17 March 2008

Liqa Merdeka di Pertama Complex

Salam,

Pertemuan yang dirangkakan secara adhoc dengan Mustafa dan Dato' Dollah akhirnya menjadi agak besar juga bila Dr Faudzi, Mokhtar, En Johari (ehem ehem ehem) muncul. Anson pun, walaupun saya hanya ajak2 ayam sebab saya tak pasti Datin Nik akan ikut serta menemani Dato, pun muncul juga. Nasib baik Datin Nik dan anak perempuan beliau memang ada sama menemani Datuk. Agaknya dia tak harap tinggai Dato sorang-sorang kat Quality tu kot. Nanti terlupa Quality time kat rumah! At least Anson ada teman, walaupun tidaklah diperlukan sangat sebenarnya. Sudah dapat gading bertuah katakan!!!!!!

Akhirnya, ada jugak 11 orang yang datang.

Saya dapat bertemu dengan Chekku Mahussin, yang telah berpisah sejak tingkatan lima di tahun 1977 yang lalu. Rupanya dia seangkatan dengan Nik Mahizan, Dato, Zaki dan beberapa orang lagi ke Mesir selepas tingkatan enam rendah. Beliau sekarang mengajar di Sek Men Agama Tok Jiring Kuala Terengganu.

Saya datang dengan visa paling besar pernah saya perolehi waktu malam. Kalau nak stay sampai subuh pun boleh. Tapi apakan daya, by 12 midnight, tuan kedai dah sibuk nak tutup kedai dia. Kami pun beransur2 keluar dari kedai, sambung sikit di balkoni restoran tersebut, kemudian dekat-dekat jam 12.30, saya dan Dr Faudzi merupakan orang paling akhir meninggalkan tempat itu. Rugi la dapat visa besar tapi terpaksa balik awal juga. Visa tersebut hanya sah untuk tempoh satu hari sahaja dan tidak boleh di "carry forward". Burn begitu sahaja.

Kalau nak keluar malam di lain kali, kena apply visa baru. Belum tentu dapat visa besar macam tu.

-Asmawi

No comments: