Salam sejahtera kpd semua gen77.
Petang kelmarin [ 04/04/08 ] saya bersama keluarga ke KB untuk tinjau2 PC Fair yg sedang berlangsung di sana. Kami bertolak kurang lebih jam 06.15 ptg. Sampai di Wakaf Siku hampir masuk waktu Mahgrib. Langsung saya singgah di Masjid Kampung Puteh utk solat.
Yang saya nak kongsikan di sini ialah Kuliah maghrib yg telah disampaikan oleh Ustaz yg mengajar di masjid tersebut. Kuliahnya adalah dalam bidang tasawwuf. Banyak perkara yang telah disampaikan. Yang menarik perhatian saya adalah katanya " dalam sehari semalam kita menarik dan menghembus nafas sebanyak 24K kali ".
Setiap kali hembusan dan tarikan nafas itu adalah merupakan peluang yang Allah SWT berikan kpd kita semua untuk mengabdikan diri kepadaNya. Apa sahaja yang kita lakukan semestinya kita perlu ingat kepadaNya. Kita beribadat khusus, berkerja, bermain, bersosial, bermasyarakat dan bermacam lagi aktiviti tidak harus lari dari pengabdian itu. Ini bertepatan dengan Firman yg bermaksud " dan tidak aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKU"
Semasa hampir selesai solat HP saya berbunyi. Ada mesej yg masuk [ sepatutnya HP perlu ditutup semasa dlm Masjid ]. Rupanya dari sdr MOD Mawi. Bertanyakan kabar beberapa sahabat kita di Kelantan dan Terengganu [ khususnya Besut ] yg tak muncul2 dimaya ini. Jika sahabat2 kita yang dimaksudkan tersebut membaca coretan ini eloklah rasanya hubungi sdr Mawi. Mungkin ada sesuatu yang boleh disumbangkan atau ada sesuatu yang perlu disampaikan.
Sekian. Wassalam.
Sanusi.
05 April 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment