Assalamualaikum wmt wbt
Sahabat2 Gen77 yang dihormati sekelian. Saya baru sampai dari Melaka jam 6 pagi tad di alorq Starq, ambek teksi pulak mai sampai kangarq jam 7 pg, now ada kat ofis la, kerja....walaupun letih tapi saya rasa amat segar untuk terus bersama kawan2...
Majlis Kahwin Anak Dollah n Nik
Majlis ini telah mempertemukan kita semula..Tak dapat saya gambarkan..Ya Allah...Alhamdulillah, Masya Allah, betapa besarnya kuasa Allah dan betapa kerdilnya kita semua...walau jauh walau dekat bila telah ditakdirkan dapat bertemu...maka kita bertemu semula...pertemuan yang penuh bermakna..bercampur baur rasa gembira, terharu, TERKEJUT, terpesona, tergamam...dan bermacam2 terrr lagi.... Saya rasa semuanya telah tergambar melalui GAMBAR2 yang telah disertakaan oleh kawan2...mawi, pa...TQ kerana gambar2 tu telah menggambarkan macamana suasananya kan... walaupun saya bawa kamera, tapi tak sempat nak rakamkan kenangan tu, sikit ja yang dapat...sebabnya: baru ja nak berposing, ada lagi yang datang...semua bangun menuju kepada yang datang tu...siapa tu? masing2 meneka, lepas tu riuh rendah la jadinya...Dollah n Nik, harap kami yang bising2 ni tak merosakkan majlis anda berdua ya..tapi..tetamu2 lain tentu hairan kan...Syukur saya dapat bertemu Kamilah,Anson,Rozi,Nik, pah Z,kamariah, halimah,kak Ain, Kak Nik Samihah, sapa lagi ye?. n yang lelaki2nya, tak dapat saya sebutkan nama2 mereka di sini...n cikgu2 kita, khasnya cikgu Kusno n cikgu Shahrom yang bersama kita hingga ke akhir majlis...semuanya telah terserlah melalui gambar2 yang telah dirakamkan... Dollah n Nik, terima kasih atas layanan EKSTRA untuk gen77 di kantin, selepas majlis kenduri tu..
Fuad n Husin
Hangpa dua orang memang TER rugi laaa terlepas peluang ni...tapi tak pa, macam Dollah cakap, kita hanya merancang tapi Allah menentukan kan...ada lagi...
Saya memang telah lama menanti peluang sebegini...selama ni pun saya amat cemburu melihat pertemuan2 terdahulu yang tak dapat saya hadiri...oleh itu saya tak mau terlepas pertemuan kali ini...mulanya saya call Fuad, dia cakap tak dapat hadir, lepas tu call husin pun dia cakap tak dapat hadir...kalau mereka berdua nak hadir saya bercadang untuk menumpang kereta mewah fuad tu...tak jadi la...saya cuba dapatkan tiket bas di Kangarq, di alor staq semua tak da untuk ke Kelang...Ya Allah, macamana ni...1.2.2008 jam 12 tgahari saya terus dapatkan tiket flight, tak dapat untuk malam tu, dah penuh, nasib baik akhirnya dapat juga tiket 2.2.2008, 8.35 pagi dapat juga saya terbang dengan Air Asia...sampai di LCCT..berjumpa pula dengan Yunus dari Sabah..sorang dari Perlis, sorang dari Sabah...hujung Malaysia tu...n kami dijemput oleh Muhabbad n isterinya, lepas tu muncul pulah si Fuad UDA....
saya memang dapat rasai perasaan terkilan Husin kerana berkali2 dia sms tanya khabar perkembangan majlis ini..tak pa husin, lain kali InsyaAllah ada rezeki dapat berkumpul lagi...
Muhabbad dan Kak Nab
Pertemuan yang betul2 tak TERsangka...sebelum ni Muhabbad call tanya saya sapa nama Kak angkat saya di KIK dulu, saya cakap ramai tapi yang paling rapat n paling baik dengan saya namanya Zainab Ngah...rupa2nya isteri Muhabbad...MasyaAllah3x...
Tanpa diduga Kedatangan saya akhirnya disambut oleh Muhabbad dan Kak Nab!
Kebetulan Muhabbad nak jemput Yunus..tapi rezeki saya n ketentuan Allah..
(Pertemuan semula dengan kakak angkat saya yang sangat baik hati, tetapi pendiam...Saya amat terharu dengan pertemuan ini, tetapi saya tahan air mata ini supaya tidak tumpah...saya akan cari semula gambar kenangan kami berdua dulu..
selepas pertemuan itu saya terus bersama Muhabbad dan Kak Nab dengan program2 kami sendiri laaa...Kawan2 tak perlu bimbang...Mereka memberikan layanan yang betul2 menyentuh hati saya, walau dah lebih 30 tahun, tapi mesranya macam adik beradik yang dah lama tak jumpa...anak2 juga sangat sporting..Saya balik ke Melaka bersama mereka, singgah di Seremban sekejap bertemu anakanda di Maktab Raja Melewar n bermalam di kediaman yang indah dan tenang di bukit Nangka...Yang bestnya keesokannya, 3.2.2008, kami dapat jumpa cikgu Tahir n makan tengahari dirumahnya, hasil air tangan isterinya...sedapnya asam pedas tu..rugi Rahiman tak joint kami sebab sibok dengan kenduri jirannya...)
sepanjang berada di rumah Muhabbad, dia tak putus dengan program jejak kasihnya...
call sana, call sini cari kawan2 lama n kami sama2 berkongsi detik2 itu...
Fuad n Mawi, nampak gayanya si muhabbad nak penuhkan senarai pelajar 5 sastera 5 tu, nak bertanding dengan 5 sains 1...Pa n Husin, kelas 5 sastera 1 guano?)
Betapa terujanya saya bertemu semula kawan2 lama sehingga saya terlupa janji n terpaksa batalkan hasrat untuk ke rumah adik saya sendiri di KL...Saya benar2 terharu dengan layanan kawan2 semua terhadap saya, tak putus2 menelefon bertanya khabar n perkembangan diri sebab saya datang dari jauh, sendirian kan..Anson, Kamilah, Mawi, Kak Ani, Wak Man, Pa, Dollah n Nik dll..jangan bimbang, kakak saya n "abang" angkat saya menjaga saya dengan baik sekali..
(Mawi, nampaknya saya memang tak boleh nak mendiamkan diri seperti yang dijanjikan..he he )
Cukup setakat ni dulu..bagi peluang orang lain pulak noo, nanti oghang cemuih pulak
Che Pah - di Indera Kayangan
04 February 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment