24 December 2007

Latest update

Salam,

Saya baru dapat SMS dari Padzilah Said (yang sekarang bertugas dengan LHDN Kuantan) bahawa beliau telah dapat menghubungi seorang lagi rakan kita, Ruzana Husin di MRSM Jasin. Siap bagi HP number lagi untuk dihubungi. Atas sebab-sebab privacy, of course saya tidak boleh meletakkan HP number sesiapa pun di sini, so kalau saudara saudari perlukan contact number beliau, silalah email kepada saya secara private. Bersama Ruzana di situ ialah Toriah Jatim.

Dari Padzilah juga saya dapat tahu yang Ahmad Samawee, rakan seusrah saya semasa di Tingkatan IV di bawah bimbingan Sdr Mokhtar Othman (arwah), sekarang bertugas sebagai Timbalan Pengarah Kastam Pahang.

Selamat menjalin semula silaturrahim yang terputus sejak 30 tahun yang silam.

-Asmawi Mohamad


No comments: