23 February 2008

Titipan Kasih Motel Desa

Assalamualaikum Semua Suku sakat Gen77

Syukur kehadrat ilahi kerna perancangan yg dilakukan oleh orang kuat Ganung Hj Mang dan anak buahnya untuk melaksanakan Liqa' Pantai Timur menjadi realiti. Seramai 18 orang dari Terengganu, Kelantan dan Pahang telah menghadiri majlis yg diadakan ini. Tiada kata2 yg dapat digambarkan disini utk mengisahkan Liqa' ini dgn tepat. Kepada sahabat2 yg hadir mereka boleh bayangkan sendiri kesyahduan dan keterujaan yg dialami. Mcm2 perasaan yang terbit disini. saya tak berhajat utk memanjangkan cerita disini. Utk tatapan semua di uploadkan beberapa potret pertemuan ini yg sempat dirakamkan oleh jurugambar import khas dari Melaka [ anak Muhabbatien ] dgn menggunakan kamera saya.

Lebih syahdunya lagi Liqa' ini adalah kehadiran yg disayangi guru kita Dr Tn Hj Zawawi Ali [ ustaz, tazkirah yang diberikan amat menyentuh perasaan ] Tn Hj Din [ Pengarah IPG Batu Rakit - dulunya guru di KIK, maaf kalau silap, tak sempat tanya nama penuh] serta Pengarah Yayasan Terengganu Tn Hj Kamarul Amin [ junior kita 77/78]

Sahabat2 lain pastinya akan menyusul kemudian dari sudut lensa mereka pula.... insyaallah.

Sekian

Mohd Sanusi Shata


Dr Hj Zawawi Ali sedang menatap gambar lama di KIK yg dibawa dlm pertemuan ini.

Majlis bersalaman ketika Dr Hj Zawawi mula2 tiba. Mohd Zain[ berkacamata terpaksa balik awal kerana ada urusan yg perlu disegerakan] Tiada dalam gambar beramai2.




Hj Mang [ baju jalur ] sedang menerangkan ttg potret lama yg dibawa.


Masih lagi ttg kisah di KIK




Sesi foto diakhir pertemuan.
Depan dari kiri : Saidi Kadir, Imran Tahir, Pengarah YT Kamarul Amin, Hj Mang, Pengarah IPGBR, Dr Zawawi, Yahya Daud, Kahar Daud dan Azami Ghani.
Berdiri dr kiri
: Kamal daril, Mohd Sanusi, Zaki, Razali, Rosli Abas, Muhabbat, Weldan Che Kob, Fuad, Lokman Mamat [ dimaklumkan dan diajak masa saya dlm perjalanan ke tempat pertemuan], Ali Jusoh dan Hashim Sulaiman.

GEMPAQ2 REUNION PANTAI TIMOR BARU AJA HABIS 230 - 630 ptg

A'kum.
Nasik dagang lauk ikan aye tulang rapus dok abih,
Nasik kuning, krepok ikan aye, semua jenis makanang dang minumang dok habis,
hj mang susah hati, dok habis bukang kerana kawang2 dok mari, kerana mereka asyik berpeluk2 kang sapa dok cara makang2 minum'. Lain kali dok payoh tajalah, mereka kenyang dengan pelokang, gurau senda dang mengimbas cerita lama saja, makang minum dok brapa ca'ra!

Kehadirang kik 19 0rang + Ustz Dr Zawawi + Cikgu Khairuddin + Hj Kamarul + Mem Muhabat + mem & 4 anak ana + mem saidi + anak dia + mem kamal + mem Hj Kamarul & anak2 + mem Jeng & anak2 - ada la 40 orang.

1. Weldang & Puad G - petang khamis dah lalu didungung, perkeana sutong goreng & ikang goreng celop tepong di Pantai Telok Lipat dengan hj mang & Jeng. Malam tu katanya Kamal ajak makang di restoran trapong Saidi Kadir & family joint skali. malam tu mreka menginap di atas bukit Pak Apil.

2. Ustz Ali Yusof - smasa tazkirah beritahu dia dapat 9 BM smasa SPM, usaha smula sehingga kini jadi Guru siswazah dan mengajar di SM Kuala Berang. Dia dah kecek Zaidah ajak mari, tapi dok mari jugak, kecek lagi ustz suroh zaidah tulis dalam block.

3. Yahya Daud - sejak last skali saya jumpa di Bank Islam Kemamang, tukar 2/3 tempat di Perak kmudian Shah Alam, skarang Bank islam Jertih. Hari ini dia sukarela jadi mc. trima kasih yahya.

4. Wan Zaki - Penjaga Gol terhandal kik, skarang JKR K Trg bhg Plan2. kalu nak plan2 rumah molek kita cari dia. Asyiknya dia bercerita sapa saya tanya dia kelas mana pong dia lupe, rupa sendiri dalam gambar pong dok ingat, bravo zaki!

5. Muhabat & mem losongnya - dia maing crita hindustang dulu ngan awok2 shingga ana pong hampir terkena, tq muhabat, mem & anak laki2 - anta memang hero sgala hero, kat mana maing pilem anta mesti ada - keep it up!

6. Hashim Sulaiman - slepas ana jumpa dia didungung 5/6 taong lepas, skarang mengajar di Kruak ulu besut. Kalu sapa nok gi la hot spring, buleh cari dia - maintain bor-- macam ana jugak.

7. Rosli Abas - rakan silat 'double summer short ' ana. Hari ning dia paka cincin besar 3 bentuk. ana nok mintak se dok dang takdi. Nanti ari lain jumpa ana akan mintok. Ustz di Al Muktafibillah Shah. Kalu sapa2 breti di RNR AMBS tanya Ustz Rusli budak dok branok lagi pong kenal dia - famous sungguh!

8. Lokman Mamat - SMK Ibrahim Fikri, Seberang Takir.Skarang cuti 1/2 pay krana berbakti kepada ibu tercinta di gong lilit Jertih. Sejuk perut ibu - mengandungkan anta. ana sungguh terharu tadi bila anta crita bakti anta kepada ibu anta.

9. M Sanusi M Shata - geng silat ana jugak, maintain macho, mengajar jugak. Dudok di Padang Luas Jerteh. Dia kpala geng penggerak besut hari ning, shabas sanusi !

10. Kapten (B) Saidi kadir - bersemangat sungguh shabat kita ning, mana2 dia ada, esok nak gi mlaka pulak dia kata. Pengedar utama young cofee, sapa2 yang beli tadi ana rasa akan 'power'. Memory dia tak dok org buyleh lawang.

11. Kamal Daril - maintain cute, dudok di Chendering depang atikah soket factory. kalu sapa2 nak tau duana tepat mas banyak pakat2 kecek dia. ana pong nok tupang skali. Dia ngan Muhabat tadi cakapr bao, bao aje mende tahu.

12. Razali Mamat - taukey pre paid tersohor di hosspital nur zahirah tganung. maintain slim high. Lepas balik rumah terus talipong ana dan katanya malam ning dok tidor untuk melayari blog. Dok leh nak gambarkan perasaan katanya sejak hidup 48 taong ning, gembura tak terkata.

13. M Kahar - maintain soft & cool, Dudok Jreteh, ngajor jugak katanya, sorry la kahar dok ingat doh skolah mana takdi.

14. Imran Tahir - mawi ana dok stuju kalau anta kata merang dok aktif, hari ning dia lincah sungguh dia, maintain macho & slim lebih dari skolah lagi. Masa berucap tadi siap panggil kami2 semua, " pelajar2 - dia terbabas", satu dewang suka. Mengajar jugak, berkereta sorang diri dari Pantai Irama Bachok ke sini. Akan menulis dalam blok pakai tulisan yang akan disken katanya, tulis merang, tulis 1 .

15, Azami A Ghani - bila dia balik saja mem ana tanya, tu yang tadi berbaju batik bersongkok, maintain slim YB ex kik ke tanya mem ana (dia bertukar ngan Wan Mohamad W Hassan). Dok eh kata ana. Mengajar jugak katanya, skolah kerajaan negeri dah 22 taong katanya.nama skolah ana dah lupa.

16. Md Zin b Jusoh - kerja talikom dungung, dia balik awak siket kerana nak ngedar kat jemputang anak laki2 sulong dia nak kawing 15 mac nanti rumahnya di blakang SM sains Dungung!. nanti kita pa'kat gi lah weh!.

17. Cik Gu Mohd Khairudin b Hj Zakaria - blajar kik 69 - 72, mengajar kik econ 79 - 88, skarang Pengarah Institut Perguruan K Trg, Batu Rakit. Isterinya batch kita Mardziah bt Ibrahim skarang di SMKA Seikh Abd Malek, K trg. Trima kasih daun kladi cikgu. Tak puas ana berbual dengannya banayk commom topic ana dengan beliau, walaupun ana tak jumpa dia di kik.nanti kita sambung lagi.

18. Tn Hj Kamarul Amin - junior kita stahun. Razali kata smasa dia di form4 selalu nusuk bilek dia takut kena rangging. Skarang Pengarah Yayasan Trg. Tq tuan hj kerana hadir. nanti kami jemput lagi.

19. Last but no least AlFathil Ustz Dr Zawawi b Ali. KIK 77 - 83, Tok Jiring 83 - 88, SMA Seikh Malik 89 - 91, Cuti blajar MA UIA 91 - 93. MPI 93 - 99, Maktab Batu Rakit 2000 - 2005 (bersara), PhD UIAM Ogos 2007, Isteri Sharifah Hamadiah bt Syed Husin Lecture di UDM. Bila ustz kata kamilah nak2 beliau kerana beliau dicoba sehingga skarang tanpa zuriat, menitis air mata ana sehingga nak balik pong kami berpelukan lagi. Tinggal di Duyong Kecil dekat mesjid lama.

dah 1218 ning, nanti sambung lagi. baru balik jengok calong, esok orang blarok calong, ana kena gi tengok minyak.

p/s : shabat2 reuninon hari ning kalu ulasang ana tersasul & tersinggung - kemaafan jua dipohon.
sahabat2 yang ada kamera tadi, sila masukan gambar, VC ana nak kena down load dulu.

wassalam
hj mang

DATOK LAH JANGAN JELES / TAK JADI REHAT

Assalamualaikum semua .

Nampaknya Datok Lah ni cemburu sungguh tengok nama Bakar keluar, apa ada pada nama. Sorry la. Kena suruh Asmawi buat satu lagi email saya punya. Email ni tak leh katup la, kawan-kawan pun kadang-kadang pakai juga.
Seperti kata Fuat, kami ni nak cuti dulu bulan Mac ni, nak raya dulu. Tapi curi-curi juga tengok blog dan semak email. Hari ni berkurung satu hari d USM, Penang. Sampai pukul 8 malam, pas tu buka email dan blog sat. Tak buka rasa nak buka.
MANA GAMBAQ LIQA' DI MELAKA ?
Cepat la bubuh, nak tengok suku sakat Hang Tuah dan cucu cicit Hang Li Po.

Ada orang kata Hang Li Po tu keturunan orang Kedah sebab tu nama dia mula dengan hang. Hang Tuah tu pula anak cucu Hang Li Po. Betul ka ? Apa-apa hal pon orang Melaka memang berani macam Wak Man. Kena tukaq nama dia jadi Hang Wak Man.
Macamana Datok Lah dengan Mawi. OK Masuk la gambaq oghang Melake tu no !

KERUSI IMPOT DARI CINA

Kerusi Kayu Buatan Keturunan Genghiz!
Assalamualaikom!

Tentu ada di antara Gen77 yang pernah duduk di atas kerusi seperti ini.

- genghiz

Kenangan 77 di Pantai Timur

Assalamu'alaikum. wbt.

Didoakan semuanya sehat dan gembira disamping keluarga. Wakman dah lama tak muncul di Blog ni, tumpang gembira bila dah ada penulis dan pelakon tetap n setia. Datok Dolah, Fdina, Che Pah, Bakry, Fuat, Muhabbatie (dalam sibuk2 , masih sempat lagi terbang kesana kesini) dan lain-lain lagi. Wakman doakan majlis di Terengganu yang Hj.Mang uruskan akan berjalan lancar dan selamat. Jangan lupa rakam dan kirim kat Muhabbatie, wakman nak tayang kat majlis pertemuan di Melaka esok masa penamaan calun DUN Kandang, wakil calun Kak Timah dan siap semuanya. Ok lah , ayam dah berkokok, dah ada 3 pasang kena tangkap malam tadi, pagi semalam (Jumaat) 5 orang. Dikesempatan kawang2 semua berjumpa, wakman ingatkan jangan lupa kepada teman2 kita yang telah meninggalkan kita semua (al-Fatihah) kita doakan kesehatan serta kesabaran bagi teman2 yang sakit, dan jangan lupa pula tanggungjawab semua pada 8Mac nanti. Gembira bersama keluarga, meriahkan situasi setelah teman2 Gen 77 dapat bertemu semula, Wakman mengalu-alukan kehadiran semua teman2 ke Majlis Pejumpaan Gen 77 di Melaka (Rumah Kak Timah ) Selamat Maju Jaya.

22 February 2008

Air Terjun Sekayu


Suatu hari di Kelas 4 Sastra 1...Saya datang awal (agaknya kena giliran bertugas bersihkan kelas kot ). Kawan-kawan lain belum sampai, Che Latipah di sebelah saya pun belum sampai. Lepas susun meja dan kemas sikit2 saya pun duduk di tempat saya, di barisan paling depan ditengah2. Tak lama kemudian kawan-kawan dah mula sampai. Terasa kipas angin di atas kepala berpusing ligat. Saya pun terus bangun pergi off suis kipas di dinding yang hanya dua tiga langkah jaraknya dari tempat duduk saya.

”Bayangkan yang dingin”. Terdengar suara Mustafa di sebelah. Macam pernah dengar ja! Saya teringat, itu iklan sabun kat TV. Sabun ’Gayla’. Orang tengah mandi manda berlatarbelakangkan air terjun yang sejuk dingin.Saya menoleh sekilas ke sebelah, Mustafa sedang mengipas2 muka dengan buku latihan.Ariffin disebelahnya tengah senyum sorang2. Saya teruskan kerja saya, keluarkan buku, kejap lagi lepas bunyi loceng cikgu masuklah.

Tiba-tiba terlintas di fikiran. Agaknya dia orang ni tengah kepanasan. Maklumlah baru sampai. Saya pergi tutup kipas pulak! Nak on balik segan. Dalam saya terfikir-fikir tu adalah orang baru sampai dan terus on kan kipas. Ahhamdulillah...

Tentu dia orang kutuk saya hari tu. Sorrylah...Tak perasang dan tak sengaja!

FarahDina.

Fatimah

Kata Saidina ’Ali r.a. kepada Saidatina Fatimah al-Zahra’ binti Rasulullah ``SAW:

”Hendaknya di dalam hatimu terdapat dua perasaan yang berlawanan. Rasa memerlukan orang lain dan rasa tidak memerlukan orang lain. Rasa memerlukan orang lain akan membuatkan lemah lembut ucapanmu dan mencerahkan wajahmu. Sedangkan rasa tidak memerlukan orang lain akan menjaga kehormatan, kewibawaan dan kemuliaan dirimu di mata mereka.”

Berkata Siti ’Aishah r.a. :

”Aku tidak pernah menyaksikan ada orang lain selain Fatimah, yang baik di waktu berdiri mahu pun duduk, lebih menyerupai Rasulullah SAW dalam hal ketenangannya, kebaikan perilaku dan bicaranya. Apabila Fatimah datang kepada Rasulullah SAW, baginda berdiri menyambutnya, kemudian dicium dan dipersilakan duduk di tempat duduk baginda. Apabila Rasulullah datang menemui Fatimah, puterinya itu berdiri dari tempat duduknya kemudian mencium dan mempersilakan ayahnya duduk ditempatnya.”

Kata Saidatina Fatimah r.a.:

”Allah SWT menjadikan kesabaran sebagai cara memperolehi imbalan pahala dan silaturrahim sebagai cara untuk memperolehi ketenteraman hidup sepanjang usia.”

*Ditujukan khas untuk teman-teman; Siti Fatimah Umar, Fatimah Hassan, Fatimah Muda, Siti Fatimah (Terengganu) , semua yang bernama Fatimah; sama ada anda seorang anak atau ibu, isteri atau bakal jadi isteri, suami yang punya isteri bernama Fatimah, ayah yang punya anak bernama Fatimah, anak yang punya ibu bernama Fatimah dan juga kepada anda yang bukan bernama Fatimah dan tidak punya sesiapa bernama Fatimah di dalam hidup anda!


FarahDina.

Pelan ke perjmp Gen77 diMelaka.

SILA KLIK PADA GAMBAR UTK PAPARAN LEBIH JELAS



Seperti yg dicadangkan Jaliya,saya sertakan semula pelan kerumah saya
yg beralamat di Lot 706 Km 8 Jalan Hassan Bidin,Kg.Kandang.Melaka
semoga ramai yang dapat menghadirkan diri utk memanjangkan kasih.
Ada masaalah pencarian sila hbgi 06-2680207(R),013-6301959(Fatimah)
016-9962285(anak M.Syafiq),0136185450(suami Shabuldin)

MESRA BERSAMA PAK KUSNO & IBU




Assalamualaikom wr wb!


Semua teman gen77 yang sentiasa diingati.


Kurang lebih jam 9.20 malam, Pak Kusno menalipon. "Ya, cikgu, saya nampak cikgu di sana. Nanti saya pusing balik!" Aku tersesat jalan ketika mencari rumah cikgu di Kelana Jaya.


Selesai solat Maghrib, aku bertolak bersama room mate melalui Lebuhraya Persekutuan. Membelok ke jalan menuju Kelana Jaya. Disebabkan terlalu laju dan tidak berapa cam jalan di situ, aku termasuk ke lorong yang salah dan tidak boleh memasuki jalan yang betul. Lantas terpaksa meneruskan saja dan terpaksa membuat pusingan U dan kembali ke Federal Highway semula. Aku berpatah balik ke jalan menuju ke Shah Alam. Di situ tidak ada peluang untuk membuat pusingan U untuk menuju ke Kelana Jaya semula. Aku menyusur keluar dan mengambil jalan menuju ke Subang. AKu membuat pusingan U sekali lagi sebelum sampai ke lapangan terbang. Selepas susur keluar ke Lebuhraya Utara- Selatan, sebelum sampai ke Federal Highway, aku menyusur ke kiri menuju ke kawasan Kelana Jaya. Aku tersesat lagi dan berpatah balik dan mengambil jalan menuju ke Federal Highway melalui jalan dalam berhampiran Subang Golf Club. Selepas keluar ke Federal Highway, aku kembali mengambil jalan menuju ke Tabung Haji. Apabila sampai di hadapan masjid alhidayah, aku cuba mengingati kawasan rumah cikgu yang pernah aku pergi lebih 15 tahun yang lalu iaitu ketika cikgu menjemput kami menghadiri majlis perkahwinan anaknya. Tetapi aku gagal mengingat di mana rumah cikgu.


Aku menalipon adik cikgu tetapi dia tidak dapat memberitahu nombor rumah dan jalan yang tepat. Lantas aku meneruskan perjalanan dan cuba lagi mencari rumah cikgu. Apabila sampai di persimpangan lampu isyarat, aku mengambil jalan ke kiri. Ternyata jalan itu tidak betul. Sampai di penghujung jalan, aku membuat pusingan U dan berpatah balik ke persimpangan lampu isyarat tadi. Aku mengambil jalan ke arah Federal Highway dan berhenti di hadapan masjid alhidayah. Aku menghubungi cikgu Kusno dan beliau menyuruh aku berpatah balik dan mengambil jalan ke kanan. Aku terlajak lagi, dan berpatah balik sambil memerhati di sebelah kiri jalan mencari rumah cikgu. Sebelum sampai di kawasan lampu isyarat, aku berhenti di tepi jalan. Aku nampak cikgu sudah menunggu aku di depan rumahnya. Cikgu menalipon aku semula apabila ternampak sebuah kereta berhenti tidak jauh dari rumahnya. "Ya, cikgu. Saya nampak cikgu di sana. Nanti saya pusing balik". Itulah jawapanku.


Setelah berpusing balik, aku memasuki jalan menuju ke rumah cikgu Kusno. Berlakulah pertemuan antara kami dalam suasana yang sangat mesra sekali. Terima kasih cikgu kerana sudi menerima kunjungan kami berdua!


Banyak perkara yang kami bualkan. Cikgu mempelawa kami menjamu selera sambil menunggu ketibaan sahabat2 yang lain. Kak Timah menghantar sms meminta no cikgu Tahir. Aku membals sms tersebut kerana tuan hp sibuk sekali berbual dengan cikgu dan isterinya. Tiba2 Kak Timah menghubungi sekali lagi dan aku memberi talipon kepada cikgu. Banyak perkara yang dibualkan oleh mereka berdua. Aku juga menceritakan perkembangan terbaru kawan2 dan aktiviti2 yang kita jalankan. Cikgu memuji usaha2 yang kita lakukan ini dan mengharapkan ianya diperkemaskan secara berterusan. Makanan yang disediakan oleh isteri cikgu memang sedap. Aku meminta izin dari cikgu untuk menambah! Cikgu mempelawa aku minum kopi O dan kopi cendawan. Fulamaak! Terima kasih cikgu. Banyak jenis kueh yang terhidang di atas meja. Semuanya sedap belaka. Tanpa disedari jam sudah melepasi 12 tgh malam. Aku teringat pesanan cikgu Shahrom "Tidur mesti cukup!" Perbualan kami macam tidak ada nokhtahnya. Memang bersambungannnnn. Akhirnya aku meminta izin untuk pulang kerana esok aku terpaksa ke Kuala Lumpur.


Sukan tahunan sekolah akan diadakan mulai jam 7.30 pagi esok sehingga jam 12.30 tgh. Kemudian akan bersambung semula selepas so;at Jumaat. Pertandingan perbarisan antara rumah2 sukan akan mendahului upacara akhir dan penyampaian hadiah dijangka akan selesai pada jam 5.00 ptg.

Selepas selesai sukan, In Sya Allah, aku dan keluarga akan bertolak ke Kuala Trengganu...
Jam sudah melebihi 2 pagi. Selamat malam Cikgu, Selamat malam Pak Kusno, Selamat malam Ibu! Selamat malam sahabat2ku!

Wassalamualaikom!
- genghiz




21 February 2008

NI GAMBAG CIKGU2 KITA GEN77KIK


- genghiz

NOSTALGIA 10 KIK (tersangat ler klassik)


Liqa' Di Melaka.

Smalam dlm sibuk2 dpt gak bertemu n berbincang majlis di melaka nti. Combi melaka ni memang hebat. Nak hulur pertolongan pun dia dok tepis semcm . Dia kata gelang tangan ni pun dah cukup. Kalau kurang budget, dia nak kikis jer sikit2 gelang besaq yg dia sedang pakai. habuk2 gelang tu pun dah bleh cover bill katanyer. Semuga di murahkan rezeki combi2 melaka ni. Ramai gak girl2 yg nak datang. Aturcara, Mohabat dah tulis dlm blog tadi. Menunyer sungguh mengancam, bertambah beart ler bdn kita nanati. mcm majlis nak kahwin anak. Makcik2 hang li po ni nak test skill depa. Bila nak sambut menantu nanti, dah ada penglaman.Wak man nak bawa video n LCD besaq. Dia minta tolong staff dia bantu.Jgn keluar aksi2 masa wak man tengah skodeng, Tolong cek 2/3 kali, screen dulu noh. Nanti ada lak yg dpt pengsan free.Dah pesan Mohabat, minta CD hj mang semasa liqa' di Tganu nanti n clip gathering di KIK dulu, nak on kan sepanjang majlis berjln. Sesiapa yg terlepas aksi panas mak andam, suara nyaring Anson, Saidi (salleh sulong) bleh tengok sekali.


SEK MEN SULTAN MOHD(SMSM).

Tengah termenung sorang2, teringat lak aku mcm mana nak bagi perkenalkn bebudak melaka ni pada gen77. Ada yg duduk perumahan yg sama, ofis bertentang bangunan pun tak tahu member gen 77 ada kat situ.Maklum ler bidang kerja tak sama .Oleh itu sama2 kita gembelingkan usha n tenaga, menjejaki depa2 ni. Musim pilihanraya ni kita gunakan ayat depa, mcm pengundi atas pagar ni(pinjam wording demam pilihan raya-betoi tak Tok Ad).Cadangan nak compilekan catitan oleh kawan2 kita aku sokong. Mawi pong dah habaq lama dah.


Perhatikan bebudak SMSM ni, rata2 badan mcm budak darjah 6 jer gamaknyer.Mcm mawi kata, ramai datang dari kg, kehidupan susah,makan pun kurang.Mohabat yg paling tinggi. Dia ni suka main buaian n bergayut dahan pokok buah2an di belakang rumah dia masa kecik2 dulu. sebab tu tinggi mcm galah. La ni, dah lama tak buat. Dr. nasihatkan berhenti bergayut, nanti benda lain lak yg bertambah labuh.Kamal cukup comel n innocent skali. Sapa sangka dah jadi pegawai di JMG. Aku tahu sikit pasal jab ni. Semasa buat master plan Beef valley di gemas dulu, terlibat gak dgn jab ni. Lebih kurang boleh tahu kuantiti air bawah tanah selain mengunakan kaedah air photo. Org kg. kata pakar air bawah tanah. Sebelah ujung kanan, di apit oleh pakar air juga. Tapi pakar air atas darat. Akan aktif waktu malam tiba.Cuba perhatikan lak si ismail Maon, ikut ceritanyer cukup nakai(betoi tak datin nik). Tapi Hang mail ni, bila letak sebelah girl, masa sessi bergambar,nakai nyer ilang terus.Menggigil pala lutut dia .Tengok jarak dia duduk,ada ruang sorang lagi bleh selit. Bdn pun melengkong mcm keropok di goreng dlm kuali. Kalau kena sebat 2/3 das oleh bapak senoria(mcm mawi sebut), bdn menyenget , nak tahan sakit pedih mcm tu ler gamaknyer.Wakil girl, Khatijah yg dah nampak kematanganyer. Sabelah Datin ni, Esah abu, rakan baik kita, Girl yg sakit cancer perut tu.Semuga di beri allah kebaikan .Combi2 melaka sedang uruskan lawatan ke rumahnyer nanti. Dengar kabar ada buah tangan akan di bawa sama. Aku Tabik kat wak Mang, dlm masa sekejap jer smalam, semasa menunggu makanan sampai, dia dah dapat feedback tentang contact no. rakan lama yg dah terpisah lama ni. Nampaknyer susah ler kita nak minta kerja part time kat dia . Tok Lah, kak ani, abg chin, kita kena cari idea lain lak nak bodek wak Mang ni.Kalau tidak kempunan ler kita. Aku dah belanja dia makan kaw-kaw punyer, takkan tak ada simpati kat aku kot.Tak sampai 10 min, (semasa lunch hour ,org byk kuar makan), macai wak man dah returned call, bagi info. "Suspect dah di jumpai," siap buat pembetulan nama sebenar bapa Datin K . Hang nak no IC pun dia bleh beri tahu.Hebat sungguh wak mang ni. Kalau perhatikan dlm pic SMSM ni, lorrrr, punyer ler kecik, asyik tersenyum kambing jer..Tetapi ler ni, dah jd peneraju CSI di melaka.Aku perhatikan juga anak mata Wak ni, bulat semacam jer. Sama ler mcm mata kita semua.Masa aku belajar dulu, apa2 jer, yg aktif waktu malam, anak mata dia lonjung , Aku kena tahu gak trick n selok belok kerja wak mang ni, agar senang aku nanti. Tak dapat ler dia nak skodeng aku. He2.Apa pun hasilnyer, pagi2 tadi , dpt aku bercakap dgn datin K ni .Terjerit terlolong ler dia kegirangan.Mak Datin K ni duduk tak jauh dari kita.Dia pong rindu gak n sentiasa teringat saat kita tak jd org lagi dulu2. Sama2 kita nantikan pertemuan itu nanti. Dia kata saiz bdn dia dah jd double.Naim jgn lupa,hang kena belanja aku.Hang selalu pedajai kan dia noh, maklum ler english hang terror.Dia kata hang ni kuat makan kentang n burgerdulu2 kot.


PIC SMSM 74 ni, aku penah tunjuk kat anak aku. Punyer ler gelak depa2 tu. Nak cari bapa dia tak tahu yg mana.lSemuanyer lebih kurang saman jer.Ada yg menahan perut, tersengeh pun ada . Nasib baik tak ada jatuh berguling2 sambil terlolong2. Punyer ler haru.Betoi gak, La ni kalau kita cek balik bebudak tu, bab nak masuk jawi pong , ada 3/4 org yang tak lepas,kena post poned dulu tahun depan.Sebab ada masih mcm bebudak hingusan lagi.

2 TAHUN KEMUDIAN(1976)

Selepas 2 tahun duduk hostel,dpt makanan seimbang, , ditambah roti stim n telor, kanak2 ni telah membesar. Lulus SRP dan dapat masuk KIK. Perhatikan cucu Hang tuah ni dah membesar selepas 2 tahun. Week end bila tak outing, nak lepak bilek malas bebenor. Mana tahu ada senior lak tersesat, haru lak jdnyer. Kami (group melaka)suka lepak kat kelas n ronda2 kat belakang dewan tu.Bila ambil gambar, seluar zaman bell bottom,kena lipat seluar. buka butang baju sikit n lipat lengan .Masa tu style mcm tu dah kira brutal mcm shariff Doll, samseng dari kg dusun ek.Tangan selalu letak kat bahu kawan sebelah.Kak Ani n Tok Ad, hang berdua jgn gelak sakan noh, Sat2 nanti Pic hang pong lebih kurang mcm tu gak. Kita kan satu guru.Mcm lagu saloma"pandang ler, lihat ler, pinggang ku yg ramping n dada ku yg bidang" he2.Dada mcm landasan kat airport, kapal terbang pong bleh landing .Rata semcm jer. Mcm mus kata, sebelum menjadi org, ini ler gamaknyer telatah kita semua.

Pic bersantai 2nd Floor.


Betoi tak aku kata tadi , hang jgn gelak, Kak Ani n Tok Ad pong sama. Perhatikan Yg ariff, berapa lama ler dia tahan nafas, nak nampak macho. Tegak mcm nak menyanyi lagu negara ku pun ada. Mata pong jeling sotong.Aku rasa kalau lambat lagi snap pic ni, ada lak yg pitam. Tok Ad buat mata syahdu. Mcm tak dapat cuti nak balik beraya bersama keluarga kat kg . Saudara Syed,(ushawan berjaya) nak beri tahu pada semua org ,yg dia berasal dari kg benggali, perak.Org buta pun boleh tahu dia asal dari mana, kalau style mcm tu. Kamal lak nak jadi mcm peniup seksofon en.Osman Jailani(asal nama:kassim selamat), Buat apa hang nak cungkil mata hj mang. Cian kat dia tu.Moderator kita yg dah tertinggal 2 minggu kelas add math, sedang catch-up pelajaran. Sambil duduk tepi dinding, dia sentiasa practice add math. Dia sedang mengira2 menggunakan jari tangan dalam poket seluar . Tetiba dia terkejut, kerana mendapati jumlah jari tangan dia dah jadi 11 bukan 10. Lain kali jgn mengira lagu tu noh. bahaya. He2. Dalam bebanyak tu,pelajar yang baik pekertinyer, cuma Md.nor shj. Siap berketayap n sedang membaca kitap, mulut terkumat-kamit sedang mendoakan rakan2 sekeliling agar di beri hidayah n petunjuk. Kalau la ni, gaya mcm tu lebih kurang nak hantar sms or main play station kot.Perhatikan pulok yg berdiri paling atas. Sedang menghadiri klas cikgu ros, anak pendekar mustar, dari kg pinang sebatang.. Mula2 dia buat2 tak berapa nampak, pandangan kabur. lepas tu ..."Saya tahu ni, saya dah belajar.... ini hurup M".



Kak ani, sakit jari dah baik noh, susah ler hang nak ketuk hammer kat meja noh.
Tipah air gamat, apa ayat hang guna nak dpt visa tu.
Datin K, aku dah siap menu terbaik.
Mawi, cuba arrangekn kalau bleh dtg kedua2 tempat.Depa kata hang tak ada, kureng ummmph
Tok Lah n Datin-kesungguhan mu berdua aku tabik.Cerpen mu tadi tak baca habis lagi
Naim, jgn dtg naik super bike, aku risau helmet hang nanti jadi UFO terbang.Hang tumpang Mus jer.
hj Mang- jgn lupa pas CD KIK kat Mohabate . Selamat berjaya di Tganu kita.
Tok Ad- dah tahu senarai calun.
Zubiaq,yunus,Bang chin, mat zeng tak nak mai melaka ker.
Farahdina, jgn stop menulis noh.
bersambung...............


Bakry

LIQA' DMELAKA - SELAMAT BERSUAMUKA!


Assalamualaikom!
Zubir! Hang ni Abu Bakar ka Mail? Aku pernah dengak ada oghang pangge hang nama lain! Meey! Betoi kaa ni? Bila nak tukag nama lain pulak? Takkan nak ubah balek nama emel pun nak kena pi pejabat pendaftaran koot? Hang buat sendighi lah! Lima minit selesai dihujung jaghi!
Ewah2, seghonok gila hangpa disana beghaya no? Kemaghin laman ni sengap sepi. Aku jaga sampai tengah malam tapi hangpa dok sebok beghaya kat mana? Rekod mengajag dah siap ka? Tajuk apa yang hangpa ajag budak2 dalam kelaih ghini? Hak yang tak patut tu tak patut lah, yang patut tu kigha patut la kot? Ka macammana? Uuh, ikut suka hangpa lah. Semua dah besag2 belaka.
Aku cukup gegham bila tengok nama Abu Bakag naik dalam maya ni. Hang ubah cepat2 sikit! Kalau hang ubah pi bagi nama Me'ee tak pa jugak!
Om puat tengah sibok sangat ni. Tak pa Om, hangpa pulon dulu. Lepaih ni kita buat sekali lagi kat ghumah Ammar pulak. Kalau boleh masa pembukaan kilang baghu dia tu. Kita ajak sekali lagi gen77 yang ada belah sana. Dengak habag akan tumbang sekog dua lepaih ni. Kita pakat lapah ghamai2. Masak pi laa apa2 pun. Tongyu dengan sos tak payah pikiag dah. Sekali ni Tipah mesti boleh mai kot kali ni/ Melaka yang jauh nu pun boleh gagah pi.

Aku nak tabek sekali lagi kat Bang Chin. Pasai dia cukup ambek beghat sangat dengan reunion ni. Hang baguih Bang Chin. Tentu dua tiga haghi ni Bang Chin tak beghapa lalu nak makan sebab hati dok tang lain. Geng kita yang lain pun aku ghasa macam tu jugak lah. Sedagha Nasir Lok, Ammar Sprinter, Shidi depa ni pun sama jugak. Aku ni pun kalau jadi macam hangpa macam tu jugak laa. Lepaih tu kita nak buat macammana? Takpa, hangpa pakat pulun ghayalah dua tiga haghi ni. Bab liqok di Pantai Timog dan di Negeri Hang Li Po tu, kita doa2 sajalah semoga semua rakan2 kita ingat sama kat kawan2 yang tak berkesempatan untuk hadhir sama.

Salam, peluk dan cupcap2 dari hambaAllah,
- genghiz (Sedap pulak pakai nama Kamilah bagi ni!)

REUNION DI MELAKA

TARIKH : 24 FEB 2008
MASA : 1300 - 1900
TEMPAT : LOT 706 , KM 8 , JALAN HASAN BIDIN,
KAMPUNG KANDANG , MELAKA

ATURCARA MAJLIS:
1300 - KETIBAAN TETAMU
MAKAN TENGAHARI / SEMBANG
1400 - SOLAT ZOHOR
SAMBUNG MAKAN / SEMBANG
1700 - SOLAT ASAR / TAHLIL
1800 - SESI FOTOGRAFI
1900 - FAHAM FAHAM AJER LA

Alhamdulillah kelmarin jam 12.30 AJK sambutan telah bermesyuarat di Hotel An Casa MITC , yang hadir : Wak Man , Bakri , Jaliya ,Fatimah dan saya sendiri.
Mesyuarat agak relak kerana Wak Man mempengerusikannya dengan penuh Ilmiah , di samping call kawan kawan lama , SOLUT u Wak .
Bakri - hang ni aku tengok macam trend 1977 , lain kali buat lagi , aku seronok bawak perut jer.
Fatimah - Aku seronok kalau kau jadi besan aku , syaratnya macam semalam la- masa Bakri ....... , bila nak ulur - tolak terus - dapat anak kita kawin cepat .
Jaliya - Aku yakin telor pindang pasti dah rebus.


JALIYA,BAKRI,SAYA,TIMAH,WAKMAN



Wak Man arahkan Bakri supaya tengok camera ............

Moga Silaturrahim kita di Berkati Allah SWT

MAHABBATEIN

20 February 2008

PENA BEBAS - TAK NAK BACA PUN TAK PA

CERI YANG DITINGGALKAN
1
Seluruh penduduk di kampung kami tercengang cengang sebaik sahaja mereka mengetahui berita Umar Al-Qasim telah dilantik sebagai menteri. “Umar! Inilah kampung kami. Keadaannya tetap sama seperti ketika kamu tinggalkan dahulu. Ia adalah sekuntum mawar dari tanah, rumput rampai yang kekuningan dan lorong-lorong yang bengkang bengkok seperti anak sungai laluan untuk kanak-kanak berkaki ayam”.

2
Umar tersentak seketika, kemudian dia berkata kepada ibunya: "Ibu tidak perlu menangis! Saya bukan pergi ke tali gantung!".

Ibu Umar mengesat airmata yang mengalir dengan menggunakan jari-jarinya. Dia berkata dengan suara yang tersekat sekat: "Umar anakku! Aku tidak mempunyai sesiapa lagi di dunia ini selain kamu. Jagalah kesihatan kamu wahai anakku! Keseluruhan kampung itu kotor dan berpenyakit. Ahh…., malang sungguh nasib kamu! Sekiranya kamu mempunyai seseorang orang penting dari kalangan keluarga kita yang terdekat, sudah tentu kamu tidak dilantik sebagai seorang guru di sana!".

Umar berkata kepada ibunya dalam nada perlahan dan tenang: "Bertenanglah ibu! Bertenanglah! Anakmu ini bukanlah sebuah gelas yang mudah pecah!".

3
Keseluruhan isi kampung kami sangat gembira sebaik sahaja terdengar berita tersebut dari peti-peti radio.

“Jadi, Umar Al-Qasim sudah menjadi seorang menteri!?”.
“Maha Suci Allah Yang memberi tanpa diminta! Memang benar seperti yang disebut sebut orang: Sesungguhnya sesiapa yang berusaha bersungguh sungguh pasti dia akan mendapat".
"Apakah tugas seorang menteri?!".
"Disediakan khas untuknya sebuah kereta, lebih cantik dari seorang anak gadis yang paling cantik ".
"Pada setiap hujung bulan dia akan mendapat gaji yang membolehkannya memakan seekor kambing setiap hari".
"Sebaik sahaja dia memasuki bangunan kementeriannya, semua pegawainya berasa takut dan masing-masing berlumba mengucapkan selamat kepadanya. Seolah olah dia seorang yang diturunkan dari langit!".
"Dia akan memberi arahan, dan segala arahannya akan ditaati".
"Apabila dia memberi arahan kepada Agha, apakah Agha juga akan mentaati arahannya?!".

4
Penduduk-penduduk kampung merenung tajam ke arah seorang anak muda yang baru turun dari tangga bas yang datang dari kota. Seorang pemuda yang berjalan dengan kepalanya tercangak cangak memerhati ke atas. Bermata lembut tetapi dalam masa yang sama pandangannya tajam. Dia mengucapkan salam kepada kami seolah olah dia seorang dari keluarga kami yang baru pulang setelah sekian lama menghilang. Dia memberitahu kami bahawa namanya ialah Umar Al-Qasim, guru sekolah yang baru.

5
Seorang dari penduduk kampung kami berkata: "Kita mesti pergi ke kota untuk mengucapkan tahniah kepadanya".

Seorang yang lain pula berkata dengan penuh semangat: "Kesemua kita akan pergi ke sana. Lelaki, perempuan, orang tua dan kanak-kanak!".

Orang ketiga pula menambah: "Lembu-lembu, kambing-kambing, ayam-ayam dan arnab-arnab juga akan turut ke sana!".

Orang keempat pula berkata: "Pandangan kamu semua itu baik. Tetapi siapakah yang akan membayar duit tambang bas? Apakah kita hanya akan berjalan kaki sahaja ke sana?".

Suasana diam seketika. Kemudian seorang lelaki tua berkata: "Memadai dengan cuma seorang sahaja yang pergi untuk mengucapkan tahniah bagi pihak kampung kita. Dia sememangnya telah mengetahui keadaan kita dan dia tentu tidak akan terasa hati dengan kita!".
"Tetapi, siapakah yang akan pergi?".

Lelaki tua itu berkata: "Pilihlah siapa sahaja yang kamu mahu. Contohnya, Abu Fayyadz, dia pun boleh pergi".

Abu Fayyadz cuba menolak, tetapi keseluruhan suara kami mengelilinginya.
"Kamu paling cerdik dari kami!".
"Lebih tua dan lebih mampu!".
"Kamu juga pandai bercakap walaupun dengan raja-raja!".
"Umar juga suka kepada kamu!".
"Dia selalu minum teh bersama kamu!".
"Dia suka percakapan kamu!".
"Dia kawan baik kamu!".

Abu Fayyadz berkata: "Tetapi, Umar kawan baik kamu semua juga. Dia pun sangat suka pada kamu semua.! Apakah kamu semua sudah lupa?".

6
Umar memerhati gelagat budak-budak yang sedang duduk di atas kerusi masing-masing. Dia berkata kepada mereka: "Saya guru kamu yang baru. Nama saya Umar...., Umar Al-Qasim. Saya suka kepada mereka yang rajin dan bersungguh sungguh. Sesiapa yang malas lebih baik dia meninggalkan sahaja kemalasan itu, jika tidak........".

7
Seorang lelaki yang telah beruban kepalanya dengan rasa bangga mengangkat dan menggerak gerakkan anak kecilnya yang baru lahir ke atas sambil berkata: "Aku akan menamakannya sebagai Umar Qasim Gaddah!". Kemudian lelaki yang sudah beruban itu memandang kepada si ibu yang berwajah pucat dan masih terlentang di tempat tidurnya. Dia ketawa dan berkata: "Sekiranya budak kecil ini mengetahui apa yang sedang menunggunya, sudah tentu dia menolak kelahiran ini. Pada hari kematianku, dia tidak akan mewarisi sesuatu dari bapanya kecuali bajuku ini sahaja".

8
Kami berkata kepada Abu Fayyadz: "Tidak ada gunanya kamu mengelak. Kamu akan pergi ke kota dan bertemu dengan Umar untuk mengucapkan tahniah kepadanya!".

Abu Fayyadz mengangguk angguk kepalanya tanda bersetuju. Dia terpaksa mengalah.

9
Penghulu kampung berkata kepada Umar: "Ustaz .....! Sampai sekarang pun ustaz masih belum menziarahi Agha?".

Umar berkata: "Mengapakah saya perlu pergi jika saya tidak mengenalinya dan dia tidak mengenali saya?"

Penghulu berkata: "Diplomasi itu penting. Agha boleh memberi manfaat kepada kamu. Semua tanah di kampung ini adalah kepunyaannya".

Umar menjawab: "Ayah dan ibu saya tidak mengajar saya mengenai perkara seperti itu. Tugas saya di kampung ini ialah mengajar murid-murid membaca dan menulis".

10
Penduduk kampung berkata kepada Abu Fayyadz: "Katakan kepada Umar bahawa kita semua masih kelaparan!".
"Beritahu dia yang kelaparan kita semakin bertambah teruk!".
"Kita akan terpaksa makan batu!".
"Ceritakan juga kepadanya berkenaan kutu-kutu yang sedang menghisap kepala kita!". “Juga pasal daging yang kita sudah lupa entah bagaimana rasanya!”.
“Beritahu juga berkenaan penyakit-penyakit kita!”.
“Katakan kepadanya bahawa kita memerlukan doktor-doktor dan ubat ubatan!”.
“Kampung kita memerlukan air bersih untuk minuman!”.
“Beritahu dia kerinduan kita kepada cahaya letrik!”.
“Cakapkan kepadanya mengenai Agha dan perbuatan-perbuatannya!”.
“Kita bekerja, dia menuai”.

11
Ketua polis kampung berkata kepada Umar: ”Demi Allah, ustaz Umar! Saya menganggap ustaz Umar seperti saudara saya sendiri. Saya ingin menasihatkan ustaz satu perkara. Ustaz bebas samaada menerima atau mencampaknya ke belakang. Ustaz selalu sahaja berbual bual pada waktu malam bersama penduduk-penduduk kampung, sedangkan perbuatan seperti ini tidak patut dilakukan oleh seseorang seperti ustaz ini. Seorang ustaz atau guru sekolah adalah personaliti yang terhormat!”.

Umar menjawab: ”Penduduk-penduduk kampung ini adalah manusia-manusia yang baik”.

Ketua polis kampung berkata: ”Ustaz bercakap dengan mereka dengan percakapan yang jika sekiranya didengar oleh Agha sudah tentu dia akan marah. Apabila Agha marah, maka Allah sahaja yang tahu apa yang akan terjadi”.

12
Seorang pemuda dari kalangan pemuda kampung berkata: ”Dengar semua! Elok sangatlah sekiranya Abu Fayyadz membawa bersamanya hadiah untuk Umar”.

Suara kami menjadi riuh rendah. Majoriti yang ada menyokong pendapat itu.
“Tetapi apakah hadiah yang akan kita pilih?”.
“Kambing atau beberapa ekor ayam kampung!”.
“Hadiah seperti ini tidak sesuai untuk seorang menteri!”.
“Jadi, hadiah apa yang kita hendak cari?!”.

Abu Fayyadz berkata: ”Hadiah yang paling baik ialah sebakul buah ceri kampung kita. Tidakkah kamu semua ingat betapa Umar sangat gemar dengan ceri kampung kita, dan dia selalu bercakap berkenaan warnanya yang merah? Ia adalah hasil usaha dan darah kita!”.

Kami berterima kasih kepada Abu Fayyadz di atas pandangannya itu.

13
Umar berkata kepada kami: ”Kezaliman tidak akan berterusan”.
Umar juga berkata kepada kami: ”Bagaimanakah kamu semua boleh menerima kehidupan yang hina?”.
Kami menjawab kepadanya: ”Mata kami hanya dapat melihat sementara tangan kami tidak berkesampaian!”.
Umar lantas berkata dengan nada yang marah: ”Tangan tidak berkesampaian kerana hati yang takut".

14
Malam semakin menghampiri pagi. Keseluruhan isi perut kampung sudah nyenyak tidur. Jadilah kami penduduk kampung yang miskin ini sebagai satu jasad yang terhinggut hinggut berbangga menyebut hari-hari di mana kami dapat mendengar percakapan Umar dengan penuh minat. Seakan akan dia telah hidup lama dalam hati kami dan hati penduduk kampung ini yang telah meninggal dunia terlebih dulu dari kami.

Apabila matahari pagi telah memancarkan cahayanya ke kampung kami, semua penduduk kampung, lelaki, wanita dan kanak-kanak berhimpun di sekeliling bas yang akan bertolak ke kota.

15
Umar berkata kepada kami sebelum dia menaiki bas: ”Agha mempunyai pengaruh dan kedudukan di kota. Dialah yang telah menukarkan saya dari kampung kamu kerana saya tidak menjadi pak turut kepadanya. Juga kerana saya menyukai kamu semua. Tetapi hari yang kamu semua akan terselamat dari Agha dan mereka yang sepertinya sudah tidak lama lagi. Sudah hampir. Kamu semua akan melihatnya sendiri, bukan cucu-cucu kamu. Bumi yang kamu berpenat lelah mengerjakannya di kampung ini akan menjadi milik kamu semua”.

16
Abu Fayyadz menaiki bas. Bersama dengannya ialah sebuah bakul penuh berisi buah-buah ceri merah yang berbiji besar dan bersinar apabila disuluh matahari.

Tatkala cahaya matahari senja di kampung kami hampir tenggelam, kami terdengar bunyi hon bas yang baru pulang dari kota. Kami semua berlari ke halaman kampung. Bas dari kota telah selamat tiba. Abu Fayyadz melangkah turun. Mukanya masam seperti dalam kemarahan. Sebelah tangannya masih memegang erat tangkai bakul ceri yang dibawanya ke sana pagi tadi.

Kami terkejut dan tertanya tanya: ”Mengapakah kamu tidak memberi bakul ceri itu kepada Umar?”.
“Tidakkah kamu menemuinya?”.
“Apakah yang dia telah katakan kepada kamu?”.

Abu Fayyadz masih juga diam membatu seolah olah dia seorang bisu. Dia meletakkan bakul buah ceri ke tanah. Abu Fayyadz berkata kepada kanak-kanak dengan suaranya yang tersekat sekat: ”Mari kamu semua ke sini! Makanlah ceri ini! Apabila kamu besar nanti, kamu tidak akan lupa rasanya!”

Kemudian Abu Fayyadz melangkah kaki. Dia terus berjalan menuju arah ke rumahnya.

Kami menyekat jalannya. Seorang dari kami berkata: ”Cakap! Mengapa diam? Beritahu kami apa yang terjadi?!”.

Abu Fayyadz terpaksa berhenti. “Umar telah mati”. Jawab Abu Fayyadz.

Kami semua naik marah seolah olah ibu kami yang mati. Sementara Abu Fayyadz meneruskan langkahnya. Lama kelamaan kelihatan bongkok belakangnya semakin bertambah rendah.

- Genghiz

LIQA' PANTAI TIMUR - JOM KITA PI SANA.....!


Assalamualaikom teman2 gen77kik!

Semoga Liqa' D'Trengganu yang dipromosi dang ditajekang oleh Hj Mang & kawang2 dari Pantai Timur akang berjalang dengang jayenye! In Sya Allah, sekighenye tiade ape2 halangang dang rintangang saye dang temang sebilik akang ke sane! In Sya Allah. Jike saye tidok berkesempatang, terlebih dulu saye memohong berbanyok ampongmaaf terutamenye kepada Tuang Hj Mang! Mudohmudahang Allah Ta'ala memudohkang segale yang kite rancangkang!


Salam sayang dari temang di sining;

- genghiz

Reunion form5kik77 Pantai Timur - Last Reminder

A'kum wr wb
All form5kik77 ers,

Peringatan Terakhir Reunion form5kik77 Pantai Timur.

Mawi - naik k/terbang sampai KB kemudian berkereta ke Ktrg - Bawaklah awok2 dari KB sorang dua (Pn Rohani - try her best to come).
U Lah & Nik - berkereta dari KIK
Muhabat & Mem - naik Air Asia ke KTrg bermalam dirumah mertua di losong - I guest.
Saidi - khabarnya 21 feb dah ada di Trg
Md Jeng & juak2nya dari Dungun.
Sanusi & juak2nya dari Besut
Siti Fatimah & juak2nya dari Kemaman
Ali Yusof & juak2nya dari Marang
Kamal & juak2nya menunggu seawal 2ptg di Motel.

Ayuh! - kawang2, sudi2kan, sampai2kan, panjang2kan
Bersama2 kita 'eratkan smula' silaturrahim selepas 31 tahun berpisah,

23 Feb 2008
Sabtu, 2.00 hingga 6.30 ptg
Motel Desa, Bukit Berapit (bersebelahan RTM Kuala Terengganu)
Jalan Cherong Lanjut, Kuala Terengganu.

<>


hj mang
b/p penaja rancangang.

respon TEKA SIAPA?

Assalamualaikom bad & teman2
Kalau tak silap ana kawan kita yg hensem tu ialah sdr abd mughith bin mohammad, berasal dari sungai besar/ sabak bernam.
Sekarang dia berada di kawasan utara dan dengar khabar sedang berusaha membuat projek penternakan di sebelah sana! Mahbub boleh try no ni! Tapi jangan gabra atau komplen saya sudahlah nanti!
Selamat mencuba!

019 4768285

- Salam sayang;
- genghiz

TEKA SIAPA

Assalamulaikum WBKTH,


Sahabat sekelian ,
Nampaknya sahabat kita ni masih membisu walaupun namanya dah berkali kali di siarkan dalam blog ini , agaknya mungkin potret ini boleh mendorong beliau menulis sedikit untuk tatapan kita . Cuba teka .......................

MAHABBATEIN

ReUnion Memberi Makna

Assalamualaikum buat rakan seangkatan 1977.
Pertama-tamanya, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada orang kuat, Moderator Mawi. Rancangan asal pada 13hb yang lalu tu sekadar nak jumpa sorang dua kawan-kawan lama. Sebaliknya, Mawi as a very aggressive Moderator has arranged suffice to say, a kind of reunion.....
Kenapa tidak....Mawi telah mengatur pertemuan dengan kawan-kawan yang telah saya temui di KIK pada 02Feb lalu dan lebih bermakna, turut menemui 3 lagi kawan-kawan yang belum pernah ditemui semenjak 31 tahun yang lalu.
Pertemuan diatur di Restoran Anwar, Kg. Baru pada jam 8.00 malam. Bagi saya yang tidak menjejakkan kaki di Kg. Baru sejak puluhan tahun lalu, tentu sukar untuk mencari di mana letaknya Restoran Anwar....Kenapalah pilih lokasi yang sukar, tidak pertimbangkan orang Sabah yang amat jarang memandu di K.L apatah lagi Kg. Baru. Lain kali, cari aja lokasi yang mudah bah.....
Dalam mencari, bertemu dengan sdr. Halimon. Walaupun pertama kali jumpa, wajahnya masih dapat dibayangkan sementalahan pula Halimon pernah post his latest pix on this blog. Rupanya Halimon 2x5 saja, bukan orang Sabah saja yang sesat, orang K.L. gitu juga ya...inipun turut disertai oleh orang kuat ingatan, Dr. Bakri...
Usaha pencarian berakhir juga dengan penemuan setelah jam menghampiri pukul 9.00 malam, setelah dibantu oleh Mawi dan juga Mus. Harap Mus dapat sukat Jalan Daud tu berapa panjang, dari mana sampai ke mana. Di belakang Masjid Kg. Baru tu pun masih lagi Jalan Daud....
Pertemuan yang diatur Mawi dengan lokasi yang dipilih Mus (kerana nostalgia kat Restoran Anwar...dihiasi bunga-bunga!) turut dihadiri Datuk Dollah dan Datin, Dr.Bakri dan spouse, Saidi serta kawan-kawan setelah 31 tahun tak jumpa iaitu Weldan, Halimon dan Dr. Fauzi. saya sendiri turut ditemani anak teruna.....beberapa nama lagi tidak dapat hadir kerana alasan tersendiri....ya, saya sendiri tidak menyangka begitu sekali usaha yang telah dilakukan oleh sdr. Mawi serta Mus termasuk juga yang men'sponsor'i dinner tersebut....takleh sebut nama, nanti tak dapat pahala!!! tak payahlah rebat incomtax.....
Sememangnya Reunion kita amat memberi makna kepada kehidupan kita. Kita bertemu kawan-kawan lama, menyambung kembali persahabatan dan persaudaraan tanpa mengira pangkat dan darjat. Begitu juga, melalui Reunion kita dapat bertanya khabar, ada gembira dan ada yang duka, ada yang bahagia bersama teman seperjuangan hingga berumahtangga....Dan tidak kita lupa, ada di antara seusia kita telah pergi buat selama-lama, menemui Ilahi. Bagi yang masih hidup, perjuangan kita belum selesai....elok sangat jika kita ada networking yang mantap, seperti kata Dr. Fauzi...
Begitu juga, Reunion turut mempertemukan kita dengan bekas guru-guru yang tanpa jemu mendidik sehingga kita menjadi manusia...."ingat, masyarakat sentiasa menilai kita..."
Sehingga kini, banyak Reunion yang telah dan akan diatur. Di Utara, Selatan, Timor dan Barat. Takde ke rancangan nak buat Reunion kat sebelah sini, Negeri di Bawah Bayu...ianya bisa diatur, Pak Muhammab bisa sediakan package istimewa...Reunion sambil jalan-jalan makan 'angin' (murah sikit ongkosnya)....
Ramai kawan-kawan sekelas telah ditemui, agak malang kerana dari 5Sas2 tidak banyak berapa aktif. Ketua Kelas Abu Hassan sehingga kini tak muncul lalu anak-anak buahpun berterabor le....tak macam Tok Ketua Husin tu....
Sampai di sini dulu buat waktu di Sabah ni. Kepada kawan-kawan yang ber'union' lagi tu, ingatlah juga kat kawan-kawan yang tak kesampaian...
Wassalamua'alaikum.
Dari: yunus a. samed.

KENANGAN DI BANDAR KELANG DENGAN PILUS (DATOK) BAPA IZWAN PILUS

Assalamualaikum semua sahabat kita,
Malam ni tengahmalam (dah pukul 1.15pagi) baru buka internet, baru balik ronda tengok kemeriahan anak-anak muda pasang poster, saja untuk menghiburkan hati, esok sukan sekolah, gerenti tak mengantuk punya dok berjemur ditengah panas terik. Kedah laa ni musim kemarau.
Baca tulisan Farahdina, memang betul saya ni kena suku sakat dia juga, tapi tak bertegur sapa. Malu la tu ! Dua tiga tahun lepas ayah Farahdina (Cg.Manaf) berkunjung ke sekolah saya, saya bersembang saja tapi tak memperkenalkan diri saya. Saya pun selalu tanya depa di mana Farahdina. Bulan 8 2007 saya berborak panjang dengan adik dia yang kerja di JAPIM tu. Mawi pun sama, itu cerita lama kita, tapi tak makan kawan punya. Ingat tak kisah perhubungan 2 orang sahabat kita, Salahiah dengan Fauzi (F6) dan Syed dengan Mona. Saya tahu kisah percintaan mereka (sorryla kawan) . Saya berani buka cerita sebab mereka jadi pasangan bahagia sampai sekarang. Saya cover depa dua pasang ni. Kadang-kadang saya jadi hantu bila depa berjumpa ! Dimana ? Kami saja yang tau . Kalau syed baca mesti kembang hidung dengan telinga dia. AlhamduliLlah Syed ada call saya minggu lepas. Sama seperti dulu walaupun dia dah kaya raya. Nasib baik la saya malu, kalau tidak saya pun ikut jejak langkah depa juga. Ingat-ingat semula rasa macam nak tergelak.
Kisah Pilus.
Siapa Pilus ni. Pilus ni bapa penyanyi Izwan Pilus. Sekarang bergelar Datuk, dah kaya pun. Asalnya Datuk Pilus ni membesar bersama saya di kampong saya sebab bapa dia (Omar) kerja motong (menoreh getah) datuk sedara saya. Lepas tu dalam tahun 70an keluarganya berpindah, tak dapat dikesan kemana.
Nak jadi cerita pada satu hari sabtu, masa kita berkeluar ke bandar kelang, ........................... to be continue, dah larut malam ni, esok nak p tiup wisel di padang sekolah dari pagi sampai pukul 2 ptg. OK . Wassalam .
ZUBIR RASHID