30 March 2008

Liqa USJ 2008

Alhamdulillah, Gen77 mengadakan anjakan paradigm yang lebih besar dengan penyertaan aktif Sdr Syed Abu Hussin dan Pn Mona Mohd Ali, dua orang Gen77 yang bercinta di KIK dan akhirnya mendirikan rumahtangga dan sekarang mendapat 10 orang cahaya mata.

Saya masih belum dapat mengumpulkan perkataan yang secukupnya untuk menceritakan betapa gembiranya saya secara peribadi dengan pertemuan malam tadi. Usaha saya untuk mempertemukan dua orang sahabat karib semasa di KIK dulu akhirnya membuahkan hasil dan mereka kabarnya berpelukan erat bila bertemu. Malangnya saya belum tiba lagi pada masa itu.

Pertemuan kali ini menemukan beberapa orang "first timers": Yahaya Daud dan isteri yang sekarang bertugas di Bank Islam Pasir Putih. Yusuf Nawang pun kali pertama datang. Khalil Husin juga kali pertama, walaupun beliau ada hadir di perjumpaan Sri Iskandar tempohari.

Terima kasih tidak terhingga kepada Cikgu Kusno, Cikgu Tahir, Cikgu Shahrom dan Cikgu Sushama kerana sudi hadir. Tidak lupa penghargaan setulusnya kepada Fuat Azahari yang sanggup datang dari Guar Cempedak semata-mata menghadiri majlis ini. Juga kepada Wak Man yang berkejaran dari Melaka walaupun sibuk dengan operasi di sana sini. Tidak ketinggalan kepada Puan Fatimah, suami dan anak-anak, dan juga kepada Jaliya yang juga datang bersama ama beliau. Semuanya dari Melaka. Weldan Che Kob serta Saidi Kadir yang datang dari Bentong untuk meraikan majlis tersebut. Khalil Husin datang dari Ipoh untuk bertemu Gen77 Lembah Kelang buat pertama kali.

Itulah semangat Gen77 yang amat kita banggakan sekali. Keep it up.

Sila klik di sini untuk melihat gambar-gambar tersebut.

-Asmawi Mohamad

No comments: