27 December 2007

Lunch dengan Kamilah dan Naim

Saya pun nak tumpang sekaki menulis dari perspektif saya tentang lunch appointment saya dengan Naim dan Kamilah tengahari tadi.

Walaupun semasa di Kolej Islam, saya tidak pernah berpeluang bercakap atau menegur Kamilah (ye lah, dia kan popular dan "fierce-looking", sapa berani tegur dia, apatah lagi kami bukan dari kelas yang sama, lagilah tak ada alasan untuk bercakap atau berkomunikasi), perbualan semasa lunch tadi berjalan dengan baik. Mulanya agak gagap-gagap sikit sebab saya tidaklah mengenali beliau dari dekat, cuma bila si Naim datang, all ices were broken.

Saya sengaja pergi sambut Naim di lobi supaya nanti tidak terkejut badak kalau-kalau Naim yang saya temui jauh sama sekali dengan Naim yang saya kenali 30 tahun dulu. ALhamdulillah, nampak dia menapak dari jauh tu saya sudah boleh agak, ini mesti Naim, sebab malam tadi Rahiman Bani sudah call saya dan beritahu yang Naim, kali terakhir Rahiman bertemu, masih kurus macam dulu:). Lenggang lenggoknya masih macam Naim 30 tahun dulu.

Kami bersembang tentang segala maknika benda. Dari benda-benda ringan fasal public canning di KIK, fasal kisah-kisah cinta remaja semasa di KIK, fasal bilangan anak, hinggalah kepada perkara-perkara berat seperti spirituality, sistem kehakiman, IT, arbitration, dan segala macam lagi. Tak sedar dua jam berlalu dan kami harus beredar untuk urusan kerja selanjutnya. Naim terpaksa call ofis dia mengatakan dia lewat masuk sebab ada lunch appointment, dan telefon saya, yang sudah disilentkan bergetar di pinggang seluar dengan call yang bertalu2 :):).

Saya sempat mengimbas kembali satu "encounter" antara saya, Fuat, Syed Abu Hussin dan Kamilah. Ya lah, saya bukannya budak baik masa di KIK (Anson Ismail, waktu saya call dia kali pertama, dia tanya: Ini Asmawi budak nakal yang dari Kelantan tu ke?). Satu hari kami duduk di tingkat paling atas di blok C asrama lelaki. Blok B ialah asrama perempuan, dan kami dipisahkan oleh pagar kayu hijau tu. Air di asrama tidak ada, dan kami sibuk menyakat pelajar2 perempuan yang pergi ambil air di satu-satunya paip air yang ada di situ (dekat kantin Pak Ali tu). Tiba-tiba nampak Kamilah datang nak ambik air, so Fuat pun buatlah macam2 suara nak sakat Kamilah. Bila terdengar sahaja sakatan Fuat, Kamilah terus berlari menyembunyikan diri di balik dinding. Selang seminit dua lepas tu kami nampak seorang pelajar form four terkedek2 bawa baldi merah yang dijinjing oleh Kamilah tadi, dan dari kejauhan nampak Kamilah sedang mengarahkan budak perempuan tu dengan tangan beliau. Hahaha.

Kami ketawa terbahak2 tadi sewaktu saya ulangi kisah ini kepada Kamilah. Itulah secubit kehidupan di KIK dahulu.

Dengar kabarnya, ada antara kita, alumni spm 77 yang sudah memiliki cucu dan menantu. Nik Mahizan di KISAS kabarnya sudah bercucu. Rohani Daud pun sudah ada cucu.

Saya sendiri? hehehe. belum lagi bermenantu dan bercucu.

Selepas 30 tahun, saya rasa pertemuan itu memberi perspektif unik dan baru kepada saya. Menoleh kembali bagaimana pengalaman dua tahun atau empat tahun kita ditempa di KIK, memberikan kesan kepada cara hidup kita selanjutnya.

Harap-harap lepas ini kita dapat mengadakan pertemuan yang sama dengan lebih ramai alumni Tingkatan 5 KIK 77 lagi.

-Asmawi Mohamad

No comments: