Assalamualaikum semua,
Saya cuba call kawan-kawan lama, Hussin Mat Isa dan terbaru harini dapat bercakap dengan Naim Nordin, kawan lama sejak di Aloq Staq lagi, suara dia berubah tapi identiti macam lama dulu juga, boleh berbual panjang. Rasa macam muda-muda dulu.Laa ni dah tua dah, anak dia sama banyak dengan saya 7 orang isteri masing-masing tak keja, kira seri la tu, cuma dia dok di Kl saya balik dok di kampong halaman. Pas tu plak rasa terharu tengok gambar Pak Sonaria, teringat semua orang kecut perut bila nak jumpa dia tapi saya kena masuk bilik dia di asrama seminggu sekali biasanya hari Ahad ambil kaset nak rakam bacaan al-Quran untuk dipasang masa assembly pagi Isnin Fadlullah atau daud norakit tukang baca Al-Quran, nasib baik suara saya tak sedap kalu tidak saya kena baca. Tengok gambo ustaz Adham lagi teruja, masa dulu badan dia agak berisi tapi suara sedap macam juga ustaz Ghazali Kelantan tu suara pon sedap. Ada seorang Ustaz kita pakat panggil dia Ayappan (punya la jahat dulu) nama dia ustaz Abdul Rahman orang Kedah,laa ni dok di area Pendang, saya juma dia masa kenduri kahwin anak Ustaz Abdul Hamid Tahir di A.Staq. Itu semua cerita lama tapi bila teringat perangai kita nak tergelak pun ada sedih pun ada. Lepas ni saya nak cerita kisah bila kluar bandar Kelang pulak. Saya ada cakap dengan Naim dan Fuat nak buat pertemuan di Utara khasnya untuk orang yang dok di utara. Tunggu respon. Email saya kg_tg_kk@yahoo.com.my OK Wassalam.
Zubir Rashid
04 February 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment