22 September 2008

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA






Kereta MPV UNSER yang terlibat dengan kemalangan di Lebuh Simpang Ampat Alor Gajah.



Kemalangan yang melibatkan isteri us.Abdullah Hj.Said dan 2 orang anak lelaki (3 dan 9 tahun)





Ramadhan terus berlalu dengan pantas, jika kita semua berlari 300 meter di stadium kelang sudah tentu kita akan memecut untuk ke garisan penamat, begitu juga jika kita mahu menamatkan puasa 30 hari, pastinya kita akan lebih bertenaga dan bersungguh-sungguh bagi melaksanakan amal-amal kebajikan dan ibadah kepada AlLah swt sehingga kita berjaya ke garisan penamat. Malangnya kadang kala kita semakin longlai dan leka untuk memecut kerana menyangka kita dah beroleh pingat emas seperti gambaran atlit 100 meter sukan olimpik di China.


WM baru balik dari bengkel di mana kereta Us.Abdullah berada. Terkejut melihat keretanya begitu teruk. Syukur, al-hamdulillah, isteri dan anak-anak us.Abdullah telah selamat balik ke rumah setelah 3 hari di Hospital Alor Gajah dan Hospital Melaka. Berdoalah semua teman-teman, semuga mereka akan segera semboh dan diberikan kekuatan dan kesabaran. Akhirnya WM mengucapkan "Teruskan Perjuangan dan Jihad" untuk menyempurnakan tuntutan Ramadhan. Jumaat terakhir Ramadahan juga adalah sambutan Hari Al-Quds, umat Islam berkewajipan membebaskan bumi Al-Quds dari cengkaman zionis israel dan antarabangsa.




Selamat balik kampong dan berhati-hati di jalanraya.

Salam manis untuk semua teman-teman.
Wak Man 5sas2 kik 1977.


No comments: