Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada Teman2 dan Guru2 semua...rasanya takde sapa pun yang tk terasa terhutang budi pada Sdr Asmawi kita dan kawan2 yang terlibat yang begitu komited mengusahakan ruangan ini yang membolehkan kita berhubung semula setelah berkurun terpisah. Pada teman2 yang masih ingat atau tak ingat atau ingat2 lupa pada saya, saya Kamal Daril budak Melaka (sekarang dah tua la kut cam kawan2 yang lain..) yg kini berada di Kuala Terengganu.
Terlebih dulu terima kasih berbanyak pada Asmawi yang susah payah menjejaki saya dan akhirnya dapat juga kami bertanya khabar walaupun malangnya plan nk berjumpa di Kl tak kesampaian. Maaf la pada Asmawi, Fuat, dan yang lain wpun dah lama dapat id ni baru kini dapat mencelah dalam ruangan kita ini. Lanjutan dari usaha ini jugalah saya telah dapat berhubung dengan beberapa kawan lama yang menyegarkan kembali ingatan masa bebudak di KIK dulu. Antaranya Hj. Mang toke Petronas (dah beberapa kali besama-sama pekena nasi dagang Mak Ngah..) Zain, Halimon, Azhan, Kamilah, dll. Walaupun rupa dan suara dah cukup berubah, namun kenangan lama masih cukup kuat lagi. Bila melihat gambar2 kawan lama dan cikgu2 dlm blog ni, rasa2nya kalau berlanggar bahu pun mau payah nak mengenalinya. Saya cukup terasa rugi tak dapat bersama semasa perjumpaan di KIK tu hari walaupun dah plan sangat nak pergi bersama Hj. Mang. Tentunya kebanggaan menjadi bekas penuntut KIK lebih2 lagi batch 1977 ni masih kuat terasa. Tak salah juga kalau saya beritau KP di jabatan tempat saya bekerja (Jab Mineral dan Geosains...ramai yg tak biasa dengar jab ni kut...) adalah bekas pelajar KIK aliran sains batch 1971-72...dan orang Melayu pertama yang menjadi KP...
InsyaAllah..kepada semua teman alumni, muga kita semua dapat berjumpa nanti, lebih2 lagi pada pertemuan di K Terengganu yang dirancang pada 23 hb Feb ini. Pada kawan2 dari Melaka dan sekolah SMSM bila la dpt jumpa kau org semua ye (Wak Man, walau sekampung pun, jarang ketemu wak ni..Mohabatin, Bakeri, Halimon, Mail, dan semua suku sakat la...)
Ikhlas
Kamal Daril, K Trg.
H/P o13 3885933
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment