16 February 2008

Life's Little Instruction Book Untuk Gen77


Salam.

Malam tadi sewaktu penuntup majlis, saya quote dua nasihat yang saya kutip dari buku di atas. Buku tu pertama kali saya beli sewaktu muda-muda dulu, 15 tahun dulu kot. Masa tu tak nampak sangat nasihat-nasihat yang cuba disampaikan oleh penulis. Maybe sebab masa tu kita tak rasa tua, dan anak-anak pun tidak besar macam sekarang.

Bila umur dah 48, dah anak pun dah besar, dan kawan-kawan pun baru teringat nak dicari semula, saya amat rasa betapa indahnya pengajaran dan nasihat di dalam buku tersebut.

Sebagai contoh, nasihat no 1066 berbunyi:

When no great harm will result, let your children do it their way, even if you know they are wrong. They will learn more from their mistakes than from their successess.

Nasihat No 1067: Forgive quickly.

Nasihat No 1068: Kiss slowly (hahaha)

Nasihat No 1183: Whenever you hear an ambulance siren, say a prayer for the person inside

Dua nasihat yang saya ungkapkan semalam ialah;

-Spoil your spouse, not your children. Manjakan pasangan hidup anda, bukannya anak-anak anda (pasangan hidup kita, ie suami/isteri. Bukan hanya isteri semata-mata atau suami semata-mata)

-rekindle old friendship (hangatkan kembali persahabatan lama)

Buku tersebut boleh diperolehi di kebanyakan kedai buku seperti MPH atau Popular Bookstore. Harganya mungkin dalam RM20. Kalau nak yang murah, pergi kedai Payless Bookshop yang terdapat di mana-mana di KL ni. Reganya dalam RM9 sahaja di situ. Buku tu kecik je, dalam saiz satu tapak tangan sahaja. Senang dibaca dan dibawa kemana-mana.

-Asmawi

No comments: