31 December 2007

Tempat jatuh lagi dikenang

Salam,

Memang betul la kata pepatah/peribahasa di atas tu. Tempat jatuh lagi dikenang.

Kawan-kawan ingat tak insiden saya "jatuh" pitam sewaktu perhimpunan hari Isnin semasa di Tingkatan V di KIK tahun 1977 yang lalu.

Kalau kita semua masih ingat, di tahun itu adalah merupakan tahun "resistance" (ala ala intifadhah gitu)- semua peraturan sekolah nak dilawan dan disanggah. Kebetulan pulak yang jadi warden pada masa itu, antara lain, ialah dua guru dari Indonesia, Pak Soenarya dan Pak Mulyadi. Oleh kerana Form V dikira tingkatan yang paling degil dan keras kepala, sekolah menetapkan bahawa semasa perbarisan, ia didahului oleh pelajar tingkatan V, baru diikuti dibelakang oleh pelajar tingkatan IV, VI Rendah, dan VI Atas.

So, kita pelajar-pelajar tingkatan V pun berebut-rebutlah nak duduk di barisan paling belakang di kalangan barisan tingkatan V tu. Saya pun tak terkecuali.

Pada hari yang malang tu, saya duduk di barisan paling belakang tingkatan V. Saya actually tidak berapa sihat pada hari itu. Baru baik dari demam. Masih terasa berat-berat kepala. Tiba-tiba si Ketua Pelajar, Raba'in Hasan, nampak saya, lantas disuruhnya saya duduk di barisan paling depan. Dahlah paling depan, paling kanan pulak tu, ie, paling dekat dengan barisan pelajar perempuan.

Pada masa itu, Ustaz Zainal Abidin Abdul Kadir tengah berucap. Tau sajalah Ustaz Zainal kita tu, cakap dia meleret-leret tak tahu hujung pangkal, bercampur antara bahasa persuratan dengan bahasa Kelantan.

Di kala Ustaz Zainal tengah berucap tu, saya terasa pusing-pusing. Tidak lama selepas itu, sedar-sedar saya sudah dalam perjalanan ke Hospital Klang dibawa oleh Cikgu Shahrum dan Matron. Dah lupa namanya.

Di hospital, dagu saya didapati terkoyak dan perlu dijahit. Gigi geraham juga terbelah dua akibat impak jatuh "free fall" itu.

Mengikut cerita Fuat, bila saya jatuh, bunyinya macam ayam kena sembelih. Hahaha. Ada ke patut. Dan oleh kerana saya berada di penjuru paling kanan, tidak ada apa yang dapat "buffer" kejatuhan itu, dan saya drop dead ke lantai macam orang mati.

Bila saya balik ke asrama tidak lama selepas itu, saya ditempatkan di bilik sakit, dan petangnya dapat balik semula ke bilik saya. Sewaktu di bilik sakit, Si Raba'in datang menziarahi. Saya cepat-cepat "blame" dia: Hang punya pasalla aku jatuh. Aku dah elok2 dok belakang hang suruh aku dok depan.

Bila saya dapat ke kelas semula, dagu saya masih berbalut. Si Fuat Azahari, Syed Abu Husin, Arifin Hasan Kelantan, dan Ahmad Imran, among others, siang malam dok sindir saya dengan gelaran "janggut putih". ::)

Saya jumpa Si Raba'in dan saya beritahu dia yang saya tidak mahu lagi pergi ke assembly. Dia kata kena ada surat doktor. Tapi saya tidak kisah itu semua. Sejak dari tarikh itu, saya tidak pergi langsung ke assembly, hinggalah ke hari akhir persekolahan tingkatan lima. Saya menyorok di sebalik almari yang terletak di belakang kelas.

Hingga sekarang, kesan jahitan di dagu itu masih ada. Gigi geraham yang terbelah itu pun masih terbelah macam dulu. At least ada la sedikit bahan ingatan untuk cerita kepada anak-anak :).

Satu kesan manis dari peristiwa itu ialah: Ada satu adik form four (perempuan laaaaa) yang saya minat nak buat adik angkat. Dia dok "dilly dally" sekali setuju sekali tak setuju, lama-lama saya pun give up, malas nak waste time. Tiba-tiba selepas peristiwa saya jatuh tu, dia kirim sedikit buah tangan melalui kawan lelaki sekelas form four dengan beliau. Hahaha...too bad saya dah tidak mahu beradik-adik angkat lagi pada masa tu!

(sshhhhh!!! jangan bising kat orang lain tau! Nanti kalau orang rumah tau, mati la saya! Silap-silap kena tidur dengan ikan kat dalam kolam :).

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat curi roti, tempat mengintai, tempat tuang kelas prep eh??.

-Asmawi Mohamad

No comments: