28 March 2008

Perjalanan ke Sekolah

Masa mula2 masuk darjah 1, saya ke sekolah naik beca. Gelap2 lagi dah keluar sebab rumah jauh dari sekolah . Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Perempuan Sungai Petani dan tinggal di Kg Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani, Kedah. Dari rumah saya berseorangan menaiki beca Pak Cik Mat, org Melaka yg tinggal di kampung saya. Pak Cik Mat suka menyanyi sambil mengayuh beca, saya rasa terhibur ( agaknya lagu Dondang Sayang kot ? ). Pak Cik Mat juga tiap-tiap hari akan menghulurkan secebis kertas dan pen kepada saya dengan perkataannya : ”Tulis no nak, besok kalau kena Pak Cik belanja kau”. Tiap2 hari saya menulis angka untuk Pak Cik Mat , tanpa mengetahui bahawa dia sebenarnya minta no ekor dari saya:) Tapi, Alhamdulillah....Pak Cik Mat sekalipun tak pernah belanja saya:) Tak kena kot...

Bila masuk darjah 2 dan bersekolah petang, saya naik beca Pak Bakaq pula. Dia jiran paling hampir dengan rumah saya. Tiap2 hari bertemankan anak Pak Bakaq yang dah tak sekolah saya pergi menuggu beca dalam jarak 500meter dari rumah. Bersama saya budak lelaki sebaya saya bangsa India, jiran saya juga. Kulit tidak gelap, comel dan tiap2 hari mak dia pakaikan bedak. Dia juga tidak nakal, saya yang nakal, selalu marahkan dia :) Sekarang Apoo dah jadi doktor pakar, buka klinik kulit. Saya harap dia tidak berdendam dengan saya dan kalau dia tak ingat saya lagi bagus :)

Setelah berpindah sekolah di Guar Chempedak, saya tidak lagi naik beca. Ada kalanya naik bas dan kadang2 jalan kaki. Bila balik dari sekolah selalunya jalan kaki. Seronok, boleh singgah kedai dan macam2 lagi....
Masuk ke Maktab Mahmud masa tingkatan 3, tiap2 hari naik bas ulang alik lebih kurang 40km. Betul ke Ammar jarak tu, jauh nuu..?! Rasanya Ammar orang terakhir turun bas tiap-tiap hari. Alhamdulillah berkat susah payah kita dapat masuk KIK.

Bila masuk Kolej Islam tidak ada sesiapa pun antara kita pergi sekolah naik kenderaan. Semua jalan kaki kan ?! Melenggang kangkong beg pun tak payah bawa. Sekarang di jalan yang kita dok melintas dulu tu dah ada jejantas..

Satu hari,ketika masih belajar di Kolej Islam, entah apa sebab dan puncanya ( bila berlaku pun tak ingat :), saya dan Faridah Hj Yahya telah melalui kembali pengalaman naik beca. Kami menaiki beca di bandar Alor Setag . Rasanya nak ke pejabat abangnya di Jalan Telok Wan Jah. Penarik beca ( dia tak tarik beca, kayuh je ! ) tu seorang pak cik dalam lingkungan usia 60an, tapi masih kuat mengayuh becanya. Faridah kecik macam dia la dan saya pun masa tu tak la besar sangat. Tempat duduk masih selesa untuk kami berdua. Bolehlah… naik beca keliling kota sambil sembang2.

Sampai pertengahan jalan... saya terpandang ke belakang, pak cik beca rupanya turun menolak becanya, sedangkan kami senang lenang bersandar atas beca. Saya rasa tak sedap hati tapi tak tau nak buat macam mana. Faridah kemudiannya perasan kegelisahan saya. Dia bertanya; “Awat, ada apa ?” Saya mengarahkan pandangannya ke belakang. Faridah terperanjat dan dia terjerit; “Pak Cik, berenti! “. Pak cik beca terus berhenti ,saya dan Faridah melompat terjun dari beca.Faridah terus hulurkan duit dan kata pada pak cik tu. “Tak palah pak cik , sampai dah”. Dia memarahi saya pasal tak bagi tau awal2 pak cik tu terpaksa menolak becanya. Saya kata sebelum tu dia kayuh elok pun, sampai tempat tinggi sikit dia terpaksa la tolak. Kata Faridah kami sepatutnya turun tak boleh biarkan dia tolak. Kesian pak cik tu berpeluh2...Kami rasa terkilan namun masih sempat tergelak dengan kekalutan yang berlaku :)

Hari ni saya terfikir ; andainya semua orang kesiankan Pak Cik beca dan tak sampai hati nak naik beca, macam mana ya mereka nak terus cari rezeki?!

Walau apa pun, kita perlu bantu mereka yang perlukan bantuan agar mereka dapat mengubah kehidupan kepada yang lebih baik. Namun sekiranya mereka sudah rasa cukup bahagia dengan kehidupan mereka usahlah kita mengganggugugat kebahagiaan mereka. Betul tak ?


Wassalam
FarahDina

No comments: