30 March 2008
Liqa USJ 2008
Saya masih belum dapat mengumpulkan perkataan yang secukupnya untuk menceritakan betapa gembiranya saya secara peribadi dengan pertemuan malam tadi. Usaha saya untuk mempertemukan dua orang sahabat karib semasa di KIK dulu akhirnya membuahkan hasil dan mereka kabarnya berpelukan erat bila bertemu. Malangnya saya belum tiba lagi pada masa itu.
Pertemuan kali ini menemukan beberapa orang "first timers": Yahaya Daud dan isteri yang sekarang bertugas di Bank Islam Pasir Putih. Yusuf Nawang pun kali pertama datang. Khalil Husin juga kali pertama, walaupun beliau ada hadir di perjumpaan Sri Iskandar tempohari.
Terima kasih tidak terhingga kepada Cikgu Kusno, Cikgu Tahir, Cikgu Shahrom dan Cikgu Sushama kerana sudi hadir. Tidak lupa penghargaan setulusnya kepada Fuat Azahari yang sanggup datang dari Guar Cempedak semata-mata menghadiri majlis ini. Juga kepada Wak Man yang berkejaran dari Melaka walaupun sibuk dengan operasi di sana sini. Tidak ketinggalan kepada Puan Fatimah, suami dan anak-anak, dan juga kepada Jaliya yang juga datang bersama ama beliau. Semuanya dari Melaka. Weldan Che Kob serta Saidi Kadir yang datang dari Bentong untuk meraikan majlis tersebut. Khalil Husin datang dari Ipoh untuk bertemu Gen77 Lembah Kelang buat pertama kali.
Itulah semangat Gen77 yang amat kita banggakan sekali. Keep it up.
Sila klik di sini untuk melihat gambar-gambar tersebut.
-Asmawi Mohamad
Syukur Al-HamduliLah.
29 March 2008
Jumpa di 47 Jalan USJ 16/5 Subang Jaya
Lima orang guru sudah mengesahkan kehadiran:
1) Cikgu Shahrom
2) Ustaz Husin Unang
3) Cikgu Kusno
4) Cikgu Sushama
5) Cikgu Tahir (Melaka)
Ada apa-apa masalah sila telefon 012 2060 536 atau 019 5564 565
-asmawi
28 March 2008
Perjalanan ke Sekolah
Bila masuk darjah 2 dan bersekolah petang, saya naik beca Pak Bakaq pula. Dia jiran paling hampir dengan rumah saya. Tiap2 hari bertemankan anak Pak Bakaq yang dah tak sekolah saya pergi menuggu beca dalam jarak 500meter dari rumah. Bersama saya budak lelaki sebaya saya bangsa India, jiran saya juga. Kulit tidak gelap, comel dan tiap2 hari mak dia pakaikan bedak. Dia juga tidak nakal, saya yang nakal, selalu marahkan dia :) Sekarang Apoo dah jadi doktor pakar, buka klinik kulit. Saya harap dia tidak berdendam dengan saya dan kalau dia tak ingat saya lagi bagus :)
Setelah berpindah sekolah di Guar Chempedak, saya tidak lagi naik beca. Ada kalanya naik bas dan kadang2 jalan kaki. Bila balik dari sekolah selalunya jalan kaki. Seronok, boleh singgah kedai dan macam2 lagi....
Bila masuk Kolej Islam tidak ada sesiapa pun antara kita pergi sekolah naik kenderaan. Semua jalan kaki kan ?! Melenggang kangkong beg pun tak payah bawa. Sekarang di jalan yang kita dok melintas dulu tu dah ada jejantas..
Satu hari,ketika masih belajar di Kolej Islam, entah apa sebab dan puncanya ( bila berlaku pun tak ingat :), saya dan Faridah Hj Yahya telah melalui kembali pengalaman naik beca. Kami menaiki beca di bandar Alor Setag . Rasanya nak ke pejabat abangnya di Jalan Telok Wan Jah. Penarik beca ( dia tak tarik beca, kayuh je ! ) tu seorang pak cik dalam lingkungan usia 60an, tapi masih kuat mengayuh becanya. Faridah kecik macam dia la dan saya pun masa tu tak la besar sangat. Tempat duduk masih selesa untuk kami berdua. Bolehlah… naik beca keliling kota sambil sembang2.
Sampai pertengahan jalan... saya terpandang ke belakang, pak cik beca rupanya turun menolak becanya, sedangkan kami senang lenang bersandar atas beca. Saya rasa tak sedap hati tapi tak tau nak buat macam mana. Faridah kemudiannya perasan kegelisahan saya. Dia bertanya; “Awat, ada apa ?” Saya mengarahkan pandangannya ke belakang. Faridah terperanjat dan dia terjerit; “Pak Cik, berenti! “. Pak cik beca terus berhenti ,saya dan Faridah melompat terjun dari beca.Faridah terus hulurkan duit dan kata pada pak cik tu. “Tak palah pak cik , sampai dah”. Dia memarahi saya pasal tak bagi tau awal2 pak cik tu terpaksa menolak becanya. Saya kata sebelum tu dia kayuh elok pun, sampai tempat tinggi sikit dia terpaksa la tolak. Kata Faridah kami sepatutnya turun tak boleh biarkan dia tolak. Kesian pak cik tu berpeluh2...Kami rasa terkilan namun masih sempat tergelak dengan kekalutan yang berlaku :)
Hari ni saya terfikir ; andainya semua orang kesiankan Pak Cik beca dan tak sampai hati nak naik beca, macam mana ya mereka nak terus cari rezeki?!
Walau apa pun, kita perlu bantu mereka yang perlukan bantuan agar mereka dapat mengubah kehidupan kepada yang lebih baik. Namun sekiranya mereka sudah rasa cukup bahagia dengan kehidupan mereka usahlah kita mengganggugugat kebahagiaan mereka. Betul tak ?
Wassalam
FarahDina
TAHNIAH TUAN SYED & MONA
Apa khabar semua? WM doakan antum / teman2 Genkik77 serta guru2 beroleh kesehatan dan kesejahteraan seisi keluarga. Tahniah dan syabas kepada Syed serta Pn.Mona serta anak2 yang mengadakan Liqa' SubangJaya. Mungkin ramai yang akan datang membawa anak dan cucu-cucu. WM masih kat Port Dickson.
27 March 2008
Liqa Subang Jaya 29/3
Warwarkan kepada semua kawan2 yang tiada akses email ini.
Dan kepada yang datang dari luar KL, penginapan di Hotel Summit Subang Jaya akan diuruskan oleh tuan rumah, Free of Charge.
So, orang Melaka semua kena datang.
Orang Bentong dan Karak pun kena datang.
Orang Kuantan dan Temerloh.
Orang KT macam saudara KD kita pun kena datang.
Lastly, Fuat dari Kedah dan semua geng2 Kedah pun kena datang.
Orang Kelantan/Besut pun patut boleh datang.
Wak Man kena bawa laptop dan LCD projector beliau. Kita buat macam kat Melaka dulu.
-Asmawi
26 March 2008
PESANAN SANGAT PENTING! LIQA' SBG JAYA 29.3.08
Assalamualaikom wr wb semua sahabat!
Saya laa ni berada di A Formosa, Melaka.
Sebentar tadi baru terima pesanan dari Sdr Mawi (beliau di KB) meminta saya membuat makluman sekali lagi berkaitan LIQA' Subang Jaya seperti maklumat di bawah. Beliau memberitahu bahawa Sdr Syed & isteri ingin tahu bilangan sahabat2 dan anak2 dll kerana urusan penyediaan blablabla srupsrap dsbnya yang dimasak khas oleh juru masak khas dan terpilih!.
Begitu juga kepada sesiapa yang memerlukan tempat untuk bermalam (Ingat! Utk genghiz & anak2 sahaja 2 bilik, heheee) bolehlah memberitahu sdr Mawi dgn segera kerana YB Syed nak tempah bilik2 penginapan di Hotel 5 star di Subang Jaya! Jadi diharapkan semua sahabat yang akan terlibat dapat mengambil tindakan segera!
Sekian.
Kalau tak faham boleh tanya Sdr Mawi atau hubungi Genghiz!
Liqa' Gen77 di rumah Syed Abu Hussin dan Mona Mohd Ali
Tarikh: SABTU 29/3/2008
Masa: 8 malam hingga 2 pagi (kalau larat)
Alamat: 47 Jalan USJ 16/5
Subang Jaya
Semua suku sakat Gen77 seluruh negara dijemput hadir. Sila warwarkan kepada semua.
25 March 2008
MANA TEMAN YANG LAIN?
Apa khabar semua?, WM doakan semuanya sehat dan gembira disamping keluarga dan kerjaya masing-masing. WM terpanggil untuk bertanya mana teman-teman yang lain, dah lama tak berbicara dan menulis di blog. Hj. Mang pun dah risau. Sibok dan terlalu sibok agaknya. Walau bagaimana pun WM harapkan semua dapat membuka blog dan bertaaruf mengikut jadual yang ditentukan.
Kemampuan serta keupayaan daya saing individu, syarikat sehingga kepada sesebuah negara diukur daripada kemampuan menguasai elemen teknologi maklumat ini. Oleh itu, apakah persediaan kita untuk menghadapi cabaran ini?
Pada hari ini, negara yang melonjak pertumbuhan ekonominya mempunyai keupayaan berdaya saing serta menjadikan k-ekonomi sebagai penggerak utama pertumbuhan ekonominya.
Dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan ini, kemampuan minda untuk menginovasi menjadi pengukur keupayaan ekonomi. Pengurusan yang membelakangkan k-ekonomi akan menjadi usang dan akan melebarkan jurang digital di peringkat pembuat keputusan.
Dari segi perniagaan, mereka yang tidak berdaya bergerak menuruti tuntutan dan perubahan ledakan maklumat lambat laun akan rasa tersisih dalam persekitaran perniagaannya.
Selain itu, perubahan dalam bentuk penyiaran kepada interaktif merupakan asas kepada generasi internet. Mereka mahu menjadi pengguna bukan sekadar penonton.
Internet sebenarnya sedang memberi kesan kepada kita semua. Kaedah mendapatkan kekayaan, struktur organisasi, sifat perdagangan dan pemasaran, penyediaan sistem bagi hiburan dan pembelajaran merupakan bidang-bidang yang cepat berubah.
Menyedari hakikat ini, kita perlu mengambil sikap proaktif mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kecekapan kerana ia kini menjadi asas kejayaan dalam persaingan k-ekonomi.
Jika sedekad yang lalu, e-dagang, k-ekonomi dan kaedah digital menjadi sekadar teori pakar-pakar teknologi untuk menghadapi persaingan dalam era globalisasi, kini ia menghendaki kita bertindak sebagai pelayarnya secara realitinya.
Sekadar suatu pertanyaan, adakah kita masih membuang masa menderaf surat menggunakan pen atau pensil atau terus mengadap komputer untuk mendapatkan maklumat dan mencepatkan kerja?
Jika kita masih fobia menggunakan komputer dalam apa juga perkara, percayalah ledakan maklumat yang mendepani kita tidak akan menunggu sebaliknya ia akan meninggalkan kita lebih jauh dan melebarkan jurang digital sedia ada.
24 March 2008
PUAN LATIFAH - TERIMA KASIH!
Itu saja soalan genghiz. Semoga Puan Latifah Zulkifli berbahagia sepanjang kehidupan di dunia dan akhirat bersama keluarga tercinta.
Wassalamualaikom.
Bakri! Kita sambung lain kali! hEHEEEEeee..
Majlis Kenduri Alor Gajah: Pengumuman Kedua
1) Aturcara ringkas majlis adalah seperti berikut:
3.00 petang: Majlis bermula
7.30 malam: Solat Maghrib berjamaah diikuti tazkirah ringkas
9.00 malam: Majlis Akad Nikah
Sila RSVP kepada Muhabbad (012 635 0046) untuk mengesahkan kehadiran. Beliau perlukan maklumat ini untuk anggaran makanan.
-Asmawi Mohamad
23 March 2008
2 KEMATIAN PADA HARI & TARIKH YG SAMA!
-genghiz
22 March 2008
Hj Mang di Kota Bharu - Ziarah Ustz Adham
& Ustz Sanusi.
Tarikh : 21 Mac 2008
Jam : 1630 hrs
Bertempat di Rumah Ustz Adham di
Perusahan Seri Tanjung
Lot 1020, KM7, Jln Kuala Krai, Kota Bharu
tel : 09 712 6911 e mail - seritanjung@yahoo.com.my
Ustz & keluarga mengusahakan perusahaan membuat resepi rempah.
(lihat photo - meet international standart - kuzi, kuey teow,kerutuk,rendang, beriani & tomato).
Ustz sangat2 gembira dengan kedatangan kami, mengalu2kan kedatangan kenalan2 pada masa hadapan (uzur sedikit - sakit lutut) serta menyampaikan salam kepada semua.
KEMATIAN SATU TAZKEERAH
Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati; Allah menjelaskan dalam Quran tentang prilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini:
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)
WM nak ikut ziarah Datok Dolah ke Muar, Sukran.
Al FATIHAH!
Saya akan ke Muar, Johor selepas solat Zohor hari ni untuk menziarahi bekas pelajar KISAS, Mariam Fadhilah, iaitu seorang dari 25 pelajar2 KISAS yg mendapat 12A1 dlm SPM 2007. Selepas peperiksaan SPM, ibunya telah kembali ke rohmatuLLah. Pagi tadi, ayahnya pula yang menyusul. Kita doakan semoga roh mereka bersama golongan Muttaqiiin, In Sya ALLAH. Al Fatihah...
Saya ingin syorkan supaya kita jadikan Mariam dan adik beradiknya sebagai anak angkat gen77kik! Adik beradik 8 orang. Mariam ialah anak yang kedua. Harap ada sambutan! Sesiapa yang ingin menderma kpd Mariam bolehlah menghubungi Sdr. Mawi / Genghiz. Sekian, Wassalam!
21 March 2008
HADIAH KAWAN DARI SEBERANG
ULANGTAHUN KELAHIRAN BAPAK SOENARIA
Hingga kini saya masih gagal compress video sewaktu di Bandung,saya akan download setelahberjaya.
Utk pengetahuan semua tanggal 22 MAC 2008 adalah ulangtahun kelahiran Bapak yang ke 70 .
Sila hantar sms melaui HP ibu untuk ucapan tersebut , moga Bapak akan bertambah bahagia dan sihat bila menerima sms tersebut
Jangan lupa tulis nama.
+628122005446
MAHABBATEIN
Liqa Subang Jaya 29/3/2008
Tarikh: SABTU 29/3/2008
Masa: 8 malam hingga 2 pagi (kalau larat)
Alamat: 47 Jalan USJ 16/5
Subang Jaya
Semua suku sakat Gen77 seluruh negara dijemput hadir. Sila warwarkan kepada semua.
-Asmawi Mohamad
Ikatan Ukhuwah
marilah kita terus membina persaudaraan dengan asas yang kukuh "Ukhuwah Islamiah".
20 March 2008
Kita orang Melayu
Saya terasa ingin menceritakan sedikit pengalaman yang saya lalui pada hari Rabu, semalam :)
Saya telah bercadang untuk menyelitkan tentang ’Melayu’dalam kuliah pagi tu. Malam sebelumnya pelajar-pelajar di Shah Alam telah dihidangkan dengan ceramah tentang Melayu oleh penceramah jemputan. Maklumlah UiTM adalah tempat mendidik dan mengasuh anak-anak Melayu sejak mula ia ditubuhkan lagi ....
Saya tidak punya banyak maklumat tentang apa yang nak saya sampaikan ini. Tapi saya teringat artikel yang pernah saya temui dalam blog Asmawi Mohamad ( semasa belayar di alam maya saya pernah singgah di blog Asmawi dan keluarganya. Saya agak2 juga ini budak Sains 1 yang ambik Bahasa Arab bersama Padzilah masa SPM 77 tu.Nama dia dan kakaknya ada kat Dewan KISAS tu :) ) Sajak ’Melayu’ oleh Usman Awang. Saya masukkan sajak tu dalam slide ( harap Asmawi menghalalkannya J).
Antara bait-bait sajak itu :
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
.........
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Slide saya tayang sambil mengulas mengikut ’pendapatan’ saya. Akhirnya saya menutup tazkirah saya pagi tu dengan kata-kata: ”Melayu itu adalah kita semua. Tanpa Islam Melayu tak kan ke mana.......”. Saya tambah dengan amanat baginda Rasulullah SAW tetang ’asabiyyah dan sabda baginda ; Jadilah orang yang yakin diri dan mantapkan pendirianmu. Juga kata-kata Dr ’Aidh Abdullah al-Qarni: Orang yang berjaya; diredhai Allah kerana keimanannya.Disayangi keluarga kerana kelembutannya. Dicintai manusia kerana akhlaknya.Dihormati masyarakat kerana manfaat yang diberikannya. ( berjaya bukanlah hanya kerana dapat masuk universiti atau jadi orang berpangkat tinggi...)
Selesai kelas pukul 11, sms dari pelajar saya untuk kelas berikutnya saya terima. Dia beritahu no bilik kuliah. Saya tak bawa kunci pejabat hari ni, jadi kelas untuk pelajar ini walaupun hanya dia sorang saya buat dalam bilik kuliah yang besar. Rehn adalah pelajar Cina + Iban beragama Kristian. Dia ambil sabjek Islam yang diwajibkan untuk pelajar bukan Islam. Dia seorang yang rajin dan sentiasa bersungguh-sungguh. Akan datang ke kelas tepat pada waktunya dan selalu juga lebih awal.Kalau saya hantar sms walau pun pukul 5.30 pagi dia akan segera balas. Dalam hampir 2 jam tutorial hari ni, saya ada menceritakan kepada Rehn tentang akal ; termasuk nisbah 1:9 kejadian akal dan nafsu dalam kejadian manusia perempuan dan lelaki. Dia mencelah; ”Patutlah, saya pernah belajar dan menemui hasil kajian tentang perbezaan antara keadaan dan fungsi otak antara lelaki dengan perempuan.Juga kesan akibat berbezaan itu terhadap sikap.” Dia menerangkan sambil menggambarkan kepada saya di atas kertas. Saya menutup kata : ”Selalunya begitulah , bila orang mencari ilmu dan mengkaji mereka akan menemui kebenaran.” ( Akhirnya saya menemui artikel berkenaan dalam internet.Saya tidak pernah tahu tentang hal ini, maklumlah tak pernah belajar) Cukup masa, Rehn membuka laptopnya dan menunjukkan kepada saya tugasan yang telah disiapkanya. Satu folder penuh dengan berbagai gambar dan satu lagi mengandungi penulisannya yang mencecah 44 halaman! Saya suruh buat hanya 15-20 halaman. Saya kata: ”Tak payah print, emailkan saja.”
Selepas tu , datang pula Jun yang sering menelefon saya. Bila disuruh menceritakan apa masalah. Jun selalu ingin bertemu sendiri dan dia sanggup menunggu sampai saya benar2 free (mcm la sibuk sangat :) Hari ni Jun meluahkan satu persatu persoalan yang ada dalam fikirannya dengan sopan dan teratur. Semuanya enam soalan ! Saya membantu sekadar terdaya dan memberikan sedikit keyakinan kepadanya......
Hari ini saya rasa bertambah bahagia ditentukan Allah SWT menjadi pendidik. Rasanya semua kawan-kawan saya Gen 77 juga sedang berbahagia dengan apa saja ketentuan Allah SWT terhadap mereka :)
Wassalam
FarahDina.
(ANTARA WM , X & Y)
KHABAR DARI BANDUNG
Sahabat yang di rahmati Allah SWT,
BAPAK,PUTRI INA , IBU DAN KAK TIMAH
CIKGU TAHIR , IBU DAN BAPAK
DI KAWAH GUNUNG BERAPI -TANGKUBAN PARAHU
MAHABBATEIN
SELAMAT PENGANTIN BARU!
19 March 2008
Pengumuman Penyimpan Mohor Besar Gen77
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,
Pada menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada saya oleh Majlis Besar Gen77, setelah diperkenankan oleh Paduka Muhabbad dan Anson, saya dengan ini mengumumkan bahawa majlis akad nikah adinda kita yang dikasihi, Anson Ismail, dengan En. Johari akan diadakan di rumah Sdr Muhabbad di Alor Gajah, Melaka pada hari Sabtu 12hb April 2008, mengambil tempat majlis yang dicadangkan di tempat yang sama pada hari Sabtu 22hb Mac nanti.
Majlis akan bermula pada jam 7.30 malam dengan solat maghrib, diikuti tahlil dan solat sunat hajat.
Semua kaum kerabat Gen77 dimestikan hadir, kecuali dengan uzur syarie.
Anson mohon saya sampaikan kepada sahabat-sahabat semua harapan beliau supaya kita semua mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan untuk beliau. Beliau juga mohon saya sampaikan pesanan maaf dari beliau di atas apa jua kekeliruan yang timbul.
Saya juga memohon maaf di atas apa jua kekeliruan dan "suspense" yang timbul. Jika ada sesiapa yang mengidap lemah jantung dan terkesan dengan "suspense" selama 48 jam yang lalu, cepat2lah ke hospital untuk mendapatkan rawatan, supaya kehadiran pada 12 hb April nanti tidak terjejas.
-Asmawi Mohamad
Penyimpan Mohor Besar Gen77
18 March 2008
Pengumuman Amat Penting!!!!
KEPADA SEMUA GEN77 DAN GURU-GURU DI SELURUH PELUSUK TANAHAIR MALAYA DAN JAJAHAN TAKLUKNYA
Satu perjumpaan AMAT PENTING Gen77 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: Hari Sabtu 22hb March 2008
Masa: Malam
Tempat: Alor Gajah, Melaka.
Tujuan Perjumpaan: akan diberitahu dalam masa terdekat. Yang penting, sahabat-sahabat semua diminta mengosongkan masa seperti di atas dan bersedia untuk ke Alor Gajah bagi menghadiri majlis tersebut.
Harap Maklum
-Asmawi Mohamad
Penyimpan Mohor Besar Gen77 KIK