23 December 2007

Dari Mustafa Md Nor

Assalamualaikum WBT, Para Pelajar Form 5 KIK 1977 (1976-1977-1978 dan 1979). Saya termasuk dalam kumpulan ini. Lembaran sejarah 1976-1979 tidak dapat dilupakan. Pengetua, Warden, Guru-Guru, Ketua Pelajar, Kawan-Kawan tetap utuh dalam ingatan. Semua kita telah mencapai umur 46,47 dan 48 tahun. Tahun depan kita akan mencapai umur 47,48 dan 49.

Dalam usia sebegini, kebanyakan manusia akan cuba mengingati masa silam dan cuba mencari rakan sekelas.

Pada saya Kolej Islam Kelang adalah satu Institusi yang saya rindui sepanjang hayat. Saya 4 tahun di sana sebab saya aliran Sastera. Kawan-kawan lain, yang aliran sains sempat 2 tahun sahaja. Mereka termasuk Ahmad Imran Tahir, Asmawi Mohamad(Kelantan) Fuad Azahari, Rashidi Ismail, Nek Alwi, Fuad (Kedah) Syed Perak dll. Saya dan kawan-kawan aliran sastera, spt Saarani Ismail, Abdullah Said, Naim Nordin, Ismail Maon, Hussin Mat Isa, Ariffin Bakar sempat 4 tahun didewasakan di Kolej Islam.


Hubungi saya: mustafamn@dbkl.gov.my Kalau ada kelapangan dan di izinkan Allah mari kita jumpa. Di KL, Di Kelang atau di Kota Bharu, Atau di Alor Star.

-Mustafa Mohd Nor

No comments: