Syukur - AlHamdulilLah, WM selamat sampai di bumi Melaka jam 3 pagi. Sepanjang pejalanan pulang dari USJ 16 rumah Tuan Syed dan Hajjah Mona WM dihujani dengan banyak panggilan termasuk panggilan dari Pulau Besar. Terdapat 3 pasangan telah ditahan di BP dan kini menunggu kedatangan WM untuk tangkapan semula. Peringkat awalnya WM rasa tak dapat hadir dipertemuan USJ 16 tetapi menjelang maghrib, hati WM teronta2 untuk kepertemuan di rumah Tuan Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal. Syukur Umi tersayang sanggup menemani WM dan selepas solat maghrib di Merlimau WM bersama UMI terus memecut ke USJ16. Ramai teman2 yang hadir, Kak Ani pun ada tetapi dah balik tak sempat jumpa WM. Yahya Daud dari Kota Bahru, Fuat Ashari, Weldan Dr.Zaki Abd Rahman,Bakry, Naim, Mustafa, Halimon,Datok Dolah n Datin, Dr.Fauzi, Khalil, Arfi, Yusof WN, Saidi Kadir, Faradina, Fatimah Hasan, Jaliya, Anson, Fah Zul, dll. Tetamu kehormat Cikgu Hj.Kusno, Cikgu Hj.Tahir, Cikgu Shusamah dan Cikgu Sahrom . Tahniah Tuan Syed dan isteri Hajjah Mona yang dikurniakan 10 orang anak dan semuanya hebat2 dan didoakan akan berjaya dunia akhirat. Begitu juga didoakan Tuan Syed berjaya dalam dunia perniagaannya.... Tahun 1976/1977 kita semua bersama teman2 GENkik77 kini tahun 2008. 32 tahun satu tempoh yang lama, hari ini kita diketemukan di alam maya .. Syukur semuanya diberikan kesihatan dan pesanan Cikgu Hj.Kusno jangan kita lupa mencari teman2 kita yang masih belum tahu akan nasib mereka, marilah teman2 GENkik77 kita gembeling tenaga terus membina Ukhuwah Islamiyah . Sukran. WM insan kerdil.
Cikgu Sushamah masih ayu...
No comments:
Post a Comment