Assalamualaikum WBT, Kawan-Kawan Gen77kik,
Tabik spriiiing kat Dato' Dolah. Pukul 11.20 15.2.08 mlm kita tamat acara, pukul 12.45 gambar dan cerita pertemuan di Anwar Tom Yam Seafood dah masuk dalam Blog...dedikasi, cekap dan pantas.
Dr. Fauzi...syukur dapat bertemu kembali. Dr kelihatan ceria walaupun baru kehilangan isteri tersayang. Takziah. Dgn pertemuan ini kita teruskan perhubungan sesama kita supaya bolehlah gelak sikit dan lupakan sekejap beban kerja dan pesakit, lepas teruskan pula.
Halimon...tak banyak berubah gaya kematangan dan cool pegawai kanan kerajaan terselah selepas 31 tak jumpa. Proses kematangan dan kesempurnaan seorang insan...
Dr Bakry...terima kasih cepat sangat ambil bil dan bayar. Tak apalah...Mawi kata tak kan sampai bergaduh berebut nak bayar...
Dato' Dollah, alahai...doa makan 31 dah hampir lupa. Mujur saudara ingatkan. Kalau saya baca doa makan malam tadi alamat doa makan tadika la..
Yunus Samed dan anak bujang...selamat jalan dan kembali ke negeri di bawah bayu...kalau ada meeting dan datang ke KL call-call lah.
Weldan dan Saidi...bentong sudah tidak jauh dalam kedaan biasa...kecuali Karak Highway jam...sdr Saidi semoga kesihatan bertambah baik.
Dr Zaki Ab Rahman...kami perlukan Dr dalam kumpulan ini. Dalam gembira dan suka hilai kezuhudan pun kena ada. Nak Ingat pesan Ustazah Fauziah Sani, Pak Sonaria dan guru/ustaz kita.
Sdr Asmawi, komitmen, cara bertindak, saudara memungkinkan apa saja yang positif berlaku antara kita... Tg Malim, Briyani King, Kenduri, Kg Baru, Trengganu dan Melaka dan seterusnya.
Kamilah... hebat sentiasa keep in touch... macam online real time. Malam tadi masa call kat Singapore kut... kita jumpa di Melaka InsyaAllah. Tapi saya dengan Naim mungkin lewat sikit. Dah maklumkan Dr Nor Bakry malam tadi.
Naim n Fuad Gengster maaf tak sempat call dinner confirm lewat sangat...lain kali kita makan sama. Saarani pun tak dapat datang. Tak dapat jumpa kawan tapi dia dapat benda lain. Saya dapat jumpa kawan tapi tak dapat...
OKlah kita berjumpa di Melaka Insya Allah
-mustafa mohd nor-
16 February 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment