Salam,
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARIRAYA EIDUL FITRI AL MUBARAK kepada semua sahabat handai Gen77 yang dikasihi sekelian.
Hari Raya tahun ini tentulah lebih bermakna dari tahun2 yang sudah2 kerana kini kita sudah dipertautkan kembali dalam ikatan silaturrahim yang kita mula binakan di tahun 1976 sewaktu kita melangkah kaki ke Kolej Islam Kelang sebagai seorang "freshie" dulu, dan selepas itu hidup bersama pagi petang siang malam bersama-sama selama beberapa tahun, menimba ilmu dan mempelajari erti hidup di bumi Waqafan yang tercinta itu.
Tentulah pertautan semula ikatan persahabatan itu akan kita rebut sebaik-baiknya dengan mengadakan kunjung mengunjung sempena menyambut Hari Raya ini. Kita sudah dengar ada pelbagai rancangan kunjung mengunjung yang telah dirangkakan oleh sahabat-sahabat kita samada di Utara, di Timur mahupun di Selatan.
Siapa sangka, setelah kita terpisah membawa diri masing-masing selama 31 tahun, dengan izin Allah jua, kita dapat bertemu semula dalam usia kita yang sudah di penghujung ini. Kepada Allah kita panjatkan kesyukuran kerana masih mempertemukan kita dalam ikatan persaudaraan Islam ini. Tidak ada yang kita pohonkan dari usaha-usaha ini selain dari merapatkan silaturrahim sesama Muslim, dan mencari redha Ilahi dari usaha kita itu.
Marilah kita terus berusaha dengan terus gigih untuk menjejaki sahabat-sahabat lama kita yang masih belum dijumpai. Tidak kita pasti samada mereka sihat atau tidak, samada mereka masih hidup atau telah pun dipanggil mengadap Ilahi. Setakat yang telah kita temui dan jejaki sekarang ini pun, kita tahu ada sebilangan kita yang sudah dipanggil mengadap ilahi, dan ada yang terbaring di tempat tidur kerana diuji Allah dengan sakit dan gering.
Saya akan bertolak balik ke kampong halaman malam ini.
Sekali lagi saya ingin melafazkan ucapan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua sahabat-sahabat Gen77. Insya Allah minggu depan kita bertemu semula di pelbagai majlis hariraya yang telah dirancangkan.
Minal A'idin Wal Fa'izin.
Asmawi Mohamad sekeluarga
No comments:
Post a Comment