Assalamu'alaikum wbt.
Hari ni nak ceghita sikit pasai mak menakan Puat....Nama dia Faridah bt Hj Yahya. Tahun 76 & 77 dia di Sastra 4. Seperti yang pernah Che Pah sebut; Che Latifah, Hajjah Siti Sarah, Faridah dan saya sahaja pelajar perempuan dari Kedah ketika mendaftar di tingkatan 4 1976. Faridah dan Hajjah tinggal di asrama F, bangunan kayu istana lama tu. Kebetulan pula kelas berbeza, jadi kami tidak berapa rapat. Namun bila nak balik kampung kami berempat sentiasa bersama, malah kita semua sentiasa bersama-sama dalam kumpulan waktu ni. Yang balik ke utara berderet pergi sembahyang di Masjid Negara sebelum naik keretapi. Begitu juga yang balik ke tempat lain.
Saya rapat dengan Faridah setelah emak saya meninggal, waktu tu tengah trial STP. Emak Faridah meninggal sejak dia masih bayi. Masih saya ingat ada sekali dua selepas prep dan solat ’Asar dia datang kepada saya dengan buku di tangan. ”Jom kita pi study sikit”,dia ajak saya.Kami pun turun jalan-jalan kat tepi bangunan asrama lepas tu lepak-lepak sambil sembang-sembang dan buka buku sikit-sikit. Saya tahu waktu exam dah dekat dan Faridah nampak saya tidak belajar....
Selepas tamat belajar di KIK kami lebih rapat. Ada peristiwa bersama Faridah yang masih segar dalam ingatan saya:
Masa nak mendaftar di ukm, abang Faridah menghantar kami dengan kereta ayahnya.Turut bersama kami ialah Uji ( dia masuk lower six) dan sorang lagi lelaki di hadapan sebelah drebar saya tak ingat. 30 tahun lalu perjalanan tidaklah sepantas hari ini. Itu pun Alhamdulillah kami dapat merasa naik mercedes Tok Wan Puat, Tuan Guru Haji Yahya. Sampai di suatu tempat di Perak, kami berhenti di tepi jalan tempat lori berhenti. Dulu belum ada highway yang selesa dan tempat rehat, R & R, seperti hari ni. Saya tak ingat kenapa berhenti. Yang saya ingat; Faridah keluarkan telekong & sejadah dan dia solat atas jalan tu di tepi kereta. Saya dan Uji pun terus sama-sama pakai telekong dan solat di situ! Di kiri kanan kami hutan tebal. Kalau ada kenderaan lalu ketika itu sudah tentu timbul cerita hantu telekong keesokan harinya! Saya terkenang juga cerita cikgu ( Cikgu Md Din atau Cikgu Tarmizi) pasal jumpa tiga orang kanak-kanak balik mengaji al-Quran di Highway Karak, berjalan dengan pelita di tangan masing-masing ketika dia lalu di situ waktu tengahmalam!
Suatu hari yang lain....Kami ke bandar Kajang ketika orang sedang solat Jumaat. Kami berjalan di kawasan gerai-gerai tempat orang Melayu berniaga. Faridah ajak saya pergi kepada sorang lelaki separuh umur yang sedang berniaga digerainya. Dia menghampiri Pak Cik tu: ” Lain kali kalau Pak Cik masih berniaga waktu orang sembahyang Jumaat , kami tak akan beli lagi kat kedai Pak Cik.” Pak Cik berkenaan memandang kami dengan muka marah.Saya jadi terkejut dan kecut perut dan sememangnya dari awal tadi saya dah takut. Nasib kami baik, Alhamdulillah.. tiba-tiba dia berkata; ”Ye lah !!!...sambil terus tutup kedai.

Moral dari nostalgia saya ini : Setiap orang ada kekuatan tersendiri dalam dirinya.Kekuatan itu berpunca dari faktor-faktor tertentu, dalaman dan luaran, fizikal, mental serta spiritual. Dan, kebenaran serta keikhlasan adalah faktor utama penentu kejayaan.
(Masa belajar Faridah pernah memberitahu saya ayah dia tak tahu dia tidak mengambil pengajian Islam tapi ambik accountancy. Harap sahabat kita ni dapat menganggap ada sesuatu di sebalik coretan ini yang dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Orang kuat juga ialah yang dapat menahan perasaannya sama ada dipuji atau dicaci.Menang dapat pahala, kalah dapat dosa! Kalau marah pasti dia akan menelefon saya dan sudah tentu dia terus marah-marah! Itu yang seronoknya!)
Salam Mesra,
FarahDina
No comments:
Post a Comment