26 February 2008

Pertemuan di Melaka

Assalamualaikum,

Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada host pertemuan iaitu Pn Fatimah, suami beliau, dan anak-anak beliau yang bersusah payah menyediakan makanan, dan memberikan layanan yang first class kepada semua yang datang. It's a show of hosting finesse in a true Malaccan style that cannot be rivaled.

Of course, such an impeccable hosting of event can only happen with a superb planning and sharp execution, and for that, I must thank the whole committee members there (and they are in no particular order of preference): Wak Man, Bakry, Halimoon, Jaliya, Muhabbatein dan isteri/anak-anak. Kalau ada yang saya terlupa sebut, jutaan maaf dan ampun saya pohonkan. Ketuk ketampi saya relai atas kealpaan ini.

Ucapan penghargaan setingginya juga kepada dua orang ayahanda kita: Cikgu Tahir Zainol dan Cikgu Shahrom. Kedua-dua mereka datang dan sudi meluangkan masa bersama-sama dengan kita walaupun perbualan kita bukanlah ilmiah atau "bertamadun" sangat, maklumlah masing-masing memakai "thinking cap" di usia 17 tahun dulu untuk menghimbau pengalaman-pengalaman lama yang indah semasa bernaung di bawah bumbung KIK tercinta.

Kedua-dua ayahanda kita telah berada bersama-sama sehingga majlis tamat, dan sempat memberikan ucapan dan pedoman untuk kita semua. Saya tidak dapat mengingati kesemua butiran ucapan ayahanda kita berdua itu, tapi apa yang dapat saya sematkan dalam kotak fikiran saya ialah pesanan Cikgu Shahrom supaya kita semua menjaga kesihatan, dan pesanan Cikgu Tahir supaya kita menabur balik budi kepada alma mater kita, Kolej Islam yang tercinta, dan cuba menyelesaikan apa-apa jua masalah dan cabaran yang dihadapi Kolej sekarang.

Termasuk 2 orang guru, dan Sdr Saidi yang datang agak lewat, 30 orang telah hadir dalam majlis tersebut mengikut perkiraan saya.

Saya sebenarnya amat tidak sihat pada pagi hari Ahad itu. Sekembalinya dari Pekan, Pahang pada Sabtu malam tu, batuk saya makin menjadi-jadi. Bila saya bangun dari tidur paginya, tiba-tiba saya dapati suara sudah almost tinggal "zero", langsung tak nak keluar. Saya dah gabra, sebab apa-apa pun saya sudah tekad, kena pergi jugak ke Melaka sebab pada hari sebelumnya, saya tidak dapat ke KT kerana urusan di Pekan tamat hampir jam 5 petang. Kalau saya bertolak ke KT pada masa itupun, mustahil saya akan tiba dalam sela masa pertemuan di Motel Desa tersebut.

Thinking that missing two successive events will be a big NO for me, I was adamant that I really have to make it to Melaka, come what may. Sehari sebelumnya saya sudah email beberapa orang kuat gen77 seperti Dato Genghiz dan Fuat menyatakan bahawa saya tidak dapat datang kerana arahan ke Pekan itu menyebabkan saya tidak akan berpeluang untuk ke KT dan ke Melaka sekali gus.

Tiba hari Ahad, saya sms Mus menanyakan jam berapa dia akan bertolak dengan Naim ke Melaka. Saya sudah mula mencari-cari jalan untuk ke sana dengan Mus.

And what a dear friend he is!!! Dia siap offer "demo royat ke kawe demo dok mana, kawe gi ambik. Takke kawe nok lok demo drive soghe time demo tak sihat gitu tu"

Dipendekkan cerita, saya bergegas ke klinik, dapatkan sedikit ubat, supaya at least saya tidaklah bisu kaku semasa di Melaka nanti. Selepas makan ubat dan berjanji untuk bertemu berhampiran rumah Naim, kami bertolak lebih kurang jam 2.00 petang dan sampai di Melaka jam 4.00 petang lebih kurang.

Suasana di Melaka sudah diceritakan panjang lebar oleh Genghiz dan juga orang lain. Tidak perlulah saya ulangi.

Seperti yang Kamilah ucapkan, kawan-kawan kita di Melaka telah mengangkat palang ke aras yang lebih tinggi, menjadikan amat susah untuk orang yang akan menganjurkan pertemuan akan datang untuk melepasti palang "benchmark" itu. Tetapi saya yakin, dengan semangat Fastaqim Kama Umirta, kita mampu melakukan yang terbaik.

Tahniah untuk AJK sambutan di Melaka. Terima kasih daun keladi untuk semua yang bertungkus lumus. The meeting last Sunday was surely a history in the making.

-Asmawi Mohamad

Posing datin-datin dan bakal datin-datin! Ada posing "maut" lagi tak?
Kau orang tengok la betapa lentoknya si Che Tipah "butang baju" tu! Agaknya ada angin sepoi-sepoi bahasa sedang meniup kearah beliau! Sampai Naim yang duduk depan pun ikut terlentok sama
Gambar ramai-ramai selepas Cikgu Shahrom tiba

(semua gambar adalah ihsan Puan Latifah Zulkifli)

Dan di bawah ini ialah buah tangan yang dihadiahkan oleh penganjur Melaka! Tabik! Tabik! Tabik! Apa yang di isi di dalam paper bag tu?? Macam-macam adaaaaaa!

Akhirul kalam, terima lah se das pantun Baba dan Nyonya Melaka ini (dipetik dari khazanah lama):

Tinggi bukit silang gumilang
Kamunchak jugak di lalu awan
Sunggu ringget masok terbilang
Mana-kan sama budi tuan

Amat-lah hamba bersuka chita
Telah membacha shaer dan cherita
Banyak trima kasih hamba berkata
Kepada sahabatku chahya mata

No comments: