Salam,
Meriah sungguh sejak akhir-akhir ni. Selepas liqa' kat KT jumpa lagi di Kandang. Memang kat kandang lebih hebat sebab lebih besar manakala kat KT macam kat reban aje. Namun bak apa pun saiznya kita dapat menemukan gen77 yang terpisah lama apatah lagi dengan kehadiran guru-guru kita yang saya percaya amat gembira melihat produk yang dihasilkannya dari kilang bernama KIK. Sekurang-kurangnya anak-anak murid mereka masih mengingati mereka dan berjaya keluar ke dalam masyarakat yang dulunya ' kamu itu dilihat oleh masyarakat ' ( mengambil kata-kata Pak Soenaria Sasmita kita). Kita pula perlu mula belajar mencontohi guru-guru kita yang sudah bersara dan meneruskan hidup baru di luar profesyen perguruan mereka. Cikgu Tahir umpamanya masih awet muda dan sihat mengerjakan kebunnya. Persiapan beliau ialah 10 tahun sebelum bersara. Bila bersara pokok buah-buahan sudah besar dan berbuah. Tenang hati dan fikiran beliau bila berada di kebun melihat hasil titik peluh dan kemeriahan bila rakan dan taulan berkunjung di musim buah-buahan. Selain dapat berjumpa dan meneruskan ikatan persahabatan dapat juga sama-sama menikmati rasa buah-buahan. Pada yang tak berpeluang berkebun tu boleh juga mengambil petua untuk kekal awet muda beliau. Katanya, buangkan perasaan marah dan masalah yang menghantui diri. Sebaliknya tenangkan fikiran dan bersihkan hati. Walaupun beliau beliau pernah menjalani by-pass jantung tapi sekarang masih sihat dan aktif berkebun. Kita pun elok juga dapat kekalkan awet muda ni ( bukan lelaki sahaja tapi termasuk perempuan juga ) sebab nanti taklah rasa inferior pulak. Tapi kalau dah rambut memutih macam saya ni kena fikirkan kaedah yang lain pulak.
Memori kali ini menyentuh peristiwa yang ditanya oleh Datuk Lah @ Genghis Khan @ Emang Manang @ Jamal Abdillah ( berapa banyak alias daa..). Sebagai room mate beliau tahu perangai saya. Sampai saya betul-betul marah pun dia dapat ingat. Marah-marah yang lain tu bukan betul. Tapi marah yang satu ni memang mapuh kekeng. Peristiwa berlaku masa lower six- tahun 1978. Tempat di tepi padang hoki depan pintu masuk KIK tu le. Pelajar lelaki yang baru masuk ke lower 6 ni tengah kemaruk main football. Almaklum sajalah lepas berjaya menyambung pelajaran ke KIK semula dan berbulan madu selepas SPM, padang tu ana yang ampunyalah. Penggunaan padang adalah berjadual iaitu berselang seli dengan pasukan hoki perempuan yang johan daerah dan negeri Selangor tu. Nak main kat padang baru kat belakang sana, rumputpun tak tumbuh lagi. Tanah masih merah, rumput pun bertompok-tompok. Bukan boleh main bola, tapi dilarang menggunakannya untuk memberi peluang pucuk-pucuk rumput tu tumbuh dan biak berkembang. Jadi kami hanya menggunakan stadium hoki dan bola yang sama sekalipun saiznya kecil sedikit dari saiz padang bola Piala Dunia.
Bila masuk lower 6, kami dapat biasiswa dan ditawarkan oleh guru sukan untuk membeli boot bola baru dan potong biasiswa. Maka ramailah yang mengambil tawaran tu termasuklah yang menulis memori ini. Macamana dapat penyapu baru begitulah juga dapat boot baru. Lambat siang aje nak turun padang nak cuba keserasian boot tu. Hari tu memang giliran kami pemain bolasepak KIK Cup yang akan menggunakan padang tu. Masing-masing membuka kotak boot bola ditepi padang untuk bergaya dan mengetesnya. Tengah warm-up tiba-tiba pemain hoki wanita muncul untuk bermain. Mulanya kami tak berapa kisah sebab jangkaan kami mereka hanya sekadar di pinggiran sahaja sebab jadual penggunaan memang sah untuk pemain bolasepak. Tapi bila mereka masuk ke tengah padang dan pemain-pemain bola hanya sekadar memanas badan dan mengetes boot ditepi padang maka bermulalah episod kejadian haritu. Berlakulah perang mulut yang memangnya saya tak campur sebab dah petang takut ada yang tak gosok gigi lagi, tak kan haru bila berperang mulut. Kami masih yakin kami akan bermain bola pada petang tu, tapi disebabkan campur tangan guru sukan yang memihak kepada pemain hoki wanita maka terbakarlah kemarahan dan seterusnya menyebabkan saya mengherdik pemain hoki yang berhampiran kami sehinggakan ada yang melebel saya sebagai gengster. Mana tak marah, boot baru keluar kotak, giliran bermain bola dirampas orang lain. Dalam frust tu lah kemarahan terserlah dan hilang pertimbangan tetapi tidaklah terlanjur. Itulah kisah bagaimana depa pangge saya gengster. Sebenarnya bukanlah gengster macam Botak Chin atau Bentong Kali sekalipun saya juga dari Bentong, Pahang ( Karak ). Tak pernah saya ugut atau ancam orang lain, bahkan kerja sekarang pun manage security yang berdepan gengster di Bukit Bintang dan Hentian Puduraya. Itupun sampai 31.3.2008 aje. Lepas tu tak tau lagi ke mana ( tapi masih dalam kumpulan UDA ).
Memori ini saya titipkan untuk menjawab pertanyaan Datuk Lah semasa liqa' di Kandang tempohari. Sebab bila dah masuk kandang apalagi nak buat. Boleh lah berborak. Kalau kat padang asyik meragut hingga tak ada masa nak berborak. Di samping itu dapat membersihkan nama dari gelaran yang diberi tu. Mungkin ada yang berjumpa semasa liqa' merupakan salah seorang atau dua orang dari pemain hoki yang berada di lokasi memori ini terjadi.
Apa pun kita enjoy dan syukur dengan liqa' di mana jua dan jika ada yang tersalah silap semasa di KIK dan liqa' maaf jua yang dipinta. Diharap kita berjumpa lagi di dalam maya dan alam nyata bersama jumlah yang lebih besar.
Wassalam.
26 February 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment