Salam Sejahtera,
Kawan-kawan,ingat lagi Pesta Makan KIK 1976, waktu kita di tingkatan 4?? Pada hari berkenaan setiap kelas menyediakan juadah untuk dijual di gerai masing-masing. Guru-guru kelas, mak angkat, ayah angkat, masing-masing membantu menyediakan berbagai jenis makanan dan minuman untuk dijual (sebenarnya mereka yang menyediakan, kita hanya membantu!).Macam-macam ada; laksa, laksam, rojak, kuih-muih dan berbagai lagi. Urusniaga pada hari tu menggunakan kupon. Kawan-kawan tingkatan 4 Sastra 1 ingat tak lagi kita jual apa? Kita jual...putu mayam dengan kari daging yang dimasak oleh mak angkat kita ketika itu, Cikgu Shushama. Laris sungguh gerai kita dengan menu istimewa tu. Hinggakan di kalangan kita yang menjual ramai tak sempat merasa, maklumlah orang meniaga, yang penting pembeli. Hari itu kita semua keletihan, tapi seronok. Terima kasih banyak-banyak Cikgu ! Di samping mencurahkan ilmu Cikgu turut menceriakan hidup kami.
Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada Cikgu Shushama kerana mengajar kami di KIK sabjek Biologi. Satu-satunya sabjek sains yang saya boleh dapat markah ok sikit. Hingga sekarang saya amat meminati sabjek ini.
FarahDina.
No comments:
Post a Comment