17 February 2008

Doa untuk Yang Arif

Nampaknya Yang Arif kita ditimpa insiden silih berganti dua tiga hari kebelakangan ini. Dahlah beliau tidak berjaya mendapatkan visa keluar pada hari Jumaat yang lepas sewaktu kita mengadakan makan malam ringkas di Restoran Anuar Kg Bharu dengan kawan-kawan lama termasuk Halimon dan Dr Fauzi Ahmad. Hari Sabtu, semalam, kalau saudara/saudari tengok gambar beliau di AGM Alkis dengan Dato Dollah, ibu jari kiri beliau jelas berbalut. Beliau terluka sewaktu membersihkan akuarium di rumah beliau, dan dalam kesakitan luka tersebut, masih mampu menghadirkan diri di mesyuarat agung Alkis tersebut.

Pagi tadi beliau sms saya jam 8.23 pagi memaklumkan bahawa beliau tidak berapa "fit" hari ini kerana ditimpa insiden sekali lagi. Akibat keuzuran tersebut, beliau terpaksa menguzurkan diri dari menghadiri majlis di rumah abang Ajis, abang sdr Mustafa Mohd Nor kita, di Kelang hari ini. Alhamdulillah, beliau agak bernasib baik kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan serius akibat insiden tersebut.

Doakan kesihatan yang berkekalan untuk Yang Arif kita ini. We need you to be fit and healthy all the time. Kalau tidak, siapakah nanti yang akan mengadili kes-kes kegawatan moral dan agama masyarakat kita sekarang! Don't be too harsh on yourself. If extra help is needed, maybe Kopi Saidi will be able to help. Dato Dollah can attest to this. Tanyalah beliau sendiri.


-Asmawi

p.s.:
Yang Arif, aku pernah terkena lebih kurang macam hang kena, tapi jauh lagi sakit wooo. Ibu jari kiri aku terkepit celah pintu kereta bulan lepas. Sampai sekarang lebamnya masih ada. Kau kira jauh lebih bernasib baik, sebab bukan kena pintu kereta.

No comments: