16 February 2008

WAKIL GEN77 D MESY. AGUNG ALKIS, 16 FEB 08



Assalamualaikom teman2

Hari ini ana dan kak ani, hanya duanya kami sahaja yang secara tak resmi menjadi wakil bagi gen77kik ke mesyuarat agung tahunan di dewan besar, kisas. Jumlah kedatangan tak banyak mana sangat pun. Rasanya kalau dibandingkan dengan jumlah bekas2 murid kolej islam, mungkin tak sampai 2 peratus pun!!! Tak sampai seratus orang! Gen77 ni kigha o.k la tu, ada jugak wakilnya. Gen2 yg lain ada yang tak dak wakil langsung. Ini satu lagi kes "Pelik Tetapi Benar".

Buat kak ani, terima kasih laa bebanyak. Walaupun terpaksa menahan kesakitan disebabkan kecederaan yang dialami sebelum datang ke mesyuarat! Kesabaran kak ani menanggung keperitan yang agak pedih itu sudah cukup menunjukkan betapa kak ani seorang yang berjiwa kental dan berhati keghaih! Tahniah sekali lagi kak ani ooii. Nampaknya bukan saja Bang Chin, Nasir Lok, Zubir, Ammar & geng saja yang memiliki sifat2 terpuji seperti ini, tetapi kak ani juga tidak kurang hebat dari sdr2 kita tu.

Memang betoi kak ani yang nampak ana dulu. Tapi bila terpandang kak ani dalam keadaan begitu, ana terkejut! Entah pasai apa pun tak tau. Jadi, ana pun buat2 tak nampak bila kak ani mai dekat. Nak tegur takut terperanjat pulak orang dalam majlis. Maklumlah yang datang pun tak ghamai sangat, ada beghapa keghat saja. Depa semua dok tengok kat kita masa tu.

+ Kak ani, biar kita saja yang tahuuuuu. Caiyaaa lah!

Semoga kecedaraan dan keperitan yang kak ani alami itu akan cepat sembuh, dan esok jangan lupa kita serang rumah abe mustapha pulok!

+ Mus, mu keno maghi esok ghumoh abe mu Ajis hok kheje kaste tu. Waktu ambush tepat je 12.29.59 tengahari!

- abdullah hj hassan

No comments: