08 June 2008

Allahyarham Ustaz Ariff Ismail Dlm Kenangan


Potret Allahyarham Ariff Ismail bersama isteri dan 2 drp 5 anaknya yang di ambil oleh Sdr Muhabbat di Kota Baharu pada Januari lepas ( lihat topik Jejak kasih di Kota Baharu)


Malam ini saya menerima mesej Daripada Sdr Muhabbat Abdul Latif mengenai kembalinya kerahmatullah Sdr Ariff Ismail pada 06 Jun 2008. Katanya akibat strok. ?Semoga ruhnya dicucuri rahmat oleh Allah.

Lantas saya menghubungi Sdri Rahimah Hussain untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai kejadian ini. Saya sendiri tak dapat kontek anak beliau melalui nombor yang diberikan Muhabbat. Rahimah menceritakan bahawa beliau baru sahaja menghubungi anak Allahyarham iaitu Syazwan Ariff ( 18 tahun - akan mendaftar di UIA pada 23 Jun ini ). Cerita anaknya :

Pada malam di ishtiharkan minyak naik harga, Allahyarham telah menyuruh anaknya ke stesen minyak untuk mengisi petrol. Beliau berbuat demikian bukan kerana minyak naik harga, tetapi keretanya memang tak ada minyak. Oleh kerana pemergian anaknya itu agak lama, maka beliau telah mengambil keputusan untuk pergi ketempat anaknya dengan motosikal.

Sampai di sana beliau lihat deretan kenderaan berbaris panjang untuk mengisi minyak. Beliau mendapatkan anaknya dan telah merasakan dadanya agak sakit. Lalu memberitahu anaknya bahawa beliau kena strok. Walau bagaimanapun beliau memberitahu anaknya itu dalam keadaan senyum, dan memberitahu bahawa beliau ingin duduk dalam kereta. Anaknya kurang percaya yang beliau sakit. Lalu meninggalkan beliau bersendirian.

Setelah agak lama masa anaknya meninggalkan stesen, lalu kembali semula ke situ dan mendapati ayahnya telah lemah. Lalu di bawa pulang dan terus di masukkan ke hospital. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi 07 Jun 2008.
Demikian cerita dari Sdri Rahimah Hussain.

Sesungguhnya kita semua amat terkejut dengan pemergian Allahyarham kerana selama ini beliau tidak menunjukkan sebarang perubahan kesihatan. Bagi saya sendiri amat terasa kehilangan beliau kerana kami belajar bersama sejak dari darjah 1 hingga darjah 6 ( SK Jelawat ), Tingkatan Peralihan hingga tingkatan 3 ( SMA Yaakubiah Nipah, Bachok), Tingkatan 4 dan 5 ( KIK).

Beliau merupakan seorang sahabat yang sentiasa bersedia memberikan bantuan jika diperlukan. Saya pernah tinggal di rumah beliau semasa peperiksaan SRP. Keluarganya juga amat baik.

Sekian.

Sanusi.

No comments: