17 March 2008

Hilang Tiga Minggu Mulai 24.2.08-17.3.08

Assalamualaikum WBT, Para Sahabat genkik77,

Lama juga saya menghilang dari blog, tapi sekali sekala muncul juga dalam mayagroup dan dan alam relaiti.

Alam Realiti;
1. Liqa' Melaka, hadir juga dalam keadaan masa amat genting. Selesaikan urusan penamaan calon 24.2.08- Pertemuan yang amat bermakna. Hingga ada yang tak dapat dikenali kerana dah lama tak jumpa dan dapat bersembang dengan kawan-kawan seangkatan di tahun 77 walaupun masa di KIK tak pernah sembang masa dua tahun belajar sama.

2. Jumpa Shaarani tarikh tak ingat... tapi selepas Liqa' Di Melaka, yang dapat Lesen besar kerana berkursus di Hotel Ancasa Kuala Lumpur. Minum teh Tarik di Sri Hartamas.

3. Masa Kritikal 8.3.08 (7.00-12.00 Malam) bersms dengan Tok Aat dan Asmawi bertanya khabar isu Negara...perasanlah saya.

4. Dapat jumpa dengan Sanusi Shatar pada 11.3.08 dan Keluarga dari Trengganu yang datang ke Serdang kerana menguruskan pertunangan anak lelaki dengan orang Senawang. Makan Malam bersama beliau dan keluarga di Kembangan Paradise (Tom Yam di Seri Kembangan)Maaf gambar tak dapat disertakan lagi. Saudara Sanusi Akan Maklumkan tarikh kenduri di Senawang (pengantin Perempuan dan Di Trg pengantin Lelaki). Biras Sanusi (perempuan bernama Pn Atikah) adalah genkik79 form5, dia kenal Saarani dan Rahiman tapi dia tak ingat saya...

5. Teh Tarik Merdeka (Merdeka sebab dapat visa)di Anjung Kompleks Pertama KL. Yang hadir: Pendatang Baru genkik77: Mokhtar Drahman Kelantan/KL dan Che Ku Mahusin Trg/Trg. Orang Lama: Mawi, Fuad Gengster, (Tq kerana belanja. Tak Sempat saya dan Mawi nak bayar...tak kan bergaduh pasal berebut nak bayar...)Anson dan dua Orang Body Guard, Datuk Dollah,Datin Nik Mahizan dan Anak Dara, Dr Fauzi, Dr Zaki Abdul Rahman,dan Mustafa Mohd Nor. Dr Bakri mulanya dapat datang tapi last minutes tarik diri. Ada hal urgent. Bukan masalah visa. Saya tahu Dr Bakri memang visa besar Platinum lagi...Naim Nordin tak sempat kontek sebab dah lewat sangat...Yang Ariff dapat kontek tapi katanya ada kes khalwat...melibatkan vvip...ha ha ha.

6. CT Malik59 tu adalah Puan Siti Fatimah Omar, 5sas 3/2 tahun 77, Upper Six 1 79 sama kelas dengan saya, Abang Chin Cahngloon, Cik Pah dan Mak Andam masa Upper Six 79. Sekarang jadi guru kat Johor. Afrinah Ikhsan atau Siti Kittiyah Dakir tahu dan kenal dia kot...

7 Puan Farah Dina...dapat lihat gambat puan...ajaklah suami dalam liqa'akan datang... lihat gambar saja. Kalau jumpa tak kenal ni...kita satu kelas 5sas1 77.

Wassalam.
-mustafa mohd nor-

No comments: