17 February 2008

Semalam, Hari Ini dan Esok

  • Dok ceghita-ceghita ni ingatan saya tak la tara mana pun, cuma kita ni kadang-kadang ada perkara-perkara tertentu yang melekat lama dalam ingatan. Lebih2 lagi sesuatu yang lebih kita suka atau sesuatu yang paling tidak kita suka. Satu lagi mungkin sebab saya ni tak banyak cakap {dulu; sekarang ni tak la kot :) }, jadi banyak benda dok simpan saja dalam memori.Bila sampai masa boleh keluar, dia mencurah-curahlah! Jangan sampai orang bosan sudahlah!

    * Satu hari waktu ambik anak bongsu balik dari sekolah, saya tunggu di luar pagar. Tiba2 saya tersedar tapak tangan anak saya betul2 dok bergoyang-goyang depan mata. Dia kata dok panggil dan lambai2 kat saya sejak dari dalam kawasan sekolah lagi, tapi saya tak respon apa2. Bila suami saya dengar dia kata; ”Kadang-kadang ada di dunia ni ka di dunia mana tak taulah!”
    * Kemarin dulu lepas mengaji bersama orang2 pencen di masjid , suami saya terpaksa tunggu lama sebab saya tercari-cari selipar. Rupanya masa nak datang saya menyarung selipar dalam keadaan tidak sedar.Bila nak balik saya mencari selipar yang saya biasa pakai. Mana nak ada, saya pakai selipar lain! Lama baru jumpa.


    Itulah saya, sejak dulu selalu dalam keadaan ’unconcious’ :) dan kini faktor usia menyebabkan adakalanya bercita2 nak buat macam-macam tapi keupayaan sudah semakin terbatas. Dan,saya selalu berdoa kepada Allah SWT supaya di hujung2 usia tidak ditimpakan penyakit nyanyuk. Takut menyusahkan anak-anak. Mudah2an mereka tidak jadi berdosa kerana kita.

FarahDina

No comments: