di dalam dewan dengan Rodzi dan mahu proceed makan dahulu sebab sudah lapar katanya. Saya bergegas untuk bersama dengan makmum lain menunaikan solat zuhur.
Selepas solat, saya terus mencari-cari beberapa sudut "favorite" saya waktu di KIK dulu. Setiap malam Jumaat pelajar lelaki diwajibkan ke masjid. Dengan hati yang bebal dan berat, kami semua menapak ke masjid dengan baju melayu putih untuk solat maghrib, membaca Yasin, dan kemudian balik setelah habis solat isya. Saya sempat mengambil beberapa gambar penuh nostalgik itu. Di beberapa penjuru itulah kami membaca Yasin, kami mencuri2 tidur dan bersembang dengan kawan-kawan.
Dewan Besar KIK
Tiba sahaja di depan dewan, kami bertemu beberapa rakan lain. Kamilah dan Rodzi sudah ada di dalam. Setiap kali ada cubaan untuk masuk ke dalam dewan (selepas tuan rumah berkali-kali menjemput masuk), ada sahaja kawan-kawan yang baru datang, jadi setiap pergerakan masuk ke dalam terencat dan masing-masing dengan gamatnya bertegur sapa usik mengusik setelah sekian lama tidak bertemu. Gambar-gambar di bawah menceritakan segalanya:
(Fuat dan Hussin! aku tau hang mesti menggetap bibir baca catatan aku. Now you know how much you lose by not coming!!!!! :) Hang tengok sendiri macam mana Muhabbad ternganga kegirangan!!
Saya rasa acara yang paling gamat ialah semasa bergambar beramai-ramai di atas pentas. Punyalah susah nak susun "budak-budak" ni semua, sampai Muhabbad terpaksa kata "Oii dengar sini. Aku Prefect so kau orang semua kena dengar cakap aku. Yang duduk sana kena beralih ke kiri sikit sebab kau pendek. Kita susun biar nampak cantik sikit!!"
Setelah bersusah payah, dapatlah ambik gambar seperti yang anda dapat tatap di sini:
No comments:
Post a Comment