31 December 2007

Tempat jatuh lagi dikenang

Salam,

Memang betul la kata pepatah/peribahasa di atas tu. Tempat jatuh lagi dikenang.

Kawan-kawan ingat tak insiden saya "jatuh" pitam sewaktu perhimpunan hari Isnin semasa di Tingkatan V di KIK tahun 1977 yang lalu.

Kalau kita semua masih ingat, di tahun itu adalah merupakan tahun "resistance" (ala ala intifadhah gitu)- semua peraturan sekolah nak dilawan dan disanggah. Kebetulan pulak yang jadi warden pada masa itu, antara lain, ialah dua guru dari Indonesia, Pak Soenarya dan Pak Mulyadi. Oleh kerana Form V dikira tingkatan yang paling degil dan keras kepala, sekolah menetapkan bahawa semasa perbarisan, ia didahului oleh pelajar tingkatan V, baru diikuti dibelakang oleh pelajar tingkatan IV, VI Rendah, dan VI Atas.

So, kita pelajar-pelajar tingkatan V pun berebut-rebutlah nak duduk di barisan paling belakang di kalangan barisan tingkatan V tu. Saya pun tak terkecuali.

Pada hari yang malang tu, saya duduk di barisan paling belakang tingkatan V. Saya actually tidak berapa sihat pada hari itu. Baru baik dari demam. Masih terasa berat-berat kepala. Tiba-tiba si Ketua Pelajar, Raba'in Hasan, nampak saya, lantas disuruhnya saya duduk di barisan paling depan. Dahlah paling depan, paling kanan pulak tu, ie, paling dekat dengan barisan pelajar perempuan.

Pada masa itu, Ustaz Zainal Abidin Abdul Kadir tengah berucap. Tau sajalah Ustaz Zainal kita tu, cakap dia meleret-leret tak tahu hujung pangkal, bercampur antara bahasa persuratan dengan bahasa Kelantan.

Di kala Ustaz Zainal tengah berucap tu, saya terasa pusing-pusing. Tidak lama selepas itu, sedar-sedar saya sudah dalam perjalanan ke Hospital Klang dibawa oleh Cikgu Shahrum dan Matron. Dah lupa namanya.

Di hospital, dagu saya didapati terkoyak dan perlu dijahit. Gigi geraham juga terbelah dua akibat impak jatuh "free fall" itu.

Mengikut cerita Fuat, bila saya jatuh, bunyinya macam ayam kena sembelih. Hahaha. Ada ke patut. Dan oleh kerana saya berada di penjuru paling kanan, tidak ada apa yang dapat "buffer" kejatuhan itu, dan saya drop dead ke lantai macam orang mati.

Bila saya balik ke asrama tidak lama selepas itu, saya ditempatkan di bilik sakit, dan petangnya dapat balik semula ke bilik saya. Sewaktu di bilik sakit, Si Raba'in datang menziarahi. Saya cepat-cepat "blame" dia: Hang punya pasalla aku jatuh. Aku dah elok2 dok belakang hang suruh aku dok depan.

Bila saya dapat ke kelas semula, dagu saya masih berbalut. Si Fuat Azahari, Syed Abu Husin, Arifin Hasan Kelantan, dan Ahmad Imran, among others, siang malam dok sindir saya dengan gelaran "janggut putih". ::)

Saya jumpa Si Raba'in dan saya beritahu dia yang saya tidak mahu lagi pergi ke assembly. Dia kata kena ada surat doktor. Tapi saya tidak kisah itu semua. Sejak dari tarikh itu, saya tidak pergi langsung ke assembly, hinggalah ke hari akhir persekolahan tingkatan lima. Saya menyorok di sebalik almari yang terletak di belakang kelas.

Hingga sekarang, kesan jahitan di dagu itu masih ada. Gigi geraham yang terbelah itu pun masih terbelah macam dulu. At least ada la sedikit bahan ingatan untuk cerita kepada anak-anak :).

Satu kesan manis dari peristiwa itu ialah: Ada satu adik form four (perempuan laaaaa) yang saya minat nak buat adik angkat. Dia dok "dilly dally" sekali setuju sekali tak setuju, lama-lama saya pun give up, malas nak waste time. Tiba-tiba selepas peristiwa saya jatuh tu, dia kirim sedikit buah tangan melalui kawan lelaki sekelas form four dengan beliau. Hahaha...too bad saya dah tidak mahu beradik-adik angkat lagi pada masa tu!

(sshhhhh!!! jangan bising kat orang lain tau! Nanti kalau orang rumah tau, mati la saya! Silap-silap kena tidur dengan ikan kat dalam kolam :).

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat curi roti, tempat mengintai, tempat tuang kelas prep eh??.

-Asmawi Mohamad

CERITA2 PENDEK

Assalamualaikum...

ari ni 31hb December2007.ari terakhir utk tahun 2007 dan esok kita akan bertambah satu tahun lagi.ada antara kita akan berumur 48 tahun dan ada yg akan berumur 49 tahun.
sama2kita siapkan azam baru utk menghadapi tahun 2008.

KAMAL DARIL

ari tu 28hb semasa dlm perjalanan balik dr ipoh saya sempat kol kamal dr no.hp yg saya daptkan dr asmawi.alhamdulillah...kami dpt berbual dan nampak nya dia bgitu teruja dan mengharap jgak kita dpt bertemu d satu masa

JEANS

undang2kik tdk membenarkan sama skali semua pelajarnya memakai seluar jeans.tapi itu lah yg kita suka buat.siapa memakai akan dirampas.saya rasa majoriti d antara kita pada masa tu mempunyai jeans.pakai bila dah rasa ketagih sgt.tempat2 utk sorok sprt dibawah locker dan atas siling.tapi,masih boleh dijumpai oleh prefect kita.bukan sebab dia org cekap sgt tapi,kpala otak dia org pun sama dgn kita,cuma dia org prefect.kna patuhi undang2.siang kna rampas,mlm i slinap masuk bilik warden dgn syed abu husin amik balik jeans i tu.bnyak....tapi i amik i punya sj.2,3 x mcm tu la.sbb tu la i slalu pakai bkn sbb jeans i byk

DEWAN MAKAN

Slinap masuk dewan makan utk mengambil roti dan telur adalah perkara biasa bila perut rasa lapar sgt pada waktu malam.ini betul2 kami rahsiakan sampai ari ni

USTAZ HAMID TAHIR

satu2nya ustaz yg slalu tersenyum tapi tegas.tak bagi pluang langsong.2,3 x kali i kna gunting rambut dgn dia.bila i d USM dia jd lecturer kat situ jgak.dia la tempat i mengadu bila i ada masaalah kewangan.i grad dia masih d usm.i jumpa dia lepas tu bila dia pencen di a.setar sebagai
penceramah bebas.dia masih mcm tu.bertenaga dan sering tersenyum.dari dia i dpt tahu ZUBIR RASHID 5sc2 mengajar dsbuah sek.d baling.ZAKARIA xxxx budak sains jgak,senior kita satu tahun sekarang pengetua d SMKA baling

CHEGU JO(JOHARI)

i masuk belajar dimatrikulasi usm d smk sains p.pinang,che gu jo dah ada di situ sbg pen.kanan.serius mcm diKIK
dia ingat i lg.(ingat dak dia ajar PE kita dan ari tu kita buat gimnastik.turn arwah fuad Awang lompat satu insiden terjadi.seluar arwah koyak.Putus terus jd mcm skirt.Se Serius cegu Jo pun tak tahan.terbahak2 ketawa.kita pun sama la)di smk sains pp pun i kna gunting rambut dgn dia skali.tapi dia gunting elok tak mcm ust hamid.Rambut cegu jo masih mcm tu.Remos tarik kedepan.i keluar dia masih d situ.skrg i tak tau dia dmana????

KELUAR MALAM

SATU LG HUKUMAN BERAT MENANTI klu kita ditangkap jika keluar pada waktu malam.
hampir semua buat kja ni.tapi,pandai makan pandai la simpan.i kerap jgak samada dgn amar,ali osali,syed abu husin dan rosidi(dia jarang2 sj.takuttt)paling kerap i dgn amar.sepandai2 tupai lompat,jatuh jgak.sekali tu kami kena tangkap d mesjid sultan sulaiman tempat transit.yg paling leceh abg i(suhail) dan 1,2 org prefect lg yg tangkap kami.dia org dah trace kami lama dah.punya la tebal muka.tapi,i rasa abg i lg tebalmuka dia.kami tak kna tindakan apa2 sbb....biasa la...kroni...

MALAM PENUTUP MINGGU SUAIKENAL TING.4

I,asmawi,md.zin Jusoh,.....(siapa lg,i tak ingat) kita naik pentas.Hentam lagu seorang satu.md.zin dgn lagu hindustan,i dgn hapuslah air mata mu,asmawi dgn........i tak ingat...tapi malang...dia org shut of sound system.tak tau pasai apa.agaknya suara kita sumbang kot...malu sampai ari ni.tak bleh ingat....maluuuuu.....

ok,stop dulu,ada byk lg memori yg sukar nak dilupakan.....
wassalam
asmawi....u ingat dak kita berdua selalu baca surah alkahfi setiap malam jumaat dimesjid sultan sulaiman bila org lain ramai2 baca surah YAASIN pada mlm tu?itu lah kita,nak lain dr yg lain pada masa tu...-fuat azahari

CERITA2 PENDEK

29 December 2007

Informal get together

Salam,

Nampak gayanya perjumpaan informal antara beberapa alumni Form 5 KIK yang dirancang telah menjadi semakin pasti.

Latest: ada 5 orang yang telah mengesahkan kedatangan: Saya sendiri, Fuat Azhari, Weldan Che Kob, Anson Ismail dan Yang Arif Shaarani Ismail.

Tempat: di Tanjung Malim. (untuk memudahkan Fuat yang datang all the way dari utara untuk satu urusan di situ. Kalau nasib baik silap2 boleh pergi cari Radziah Radzi.. :) :) ).

Waktu: Dari jam 6.00 petang. Tak tahulah pukul berapa boleh tamat!

Saya mengalu-alukan lebih ramai lagi kawan-kawan untuk ikut serta. Marilah kita menghidupkan kembali semangat setiakawan dan persahabatan yang telah kita pupuk selama dua atau empat tahun kita berada di KIK, pagi petang siang malam diselubungi oleh kawan-kawan sebilik, seasrama, sekelas, setingkatan, dan paling tidak, sesama Kolej Islam.

-Asmawi Mohamad

28 December 2007

Kolej Islam Kelang-76-79 Yang Jauh/Terpisah Sudah Dekat

Assalamualikum WBT, Saya tumpang gembira kawan-kawan lama sudah dapat bertemu semula walaupun secara ad hoc dan dua tiga orang. Mula saya lunch dengan Asmawi pada hari Isnin 24 12.07 (bersama Wan Mohd PTPTN dan Shukri Hakim Mahkamah Sesyen KL form5 1976, Lepas tu 27.12.07 saya dapat maklum Pn Kamilah, Asmawi dan Naim Nordin dapat jumpa dan had a lunch, dua tiga hari sebelum tu Pn Kamilah ada call saya minta nomber tel Naim, tup-tup dia dah dapat no. tel Naim. Saya tumpang seronok. Nampak gaya dah ada tanda-tanda positif re union form5kik77 akan jadi kenyataan.

Saya sempat maklumkan perkara positif ini kepada Prof Madya Latifah Ismail UITM Arau, dan Fuat Azahari (Kedah). In fact saya dah mula berhubung melalui e-mail dengan fuat dan Prof madya Latifah Ismail.

Masa dan pengalaman telah mendewasakan kita. Kita sekarang (2007) saya rasa sudah lebih tua dari guru kita masa kita di KIK dulu. Cikgu Mat Isa, Cik Gu Rani, Cik gu Rashidi, Pn Shusama Madavan, Pn Hasmah, Cik gu Norsiah, Cik Gu Baharom Cik gu Kusno, Cik gu Maimon Husin, Ustazah Fauziah Sani, Cik Gu Ghafar Laili, Ustaz Hamid, Ustaz Ku Hamid, Paling Hebat setakat ini selepas Ustaz Zainal ialah Dato Dr Abdullah Mohd Zain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dia tu guru Nahu masa saya form 5sas1 1977, Puan Ramli Khamis di mana?

Kalau tidah keterlaluan marilah kita cari guru-guru kita...juga

Pada Nov 2007, Saya sempat jumpa Cikgu Khairudin Zakaria di KL. Dia masih seperti dulu. Dia yang perasa saya dulu. Saya sempat bersembang dan bertanya khabar dengan dia. Cik Gu Khairudin sekarang menjadi Pengarah atau Pengetua sebuah Maktab Pergurusan Di Kuala Terengganu.

Sekarang kita patut dah mula buat survey dan dan cari tempat untuk re union. Kalau dapat bawa keluarga sama lagi bagus. Tempat kita ambil jalan tengan. Kuala Lumpur.

Mustafa Mohd Nor

27 December 2007

Lunch dengan Kamilah dan Naim

Saya pun nak tumpang sekaki menulis dari perspektif saya tentang lunch appointment saya dengan Naim dan Kamilah tengahari tadi.

Walaupun semasa di Kolej Islam, saya tidak pernah berpeluang bercakap atau menegur Kamilah (ye lah, dia kan popular dan "fierce-looking", sapa berani tegur dia, apatah lagi kami bukan dari kelas yang sama, lagilah tak ada alasan untuk bercakap atau berkomunikasi), perbualan semasa lunch tadi berjalan dengan baik. Mulanya agak gagap-gagap sikit sebab saya tidaklah mengenali beliau dari dekat, cuma bila si Naim datang, all ices were broken.

Saya sengaja pergi sambut Naim di lobi supaya nanti tidak terkejut badak kalau-kalau Naim yang saya temui jauh sama sekali dengan Naim yang saya kenali 30 tahun dulu. ALhamdulillah, nampak dia menapak dari jauh tu saya sudah boleh agak, ini mesti Naim, sebab malam tadi Rahiman Bani sudah call saya dan beritahu yang Naim, kali terakhir Rahiman bertemu, masih kurus macam dulu:). Lenggang lenggoknya masih macam Naim 30 tahun dulu.

Kami bersembang tentang segala maknika benda. Dari benda-benda ringan fasal public canning di KIK, fasal kisah-kisah cinta remaja semasa di KIK, fasal bilangan anak, hinggalah kepada perkara-perkara berat seperti spirituality, sistem kehakiman, IT, arbitration, dan segala macam lagi. Tak sedar dua jam berlalu dan kami harus beredar untuk urusan kerja selanjutnya. Naim terpaksa call ofis dia mengatakan dia lewat masuk sebab ada lunch appointment, dan telefon saya, yang sudah disilentkan bergetar di pinggang seluar dengan call yang bertalu2 :):).

Saya sempat mengimbas kembali satu "encounter" antara saya, Fuat, Syed Abu Hussin dan Kamilah. Ya lah, saya bukannya budak baik masa di KIK (Anson Ismail, waktu saya call dia kali pertama, dia tanya: Ini Asmawi budak nakal yang dari Kelantan tu ke?). Satu hari kami duduk di tingkat paling atas di blok C asrama lelaki. Blok B ialah asrama perempuan, dan kami dipisahkan oleh pagar kayu hijau tu. Air di asrama tidak ada, dan kami sibuk menyakat pelajar2 perempuan yang pergi ambil air di satu-satunya paip air yang ada di situ (dekat kantin Pak Ali tu). Tiba-tiba nampak Kamilah datang nak ambik air, so Fuat pun buatlah macam2 suara nak sakat Kamilah. Bila terdengar sahaja sakatan Fuat, Kamilah terus berlari menyembunyikan diri di balik dinding. Selang seminit dua lepas tu kami nampak seorang pelajar form four terkedek2 bawa baldi merah yang dijinjing oleh Kamilah tadi, dan dari kejauhan nampak Kamilah sedang mengarahkan budak perempuan tu dengan tangan beliau. Hahaha.

Kami ketawa terbahak2 tadi sewaktu saya ulangi kisah ini kepada Kamilah. Itulah secubit kehidupan di KIK dahulu.

Dengar kabarnya, ada antara kita, alumni spm 77 yang sudah memiliki cucu dan menantu. Nik Mahizan di KISAS kabarnya sudah bercucu. Rohani Daud pun sudah ada cucu.

Saya sendiri? hehehe. belum lagi bermenantu dan bercucu.

Selepas 30 tahun, saya rasa pertemuan itu memberi perspektif unik dan baru kepada saya. Menoleh kembali bagaimana pengalaman dua tahun atau empat tahun kita ditempa di KIK, memberikan kesan kepada cara hidup kita selanjutnya.

Harap-harap lepas ini kita dapat mengadakan pertemuan yang sama dengan lebih ramai alumni Tingkatan 5 KIK 77 lagi.

-Asmawi Mohamad

Seronok jumpa kawan lama

Lupa sign off....dah tua!!!

Salam
Kamilah

Seronok jumpa kawan lama

Had lunch with Asmawi and Naim. today. Its so much fun reminiscing!!!!! sampai tak sedar hampir 2 jam setengah berlalu. Macam-macam cerita lama keluar. Contrary to Asmawi's assertion, rambut dis masih banyak dan naik ketinggian....:) This one is confirmed by Naim.

Naim is sporting a Kojak look. Sangat bergaya.

Tak sabar nak jumpa kawan-kawan yang lain and for the RECORD, Fuat Azahari was never canned publicly!!!!

Fuat Azahari

Saya, Weldan dan Fuat Azahari merancang untuk bertemu pada 1 atau 2hb Januari 2008 nanti samada di KL atau di Tg Malim.

Fuat akan berada di Tg Malim pada tarikh tersebut bagi urusan menghantar anak beliau ke UPSI. Kami merancang untuk membuat reunion ringkas kebetulan beliau ada di situ.

Sempena pertemuan tersebut, satu pertandingan mengukur jarak antara kedudukan garisan rambut terkini dengan garisan dahi akan diadakan antara semua hadirin. :):)

Sesiapa yang berkelapangan untuk ikut serta, silalah email atau sms saya.

-Asmawi Mohamad

SMS dari Kamal Daril

Saya terima satu SMS yang amat menyentuh persaudaraan dari Sdr Kamal Daril, rakan sekelas di 5SC1. Tentu ramai yang mengenali beliau:

Salam. Sdr Asmawi.

Syukur dapat berhubung semula selepas 30 tahun tak berjumpa. Terima kasih sms yang dihantar dan pohon banyak kemaafan kerana lambat reply. Sebenarnya beberapa hari lalu handphone ini anak saya yang guna buat sementara waktu. Its good idea to reassemble our old friends bagi merapatkan silaturrahim. Di mana sekarang? Saya dah dua tahun di Kuala Terengganu. Harap kita dan lain-lain dapat berjumpa nanti. Salam saya buat kawan2 yang masih mengenali. Beritau la kalau outstation di Kuala Terengganu. Wassalam.

Cadangan login dan password

Sekarang ini, access blog kita adalah secara terbuka. Semua orang boleh masuk dan baca apa yang tertulis di sini, dan semua maklumat yang kita kongsikan di sini boleh dicapai oleh sesiapa dari seluruh pelusuk dunia. In fact, kalau kita buat search pakai google pun, nama-nama yang terpapar di sini akan terkeluar di dalam carian google.

Sekarang ada 4 orang yang mempunyai full access kepada blog ini: Saya sendiri, Fuat Azahari, Mustafa Mohd Nor dan Kamilah Kasim.

Saya sedang menimbangkan untuk meletakkan login dan password kepada blog ini, supaya hanya orang yang mempunyai login dan password sahaja yang boleh membacanya.

Dengan cara ini, diharapkan maklumat yang kita kongsikan dapat dijaga "privacy" nya, seperti alamat-alamat rumah, nombor telefon, nama-nama anak dan isteri, dan sebagainya. Jika ini dapat dijaga, kita akan rasa lebih "confident" untuk saling update each other berkenaan diri masing-masing.

Kontra kepada cadangan ini ialah capaian kepada blog ini akan menjadi lebih terhad, ertinya kalau ada kawan-kawan kita yang tidak berada di dalam "loop" mereka mungkin tidak akan dapat mengetahui tentang kewujudan blog ini langsung. Capaian hanya diperolehi oleh orang yang ada login dan password, dan ini hanya dapat diperolehi dari orang yang telah memiliki kedua-duanya.

Apa kata kawan-kawan semua?

-Asmawi Mohamad

26 December 2007

The warm warm welcome

What a welcome......goodness, you have no idea how special i feel now. Am blushing furiously...:)Assalamualaikum everybody. Its really really GREAT that Aswami has taken the trouble to create this blog. Amazing to think that 30years have passed us by. We should support Asmawi and continue to stay in touch through this blog.I was somewhat suprised but delighted to receive Asmawi's e-mail. I actually called everybody that i could think of to describe Asmawi:)Its still hazy but i am sure the cute 15 year old Asmawi will resurface.Ok people thats all for now, until then take care and warmest regards



Kamilah



p/s btw I am a litigator. The training in KIK as one fierce debator is indeed useful. This post was initially posted under "comment" to Asmawi's post and i just realised it is not all visible. This reveals how GREEN i am at blogging:) I reckon there may be many greenies here as well. So this one goes to the greenies.

Public Canning

Fuat dengan Amar yang kena public canning kan? i thought they were heros then:)

Kamilah

Menjejak "kasih"

Salam,

Pagi tadi sementara menunggu satu meeting yang sepatutnya bermula jam 10 pagi, saya sempat gatal tangan menelefon Ruzanah Husain berdasarkan nombor telefon yang diberikan oleh Padzilah Said.

Suara dia masih macam dulu :), so senang la nak relate dan nak pastikan bahawa beliau adalah orang yang dimaksudkan :).

Ruzanah ada anak tiga orang. Beliau bertugas di MRSM Jasin sejak 20 tahun yang lalu. Kalau dulu masa budak2, masa remaja, muda trang tang tang, nak bercakap dengan "budak2 perempuan" ni selalu malu2 dan takut-takut, dan tak konfiden, haaa, sekarang ni, bila dah tua macam sekarang, dah takde segan silu tu. Cakap pun bukan main konfiden lagi :). Kalaulah kita semua macam ni sewaktu KIK dulu, bagaimana lah gamaknya ye. Sure haru al biru!!!

Lepas tu, petang, sewaktu dalam perjalanan pulang dari meeting di Putrajaya, ada seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Rohani Daud menelefon saya.

Dengan memori yang dah semakin berkarat, manalah dapat saya tahu siapa Rohani Daud itu. Dia kata dia dapat nombor saya dari Padzilah Said LHDN Kuantan. Terpinga-pinga jugak saya nak figure out siapa Rohani ini, hinggalah dia sebut satu "keyword" lantas saya tahu siapa Rohani ini.

Kepada Puan Rohani, maaflah sebab "blur" sikit tadi. 30 tahun bukan suatu masa yang singkatkan, so kalau ingatan saya kurang kemagnetannya, maafkan saya ya.

Rohani sekarang bertugas di LHDN Kota Bharu. Kalau perlukan nombor telefon beliau, sila emailkan saya secara "private".

Bila masuk ofis dan check blog, wahhhhh.....sudah ada dua posting hari ni. Satu dari Mustafa, dan satu lagi dari Fuat.

Mengingatkan telatah Fuat sewaktu di KIK, dan saya sendiri adalah sebahagian dari rakan "kamceng" beliau, saya tersenyum lebar keseorangan. Kena public canning kat depan tu, no hal la bagi kami semua walaupun saya tak pernah kena. Cuma sekali kena rotan dengan Ustaz Zawawi sekembalinya dari tengok wayang waktu malam selepas hari terakhir exam SPM dengan Fauzi Perak.

Dua hari lepas saya sempat lunch bersama dengan Mustafa Mohd Nor. I tell you! Mustafa ni memang jenis tak makan tua la. Rambut dia penuh seketul atas kepala, tak macam saya ni. Orang lain tak tahulah. Dia masih handsome macam masa form five dulu la. :)

Ok. Take care.

-Asmawi Mohamad

form5kik1977

assalamualaikum...maaf, kemarin i mnulis dlm blog ni i lupa tulis nama.biasa la..mcm mustafa kata...kita dah tua..banyak lagi batch kita yang masih "mising",tak tau dimana mereka menyorok.mungkin di antara kita dah berpangkat datok dan mungkin jgak diantara kita yang agak lama lg baru nak bergelar datok.tapi kbanyakan dr kita sedang melewati tempoh itu.antara 1 hingga 5 thn lg mungkin ramai yg akan bergelar datok.sapa2 diantara kita sudah mdpt tittle datok saya ucapkan tahniah dan slamat pjg umur.
tqvm kat asmawi...memang u begitu agresif menjejaki kwn2 kita.2 nama yg i begitu teringin nak tau ...azhan azmi dan naim nordin( u kata u dah bgitu hampir nak jumpa dia)i rasa syok jgak.Kapitan Skuad Bola Tampar KIK 1977,debator lg,satu nama yg agak familiar masa tu.Tapi,badan dia tak la sehebat mana....lani taktau la.teringat mcm mana kita slalu kena tunggu bila ada spot check rambut.pagi assembly taroh myk cukup2 tebal,konon boleh nampak pendek.itu la kita.akal budak2.bila dah kena gunting dgn ce gu KUSNO(satu masa i p KIK dia dah jadi pengetua kat situ)jenohlah taroh BON.nak bagi cepat pjg.seksa bila nak mandi...melekit2.teringat bila mana akal budak kita meruntuhkan dinding pemisah blok asrama lelaki dan ppuan.agak ganas.tapi,masa tu i tak terlibat sbb i tak pergi prep dan tdog kat asrama.tapi,agak malang bagi orang yg dah wanted...nama i di heret sama bersama org2 lain yg d syakki.berapa byk tribunal yg ada masa tu mencari pesalah sebenar....dapat.Kna rotan kat assembly..............ok.nanti i samb.lg -fuatazahari atau Email fuatazahari@yahoo.com

Feb 1976 - Dec 1979 Kolej Islam Kelang

Lembaran Diari tahun 1976-1979 kekal Dalam ingatan. Di Kolej Islam Kelang saya akan cuba mengimbau sejarah kita semua. Ada 2 kelas aliran sains dan 5 kelas aliran sastera.

Tingkatan 4sc1/5sc1: Ahmad Imran Tahir, Rashidi, Asmawi, Hasan Hj Ahmad, Kamal Daril, Radziah Radzi (yg menyanyi lagu cina masa orientasi Feb 1976), Latifah, Ariffin Hassan, Azhan Azmi (perak yg handsome tu) itu yang saya ingat.

Manakala 4sc2/5sc2: Saidi Kadir, Nek Alwi, Salahiah Daman, Abdullah Ahmad org panggil Dato' Abdullah) wah...tak ingat tolong ingatkan.

Tingkatan 4sas1/5sas1: Mustafa Mohd Nor (sekarang DBKL), Che Latifah Ismail (sekarang Prof. Madya @ Full Prof UITM Arau, Husin Mat Isa, Ariffin Bakar(sekarang MRSM) Abdul Mughith Mohamad (sekarang di Modenas Kedah,) Sabaruddin Hassan (Pahang) sekarang Jakim hai tak ingat... dah tua ni.

Tingkatan 4sas2/5sas2: Abdullah Said (Melaka) Yunus Samad (UITM)Ismail Maon, Rahiman Bani, Kamilah Kassim. hai tak ingat...

Tingkatan 4sas3/5sas3: Abdullah Hassan, Nik Mahizan, Mohd Nor Yaakob (Marhaban), Ahmad Semawi Hassan, Rashid Mohamad (Pahang), Yaakob Rahim Jakim, hai tak ingat...

Tingkatan 4sas4/5sas4: Raslan Mat Resad, Mokhtar Drahman, Azemi (king sleep), Norihani Abdullah, hai tak ingat... tolong ingatkan.

Tingkatan 4sas5/5sas5: Ahmad Rafaei Mamat (sekarang UTM Skudai), Tak Ingat...

Maaf... nak pergi meeting. saya sambung lagi... sahabat tolong ingat dan sambung. Kita cari 100% form 5 kik1977.

Mustafa Mohd Nor.

25 December 2007

Please welcome....................

Puan Kamilah Kassim!!!!!!!!!!!!!!!!

Yesterday I managed to send an email to Kamilah Kassim, introducing her to our blog and inviting her to join us in this "regrouping" of Form Five Alumni of 1977.

She is a very successful corporate lawyer and a partner to legal firm Rajah & Tann in Singapore now.

This morning she replied the email, and even though her memory was still vague at that moment about who this Asmawi is, she was very receptive, and even asked for the login and password to this blog so that one day she can write herself. Just wait for the day when she makes her formal appearance OK :)!

From her, I know that she still maintain some contacts with Cik Latifah who is now at UUM, Rahiman Bani, and also Naim Nordin. I wish one day we will see and hear from Cik Latifah and Naim here.

Welcome aboard, Kamilah!

-Asmawi Mohamad

Jangan lupa letakkan sign-off

Jika anda menulis (sekarang ini sudah ada tiga orang yang memperolehi access blog ini), jangan lupa sign-off dengan nama anda, supaya kita semua tahu siapa yang menulis. Lagi baik kalau dituliskan sekali tingkatan terakhir semasa di KIK. Maklumlah, sudah 30 tahun kita menapak keluar dari KIK, jadi bukan senang untuk mengingati who is who dalam tempoh sedemikian lama.

-Asmawi Mohamad. 5Sc1, 1977.

form5kik1977

d antara kita ada yg 4thn d kik dan ada yg 2thn sj.wpon kami yg hanya 2 thn sj d kik terasa bgitu akrab hubungan ssama kita.perangai gila2 yg ada pada diri kita klu di ingat balik trasa amat memalukan.tapi,itu lah diri kita dlm melalui masa dwasa.satu2nya yg amat terasa ialah hubungan persahabatan d antara plajar pantai timur dan barat.
keputusan bm SPM batch kita amatlah memeranjatkan.ramai yg hanya lulus dan ada yg kecundang.dan saya adalah salah seorang drpdnya yg terpaksa sit for july paper.tapi...senafas saja.july paper senang sangat.Dengan english communication nya...ooi,sgala2nya dia org buat
trial di batch kita.Alhamdulillah....skrg setakat yg saya tahu plajar spm batch kita baik sains atau arts...saya dengar berjaya dlm kehidupan masing2.disini lah saya rasa perlunya kita bertemu smula...mengingati masa silam kita sprt kata asmawi mohamad dan sama2 berbincang kearah kebaikan dan kehidupan kita yg lebih baik.apa sumbangan kita klu boleh?
...sekian dulu..harap semua terus menulis,wassalam

24 December 2007

Latest update

Salam,

Saya baru dapat SMS dari Padzilah Said (yang sekarang bertugas dengan LHDN Kuantan) bahawa beliau telah dapat menghubungi seorang lagi rakan kita, Ruzana Husin di MRSM Jasin. Siap bagi HP number lagi untuk dihubungi. Atas sebab-sebab privacy, of course saya tidak boleh meletakkan HP number sesiapa pun di sini, so kalau saudara saudari perlukan contact number beliau, silalah email kepada saya secara private. Bersama Ruzana di situ ialah Toriah Jatim.

Dari Padzilah juga saya dapat tahu yang Ahmad Samawee, rakan seusrah saya semasa di Tingkatan IV di bawah bimbingan Sdr Mokhtar Othman (arwah), sekarang bertugas sebagai Timbalan Pengarah Kastam Pahang.

Selamat menjalin semula silaturrahim yang terputus sejak 30 tahun yang silam.

-Asmawi Mohamad


Dari Fuat Azahari

(Nota: posting dari Fuat ini asalnya diletakkan di bawah "comment" posting mengenai "Fuad Kedah", tetapi demi untuk meningkatkan visibility, saya letakkan semula sebagai satu "original posting".)


assalamualaikum...sori. kalut ckit 1,2 ari ni dgn anak2. almaklum. anak perempuan ada 2, lelaki 2. yang sulong pompuan dah 21 thn.yang bongsu lelaki 15 thn. dok kisah dgn hal2 dia orang sampe takdan nak buka blog kita ni. nak borak apa pun takdak tajuk lg. tapi,mcm mana pun tq kat asmawi krn dia bgitu agresif. mlm i suggest, esoknya dia dah ready dgn blog ni. mat nor...i really taktau u ada kat dbkl. actually i ada job dgn dbkl dulu. ruangniaga kat setiawangsa. slalu berurusan dgn dbkl tapi taktau u ada disitu. anyway...kita dah sama2 bleh trace la ni. ok...i stuju kita atur gathering tapi kena la sama2 kita hebahkan kat kwn2 kita pase blog ni dulu. kita hilang 30 thn. i dengar asmawi dan weldan rambut dah tinggal sorang setengah. i pun apa kurang. dekat setengah gak. apamacam?weldan,asmawi...sekali skala bleh pinjam kut yang setengah tu.satu dua hari botak tak kisah kut.????

-fuat-

Fuad Kedah?

Sdr Mustafa Md Nor menyebut "Fuad Dari Kedah".

Ada dua orang Fuad dari Kedah dalam batch kita.

1) Fuad Azahari. Yang ni sihat segar bugar, happy go lucky macam dulu jugak la.

2) Fuad Awang. Inna lillahi wa inna ilaihi ra-ji'un. Beliau meninggal, kabarnya, dua tahun lepas akibat kencing manis.

-Asmawi Mohamad

Access to this blog

Salam,

Kalau saudara/saudari ingin menulis di sini, ada dua cara untuk berbuat demikian:

1) Klik pada link comments seperti tertera pada gambar di bawah:2) Minta login dan password dari saya di asmawi@gmail.com

As of now, aside from me, Mustafa Mohd Nor is another person who has the right to access this blog.

Selamat menulis!

-Asmawi Mohamad

23 December 2007

Dari Mustafa Md Nor

Assalamualaikum WBT, Para Pelajar Form 5 KIK 1977 (1976-1977-1978 dan 1979). Saya termasuk dalam kumpulan ini. Lembaran sejarah 1976-1979 tidak dapat dilupakan. Pengetua, Warden, Guru-Guru, Ketua Pelajar, Kawan-Kawan tetap utuh dalam ingatan. Semua kita telah mencapai umur 46,47 dan 48 tahun. Tahun depan kita akan mencapai umur 47,48 dan 49.

Dalam usia sebegini, kebanyakan manusia akan cuba mengingati masa silam dan cuba mencari rakan sekelas.

Pada saya Kolej Islam Kelang adalah satu Institusi yang saya rindui sepanjang hayat. Saya 4 tahun di sana sebab saya aliran Sastera. Kawan-kawan lain, yang aliran sains sempat 2 tahun sahaja. Mereka termasuk Ahmad Imran Tahir, Asmawi Mohamad(Kelantan) Fuad Azahari, Rashidi Ismail, Nek Alwi, Fuad (Kedah) Syed Perak dll. Saya dan kawan-kawan aliran sastera, spt Saarani Ismail, Abdullah Said, Naim Nordin, Ismail Maon, Hussin Mat Isa, Ariffin Bakar sempat 4 tahun didewasakan di Kolej Islam.


Hubungi saya: mustafamn@dbkl.gov.my Kalau ada kelapangan dan di izinkan Allah mari kita jumpa. Di KL, Di Kelang atau di Kota Bharu, Atau di Alor Star.

-Mustafa Mohd Nor

Latest photos

If you have your latest photos to share with others, please email them to me. I will post the pictures here so that all of us can have a glimpse of how we all look like now, after 30 years :). I am sure we will be laughing like mad looking at those pictures.

-Asmawi Mohamad

Siapa dan di mana

Salam,

Dengan bantuan Sdr Fuad Azahari dan beberapa rakan yang lain, berikut ialah kawan-kawan Tingkatan 5 KIK 1977 yang telah dapat saya hubungi atau telah memiliki contact number mereka:

1. Fuad Azahari- Kedah
2. Roshidi Ismail- Kedah
3. Shaarani Ismail- Kedah, sekarang di Shah Alam
4. Asmawi Mohamad- Kelantan, sekarang di Sg Buluh, Selangor.
5. Ahmad Imran Tahir- Kelantan
6. Mustapha Mohd Nor- Kelantan, sekarang di DBKL
7. Mokhtar Derahman- Kelantan, sekarang di Selayang, Selangor
8. Puaad xxxxxx- Pahang, sekarang di UDA, Bukit Bintang
9. Anson Ismail- Perak, sekarang di Kuala Lumpur
10. Arpi- Perak, sekarang di Proton
11. Jalilah- Perak, sekarang di Kuching
12. Kamal Daril- Melaka, sekarang di Kuala Terengganu
13. Padzilah- Pahang, sekarang di Kuantan
14. Rahimin Bani- Melaka
15. Weldan Che Kob- Pahang
16. Yusuf Nawang- Terengganu, sekarang di KWSP Kuala Lumpur

Jika saudara/saudari perlukan contact number mereka yang di atas, sila hubungi saya di asmawi@gmail.com.

Seperti yang kita tahu, ada ratusan lagi pelajar Tingkatan Lima KIK 1977 yang masih belum dapat dijejaki kedudukan mereka terkini. Jika saudara/saudari tahu atau ada mempunyai maklumat tentang mereka, sila hubungi saya melalui email itu juga.

Bagaimana ia bermula

Saya baru saja join grup maya alumni Kolej Islam yang diberi nama ALKIS di yahoogroups minggu lepas.

Dalam ramai-ramai ahli grup tersebut, tidak ramai yang saya kenali. Hanya beberapa kerat seperti Puaad (Pahang) dan Yusuf Embong yang saya cam.

Puaad sekarang bertugas di Perbadanan Pembangunan Bandar- UDA.

Dari situ, saya terperasan gambar Shaarani Ismail, budak Kedah yang belajar di tingkatan 5 sastera tahun 1977 tu. Sekarang beliau bertugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam.

Setelah menggodek arkib2 lama email di dalam diskusi grup tersebut, saya perolehi nombor HP Shaarani. Lantas saya hubungi beliau untuk memperkenalkan diri. Setelah yakin bahawa beliau juga mengenali saya**, kami menamatkan perbualan.

Dua tiga hari selepas itu, ie, sehari sebelum raya haji, saya menerima panggilan dari Fuad Azahari. Beliau menetap di Kedah sekarang.

Menerusi Fuad, saya dapat hubungi beberapa rakan lain seperti Padzilah Said, Jalilah, Anson, Roshidi Ismail dan Weldan Che Kob.

Hari Jumaat lepas, Weldan drove all the way from Bentong, tempat dia menetap sekarang, untuk datang ke KL bertemu kembali setelah menghilang selama 30 tahun!!!

Dari Weldan timbul idea untuk mempertemukan semula, face to face, semua ex KIK batch 1977. Pada mulanya Weldan mencadangkan supaya dihadkan kepada rakan sekelas untuk memudahkan kerenah logistik mempertemukan semula bekas-bekas pelajar KIK ini.

Setelah berbincang dengan Fuad Azahari, timbul cadangan supaya ia diperluaskan kepada semua pelajar tingkatan lima tahun 1977, tidak kira dari aliran sains atau sastera.

Dan sebagai langkah pertama ke arah mempertemukan semula semua bekas pelajar Tingkatan Lima KIK tahun 1977, Fuad mencadangkan supaya blog ini diwujudkan sebagai "assembly point" untuk mengumpul seramai mungkin bekas-bekas pelajar berkenaan yang sekarang bertebaran di seluruh pelusuk negara.

Selamat bersilaturrahim!

(**lepas tu baru saya tahu rupanya Shaarani pura2 kenal saya. Bila dia ceritakan perkara ini kepada Fuad, dia kata : Asmawi budak Pahang yang sekelas dengan hang! Which was not me. Dia terkonfius dengan Ahmad Samawe, yang memang asal Pahang, dari Tingkatan 5 Sastera, dan sekarang kabarnya bertugas dengan Kastam di Pahang)

Selamat Datang

Ahlan wasahlan. Welcome. Selamat Datang!

This blog is established to reconnect all ex-students of form five, Kolej Islam Kelang, 1977, from both arts and science streams.

If you know Puan Tee, Cikgu Sushama, Cikgu Md Isa, Cikgu Shahrom, Pak Soenarya, Ustaz Idham, Pak Mulyadi, and Ustaz Zainal Abidin, then you might belong to this group.

Similarly, the names like Ali Osali, Fuat Azahari, Amar, Syed Abu Hussin, Anson, Salahiah Dahaman, should ring a bell to you. They are all part of this group of form fivers that are now scattered all over the country, slowly approaching 50's soon.

Before we retire from our work life, and before we retire from this world, lets regroup for the sake of re-strengthening the friendship and camaraderies, for the sake of Allah.

Amin.

Asmawi Mohamad