17 March 2008

Gambar2 Lama

Assalamualaikum kawan2 GEN77 sekelian, semoga semuanya dalam kasih sayang Allah.

Hari ni nak cuba menulis setelah lama juga mendiamkan diri..nak cerita fasal gambar2 kenangan semasa di KIK dulu

Semasa hujung minggu lepas, 15-16 Mac, che pah balik kampung, ada majlis kenduri kawin sedara mara, biasa la, musim cuti sekolah ni musim mengawan kan...
Semasa di rumah tu tolong mak kemas rumah, kumpul barang2 lama yang nak di buang, sebab tak lama lagi che pah nak dapat adik ipar lagi ni...dah sampai masanya nanti che pah jemput kawan2 datang rumah mak ya...(che pah ada 2 adik perempuan yang belum kawin, tapi semua dah berpunya...Abdul Salam Yusuf (form 6 '79) saja yang dapat jadi adik ipar che pah)

Di samping kemas2 rumah mak tu, tercari2 juga gambar2 lama..kenangan semasa di KIK 1996 -1979 dulu...Syahdunya bila terjumpa gambar2 lama dan beberapa hadiah yang masih elok tersimpan, semasa aktif bersukan di KIK dulu, ada hadiah untuk acara 200m n 4x100m n sijil hoki, sebagai Pemenang MSSS Daerah Kelang. Tapi, gambar2 tu tak berapa sesuai disiarkan di sini kannn..
Ada gambar Amar n Pah Zul sebagai olahragawan n olahragawati.. Ada gambar che pah (pakai skaf kecik je) bersama kak Ani n Ismail Maon, Zaedah Omar n Mardhiah (isteri Cikgu Khairudin) berehat (selepas penat berlari) di bawah grandstand kat stadium Kota Raja.. ada gambar semasa sesi latihan hoki (dah terkantoi dengan penyiaran gambar pasukan hoki wanita yang disiarkan Tok Lah dulu..)

Dah tu terjumpa pulak gambar2 kenangan bertiga, bersama Farah Dina n Anson di tepi tingkap surau blok A tuu..ingat tak Farah n Chon?
Gambar beramai2 lagi banyak..ada gambar che pah bersama seniors n kawan2 di bawah pokok ketapang depan Blok A tu..Dalam gambar tu ada Kak Nab, kak angkat, Kak Eton n beberapa kawannya..Gen77 yang ada dalam gambar tu ialah Mona, Khadijah Sham, Taksiah, Salahiah..tapi, tak boleh disiarkan...
Ada gambar kenangan bersama Kak Rokiah Aziz ( sekampong dengan che pah n isteri Elias Zakaria) n Kak Mas yang sangat baik hati tuuu.. Ada gambar bersama Rozi n Abi (Rabiah Bujang), ada gambar bersama Radziah Hamzah, Fatimah Ali di Rock Garden depan Dewan makan tu..pastinya banyak gambar2 kenangana bersama Kak Lah/Mak Andam.. Ada juga gambar kenangan semasa prep dalam kelas sebelah malam...
Seperti kata Mawi pada che pah, masa tu pakaian or baju kurung yang kita pakai memang singkat kan..yang che pah ingat, kami (che pah, Kamilah n Nik n sapa lagi ntah...)ada sepasang baju cekak musang sedondon warna pink, yang dipakai bersama semasa tak dapat balik beraya....
Paling ramai gambar kenangan bersama semua penghuni First Floor tu... Harap2 kawan2 semua masih menyimpan gambar tu..kat barisan depan dari kiri ada Salahiah, Jaliya, Rozi, Nik, Che Pah, Fatimah Muda , Kak Adik(kamaliah yang kecik comel dari Perak tu..), Barisan kedua ada sapa ntah, Salamiah, sapa ntah, Afrinah, Norehan, Kamariah, Kamilah, Jalilah, Mariam, Siti Kittiyah, sapa ntah, 3 orang , tak ingat laaa...di belakang tu adaKak Jamiah, Rahimah, Rohani, Rabiah, Fatimah n 4 orang lagi tak jelas sangat...Mana mereka ni semua? Andainya anda masih menyimpan gambar2 ni, boleh lah kita terus berhubungan ya...che pah 0124939913.

Selain tu ada beberapa keping gambar kenangan Pembahas2 KIK, kejayaan Elias Zakaria masa tu..n beberapa jejaka2 lain yang masih tersimpan termasuk gambar abang angkat, Abd Rahim Ismail n Razali yang telah menyebabkan che pah terpaksa berdepan dengan Cikgu Kusno, Ust Zawawi n Ustzh Fauziah dulu kerana salah faham... Diaorang ni pun ntah kat mana2 dah..kalu tak silap Razali ada dalam pertemuan di Trengganu dulu kan?
Apa2 pun, gambar2 kenangan semasa tahun 76-77 tu masih tersimpan dengan baiknya, tapi tak dapat disiarkan... Lepas ni che pah akan cuba siarkan gambar2 masa 78-79(kalau diizinkan), sebab masa tu skafnya dah ok kan...he he
Sekian dulu untuk kali ini, maaf la bercerita fasal gambar2, tapi gambar2nya tak dapat disiarkan. Sekeping gambar lebih bermakna dari s eribu kata...

Che Pah, 17.3.08

No comments: