22 February 2008

Fatimah

Kata Saidina ’Ali r.a. kepada Saidatina Fatimah al-Zahra’ binti Rasulullah ``SAW:

”Hendaknya di dalam hatimu terdapat dua perasaan yang berlawanan. Rasa memerlukan orang lain dan rasa tidak memerlukan orang lain. Rasa memerlukan orang lain akan membuatkan lemah lembut ucapanmu dan mencerahkan wajahmu. Sedangkan rasa tidak memerlukan orang lain akan menjaga kehormatan, kewibawaan dan kemuliaan dirimu di mata mereka.”

Berkata Siti ’Aishah r.a. :

”Aku tidak pernah menyaksikan ada orang lain selain Fatimah, yang baik di waktu berdiri mahu pun duduk, lebih menyerupai Rasulullah SAW dalam hal ketenangannya, kebaikan perilaku dan bicaranya. Apabila Fatimah datang kepada Rasulullah SAW, baginda berdiri menyambutnya, kemudian dicium dan dipersilakan duduk di tempat duduk baginda. Apabila Rasulullah datang menemui Fatimah, puterinya itu berdiri dari tempat duduknya kemudian mencium dan mempersilakan ayahnya duduk ditempatnya.”

Kata Saidatina Fatimah r.a.:

”Allah SWT menjadikan kesabaran sebagai cara memperolehi imbalan pahala dan silaturrahim sebagai cara untuk memperolehi ketenteraman hidup sepanjang usia.”

*Ditujukan khas untuk teman-teman; Siti Fatimah Umar, Fatimah Hassan, Fatimah Muda, Siti Fatimah (Terengganu) , semua yang bernama Fatimah; sama ada anda seorang anak atau ibu, isteri atau bakal jadi isteri, suami yang punya isteri bernama Fatimah, ayah yang punya anak bernama Fatimah, anak yang punya ibu bernama Fatimah dan juga kepada anda yang bukan bernama Fatimah dan tidak punya sesiapa bernama Fatimah di dalam hidup anda!


FarahDina.

No comments: