Malam tadi saya telah menghubungi Anson dan bercakap lama dengannya.Sebelum tu ada peristiwa kecil yang telah mendorong saya mencari Con :) Mula2 saya gelabah juga ( memang saya macam tu ...) bila orang2 yang saya hantar mesej minta no hp Con tak reply mesej saya. Saya sangka mungkin Con dah bagi amanat jangan bagi no telefon dia kat sesiapa. Akhirnya muncul no %%%%%%%%%% kat e-mail. Alhamdulillah, terima kasih....
Saya call Con, lama bercakap dengan dia.....( tengah2 bercakap tu sampai pula 2 SMS :) ) Con kata dia ada sebut kat Jaliya saya agaknya tak ingat kat dia.Hari ni saya nak sebut sikit bahawa saya tak lupa Anson :)
Hari pertama menjejakkan kaki ke Asrama blok A KIK tu, Con lah orang pertama yang saya nampak. Dia naik ke asrama bersama ahli keluarganya, yang saya masih ingat hanyalah Fauziah adik dia. Ramah macam kakaknya juga. Saya naik letak beg, rupanya saya sebilik dengan kawan baru yang ramah ni! Keluarga Con dah ada dalam bilik manakala Mak dan adik2 saya masih kat bawah. Dalam perjalanan turun nak mengajak Mak dan adik2 saya naik ke bilik, sorang kakak senior ( ingat Kak Kadariah ?) menegur. “Dik, pelajar je boleh naik ke bilik, keluarga tak boleh. Kena tunggu kat bawah.” Gaya tegasnya menakutkan saya. Dahla saya ni tak biasa duduk asrama. Datang dari Maktab Mahmud pula kawan2 tak dak yang nak ikut. Kalau masa tu terjumpa prefect macam Kak Mashitah atau Kak Kiah Aziz mungkin Mak saya dapat naik ke asrama. Jadinya tak dapatlah Mak dan adik2 saya yang datang dari jauh nak tengok bilik saya....(Tak boleh cerita panjang2 sebab saya sampai hari ni masih terkilan dan sedih dengan sifat ketidakberanian saya. Terutamanya bila terpandangkan blok A tu ketika menziarahi anak di sana ). Con tak takut macam saya, dia datang dari Sekolah Raja Perempuan Takyah; ramai kawan dan dah biasa tinggal di asrama sejak form 1. Saya ni gadis pingitan yang baru nak belajar berjauhan dengan ibubapa :)
Con selalu riang gembira dan dia sentiasa kelihatan sibuk. Patutla bila form 5 dia jadi prefect :) Satu dari cerita2 Con yang masih saya tak lupa ialah cerita tentang ayahnya... Mudah2an ayah Con sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT di dunia dan akhirat.
Setelah tamat belajar di KIK saya pernah nampak Con di stesyen keretapi KL. Masa tu pelajar2 nak balik kampung dan Con yang masa tu dah kerja datang berjumpa kawan2. Saya tak sempat menegur Con kerana dia tengah berbual dengan ramai kawan2 yang ingin bertanya khabar.
Waktu saya dalam tahun 1 di UKM, saya kenal Norita Sidek pelajar fakulti Ekonomi, dan saya tahu tentang Con dari dia. Tapi hanya sekali saya berbual dengan Norita, jadi tak tau banyak cerita tak sempat pun nak kirim salam.
Masa saya mula2 kerja di Shah Alam saya pernah nampak Con di Hospital Kuala Lumpur ( masa tu General Hospital). Saya ada appointment dengan doktor dan saya nampak kelibat Con serta dengar suaranya. Saya di tempat menunggu dan Con masuk sekejap ke dalam ofis. Saya nampak wajah Con melalui tingkap kaunter, macam adik Sharifah Aini :). Nak jumpa tak sempat, dia nampak macam nak cepat dan saya duduk di kerusi jauh di belakang. Lepas tu saya tak pernah lagi terjumpa atau dengar cerita tentang Con...
Satu hari di tahun 90an; ketika saya ingin menghubungi Taksiah Ngah setelah dapat no tel dari sorang kawan; panggilan saya sampai ke rumah Con. Silap no! Saya pun tanya anak yang angkat telefon ( macam Hj Mang tanya anak Zarinah Sahlan J ) Mak nama apa? Ayah nama apa? Saya yakin ibubapa anak ini adalah orang-orang yang saya kenal. Saya tanya maknya kerja di mana dan saya terus cal Con di tempat kerja , tapi Con dah keluar.Saya buka direktori nak pastikan no tel, tapi saya dapat no lain. Alamat di KL dekat kawasan hospital . Yang angkat orang lain, saya agak adik Con, Fauziah. Dia riuh; “Dia tak dok sini dah. Tu la saya dah banyak kali suruh dia potong nama tapi tak potong2 juga....” Maksudnya; tetamu yang tak diundang begini kadang2 menyesakkan kepala dia nak menjawab. Malamnya saya cal Con. Dapatlah bercakap dengan dia. Con cerita dia sekarang dah besar, siap sebut berapa kilo dan cerita suami dia boleh sembunyi belakang dia :) Con tak tau saya dah pernah nampak dia ...
Sejak dari itu, malam tadilah baru saya dengar pulak suara Con..
Semoga berbahagia dan insyaAllah kita jumpa bila2.
p/s Rumah Muna dan Syed tu saya tak dapat pi, kirim salam kat depa. Saya pernah sampai skali . Agaknya Syed Afif dan Syarifah Aliya nak pi oversea kot?
Wassalam
FarahDina

No comments:
Post a Comment