05 April 2008

99

Jam dah lewat nampaknya, tapi saya tak berapa rasa ngantuk . Eloklah rasanya saya manfaatkan sedikit masa untuk blog ni.

Dua hari lepas anak saya menceritakan tentang temuduga yang dihadiri. Antara soalan yang ditanya oleh penemuduga: I ) Apa perkara yang kamu paling suka? Jwb : nombor @ angka, 2) Nombor apa paling kamu suka ? Jwb : 8 , 3) Saya kelihatan seperti nombor berapa ? Jwb : 8... Temuduga dalam kumpulan seramai 7 orang dengan 4 orang penemuduga itu dihiasi dengan gelak ketawa. Saya katakan kepada anak saya; “Kalau macam tu sekiranya ada apa-apa temuduga jangan tak hadir, rugi”. Rupanya temuduga adalah sesuatu yang menyeronokkan juga, sekalipun keputusannya belum pasti menggembirakan ; ) . Saya sebenarnya amat tidak suka menghadiri temuduga...

Mengenai nombor; saya suka nombor 99 . Allah SWT mempunyai 99 nama yang indah .

Antara nama Allah SWT yang maha indah itu ialah As-Sobuur : Yang Maha Penyabar . Dia Maha Penyabar dan tahap kesabaranNya amat tinggi hingga tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia. Dengan kesabaranNya Dia menjadikan alam ini dengan amat teliti proses kejadiannya dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain . Dengan kesabarannya Dia tidak membalas dengan segera perbuatan salah yang dilakukan oleh hambaNya terhadapNya. Dengan kesabaranNya dia masih memberikan nikmat dan rezeki kepada hamba yang menderhaka kepadaNya. Dan banyak lagi bukti kesabaran Allah yang dapat kita lihat dan rasa setiap hari.

Semoga dengan meyakini nama Allah yang indah ini , kita akan menjadi orang yang sabar. Sabar ketika suka dan duka. Sabar menempuh ujian dan dugaan dan sabar dalam mencapai cita-cita.

Sabda Rasulullah SAW daripada ibn ‘Abbas r.a.:

Setiap orang adakala duka dan gembira, tetapi orang beriman sentiasa bersabar menerima musibah dan bersyukur menerima nikmat.

Rasulullah SAW ada berdoa memohon supaya dijadikan orang yang bersabar dan tawaddhu’ dalam hadis riwayat al-Bazzaar :

Ya Allah, jadikanlah diriku orang yang banyak bersyukur dan bersabar . Dan jadikanlah diriku dimataku nampak kecil sedangkan di mata orang lain nampak besar.

Wassalam
FarahDina

No comments: