Usaha mengesan dan membuat pertemuan teman2 Gen77kik terus dijalankan. Kesempatan majlis walimatulurus anakanda bonda Hajjah fauziah Sani di Batu Pahat telah dapat dimanfaatkan. Semalam 7 Jun 2008, Bonda Hajjah Fauziah Sani dan keluarga berada di Batu Pahat – rumah pengantin lelaki. WM menghubungi teman2 yang ada di Johor untuk Liqa’ Batu Pahat. Syukur alhamdulilLah, Siti Fatimah Omar (5sas3) bersama Siti Kittiyah Dakir (5sas3)sempat hadir. WM melihat betapa seronok dan gembira kedua-dua anak murid bertemu dengan guru yang amat ditakuti semasa di KIK. Kittiyah sempat bercakap dengan ustazah bahawa saya cukup takut dengan ustazah fauziah.
TAHNIAH KEPADA USTAZAH FAUZIAH SANI
DAN USTAZ DR.HJ.ARSHAD TAIB.
Salam Ukhuwah dari WM.
No comments:
Post a Comment