23 February 2008

Titipan Kasih Motel Desa

Assalamualaikum Semua Suku sakat Gen77

Syukur kehadrat ilahi kerna perancangan yg dilakukan oleh orang kuat Ganung Hj Mang dan anak buahnya untuk melaksanakan Liqa' Pantai Timur menjadi realiti. Seramai 18 orang dari Terengganu, Kelantan dan Pahang telah menghadiri majlis yg diadakan ini. Tiada kata2 yg dapat digambarkan disini utk mengisahkan Liqa' ini dgn tepat. Kepada sahabat2 yg hadir mereka boleh bayangkan sendiri kesyahduan dan keterujaan yg dialami. Mcm2 perasaan yang terbit disini. saya tak berhajat utk memanjangkan cerita disini. Utk tatapan semua di uploadkan beberapa potret pertemuan ini yg sempat dirakamkan oleh jurugambar import khas dari Melaka [ anak Muhabbatien ] dgn menggunakan kamera saya.

Lebih syahdunya lagi Liqa' ini adalah kehadiran yg disayangi guru kita Dr Tn Hj Zawawi Ali [ ustaz, tazkirah yang diberikan amat menyentuh perasaan ] Tn Hj Din [ Pengarah IPG Batu Rakit - dulunya guru di KIK, maaf kalau silap, tak sempat tanya nama penuh] serta Pengarah Yayasan Terengganu Tn Hj Kamarul Amin [ junior kita 77/78]

Sahabat2 lain pastinya akan menyusul kemudian dari sudut lensa mereka pula.... insyaallah.

Sekian

Mohd Sanusi Shata


Dr Hj Zawawi Ali sedang menatap gambar lama di KIK yg dibawa dlm pertemuan ini.

Majlis bersalaman ketika Dr Hj Zawawi mula2 tiba. Mohd Zain[ berkacamata terpaksa balik awal kerana ada urusan yg perlu disegerakan] Tiada dalam gambar beramai2.




Hj Mang [ baju jalur ] sedang menerangkan ttg potret lama yg dibawa.


Masih lagi ttg kisah di KIK




Sesi foto diakhir pertemuan.
Depan dari kiri : Saidi Kadir, Imran Tahir, Pengarah YT Kamarul Amin, Hj Mang, Pengarah IPGBR, Dr Zawawi, Yahya Daud, Kahar Daud dan Azami Ghani.
Berdiri dr kiri
: Kamal daril, Mohd Sanusi, Zaki, Razali, Rosli Abas, Muhabbat, Weldan Che Kob, Fuad, Lokman Mamat [ dimaklumkan dan diajak masa saya dlm perjalanan ke tempat pertemuan], Ali Jusoh dan Hashim Sulaiman.

No comments: