08 June 2008

Jumpa lagi



Assalamu’alaikum wbt

Apa khabar semua teman2, didoakan semua sehat dan ceria disamping keluarga. Seminggu berlalu, pertemuan nasional gen77kik di kelang yang pastinya mengenang 1001 macam kenangan. WM lama juga menyepi tanpa berita. Al-hamdulillah sehat.

Kelmarin jiran didepan rumah WM meninggal dunia dan selamat dikebumikan pada jam 11.00 pagi hari Jumaat, sebelum itu WM pernah menulis yang jiran sebelah kiri rumah juga telah meninggal dalam usia 84 tahun dan pada hari Ahad 1 Jun 2008 selepas liqa’ nasional – WM pun masih dalam perjalanan balik di lebuhraya, diberitakan jiran sebelah kanan juga telah meninggal dunia dalam usia 42 tahun (sepupu WM). Bila di renung2, kiri, kanan dan depan telah pergi dan kebetulan belakang rumah tidak ada jiran, rasa-rasanya dah dekat WM untuk pergi……. Marilah kita berdoa semuga teman-teman yang telah pergi mendahului kita dicucuri rohnya dan ditempatkan bersama para syuhadah wa solihin.
Sebagai renungan RasululLah saw bersabda “
Perbanyakkanlah kamu mengingati sesuatu yang mencabut kelazatan iaitu kematian.
Salam ingatan dari WakMan.

No comments: