
Assalamu'alaikum wbt


Assalamu'alaikum wbt




Jadikan persaudaran Gen77kik terus berkembang maju dan agenda membangun ummah dari sudut ekonomi, sosial, pendidikan dan siasah syari'ah akan dijelmakan dalam liqa' yang mendatang. Insan cemerlang dan tokoh usahawan telah ramai dalam Gen77kik, teruskan demi keredhaan AlLah swt. WM menyusun jari sepuluh memohon kemaafan dan kempunan dari semua teman2. Insya-Allah jumpa lagi.

Ramadhan terus berlalu dengan pantas, jika kita semua berlari 300 meter di stadium kelang sudah tentu kita akan memecut untuk ke garisan penamat, begitu juga jika kita mahu menamatkan puasa 30 hari, pastinya kita akan lebih bertenaga dan bersungguh-sungguh bagi melaksanakan amal-amal kebajikan dan ibadah kepada AlLah swt sehingga kita berjaya ke garisan penamat. Malangnya kadang kala kita semakin longlai dan leka untuk memecut kerana menyangka kita dah beroleh pingat emas seperti gambaran atlit 100 meter sukan olimpik di China.
WM baru balik dari bengkel di mana kereta Us.Abdullah berada. Terkejut melihat keretanya begitu teruk. Syukur, al-hamdulillah, isteri dan anak-anak us.Abdullah telah selamat balik ke rumah setelah 3 hari di Hospital Alor Gajah dan Hospital Melaka. Berdoalah semua teman-teman, semuga mereka akan segera semboh dan diberikan kekuatan dan kesabaran. Akhirnya WM mengucapkan "Teruskan Perjuangan dan Jihad" untuk menyempurnakan tuntutan Ramadhan. Jumaat terakhir Ramadahan juga adalah sambutan Hari Al-Quds, umat Islam berkewajipan membebaskan bumi Al-Quds dari cengkaman zionis israel dan antarabangsa.
Selamat balik kampong dan berhati-hati di jalanraya.

Hukumnya sunat muakkadah (Yang benar-benar dituntut) pada 10 hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan malam lailatul-qadar.
Jadual Malam Lailatul Qadar
Berkata Imam Ghazali Rahimahullah "lalilatul qadar itu ialah pada malam-malam ganjil didalam sepuluh hari terakhir ramadhan." . Beliau juga memberikan formula mendapatkannya seperti jadual dibawah:
| KEADAH AWAL BULAN RAMADHAN | MALAM LAILATUL QADAR | |
| Jika awal ramadhan, jatuh pada hari………(lihat column di sebelah) | Ahad atau Rabu | Malam 29 Ramadhan |
| Isnin | Malam 21 Ramadhan | |
| Selasa atau Jumaat | Malam 27 Ramadhan | |
| Khamis | Malam 25 Ramadhan | |
| Sabtu | Malam 23 Ramadhan |
Berkata Sheikh Abu Hasan "semenjak aku baligh, aku tidak pernah terlepas mendapatkan malam lailatul qadar dengan kaedah tersebut"
Kaedah ini diambil dari kitab Mathlak Badraian karangan Muhammad Daud Al Fathani, Rujuk Mukasurat 65
TOLONG SEBARKAN KEPADA KENALAN ANDA, moga-moga ianya berguna dalam kita meniti hari-hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan ganjaran malam lailatul qadar itu tinggi nilainya seperti beramal 1000 bulan (Rujuk Surah Al Qadr) iaitu bersamaan 83 tahun. Kita tidak dapat yakini, adakah kita dapat lagi menemui ramadhan di tahun hadapan kerana ajal maut tidak memilah umur, masa dan tempat. Oleh itu janganlah kita mendabik dada akan sempat hidup lagi dihadapan hari. Lakukanlah dalam urusan duniamu seolah-olah awak akan hidup selamanya, dan buatlah urusan akhiratmu seolah-olah awak akan mati esok hari.
Umi beritahu bahawa isterinya tak ingat apa yang berlaku sehinggalah apabila ia sedar, dah berada di hospital. WM cuba Call syeikh Muhabbat tapi x dapat, Marilah kita doakan mereka akan segera semboh , begitu teman-teman lain yang sakit.Diharapkan semua teman berhati-hati di jalan raya
semasa musim raya ni dan kita berusaha untuk mengelakkan kemalangan. Selamat Berpuasa dan jumpa lagi.Sukran WM.

Sedar tak sedar Ramadhan dah masuk hari ke 15. Mungkin teman2 dah mula cabut undi nak balik ke mana dulu?, rumah keluarga isteri, suami atau tak perlu balik ke mana2. Pastinya semua ada kampong, balik!! jangan tak balik. Ingatan kisah kanak-kanak semasa di kampong pastinya menyeronokkan.

Minggu lepas jengah juga ke Kelang, tengok mangsa ribut tapi tak sempat call Datok Dolah/ Nik. Ada hajat nak ziarah MNY, tak kesampaian, call YA, dia kata MNY masih kat wad.
