23 February 2008

Kenangan 77 di Pantai Timur

Assalamu'alaikum. wbt.

Didoakan semuanya sehat dan gembira disamping keluarga. Wakman dah lama tak muncul di Blog ni, tumpang gembira bila dah ada penulis dan pelakon tetap n setia. Datok Dolah, Fdina, Che Pah, Bakry, Fuat, Muhabbatie (dalam sibuk2 , masih sempat lagi terbang kesana kesini) dan lain-lain lagi. Wakman doakan majlis di Terengganu yang Hj.Mang uruskan akan berjalan lancar dan selamat. Jangan lupa rakam dan kirim kat Muhabbatie, wakman nak tayang kat majlis pertemuan di Melaka esok masa penamaan calun DUN Kandang, wakil calun Kak Timah dan siap semuanya. Ok lah , ayam dah berkokok, dah ada 3 pasang kena tangkap malam tadi, pagi semalam (Jumaat) 5 orang. Dikesempatan kawang2 semua berjumpa, wakman ingatkan jangan lupa kepada teman2 kita yang telah meninggalkan kita semua (al-Fatihah) kita doakan kesehatan serta kesabaran bagi teman2 yang sakit, dan jangan lupa pula tanggungjawab semua pada 8Mac nanti. Gembira bersama keluarga, meriahkan situasi setelah teman2 Gen 77 dapat bertemu semula, Wakman mengalu-alukan kehadiran semua teman2 ke Majlis Pejumpaan Gen 77 di Melaka (Rumah Kak Timah ) Selamat Maju Jaya.

No comments: