Assalamualaikom!
Dulu ustaz2 kita ada mengajar beberapa tajuk nusus. Kami yang dok di kelas sastera kena hapai bulat2 sebab nak ambek SKK. Antara syaer yang ana masih ingat sampai laa ni ialah yang dikaryakan oleh Al Imam Assyafiee rohimahulLah. Kata Al Imam;
"Bermusafirlah kamu, pasti kamu akan menemui teman gantian kepada teman yang kamu terpisah darinya!"Katanya lagi;
"Sesungguhnya aku melihat air yang bertakung tak bergerak akan merosakkannya, andainya ia mengalir ia akan menjadi baik, dan andai ia tidak mengalir pasti ia tidak akan menjadi baik!"
Teman!
Ana tak mau nak syarah panjang2. Kita semua dah lama2 belaka. Semua tentu tau bila, mengapa dan bagaimana nak bertindak bila ada sesuatu yang dicadangkan oleh kawan2! Duit boleh dicari setakat rezqi yang Allah beri. Alhamdulillah. Dah lama kita sibuk dengan dunia kehidupan kita dan keluarga sendiri. Dalam pertemuan2 yang diadakan telah banyak yang kita lihat. Macam2. Memang kita kata tak patut jadi macam tu, tetapi itulah keadaannya. Tak kenai pun walaupun kita masih belum sampai 50 tahun! Selepas tenung, rebung, belek kelebek, bayang, garu dan pikiag, akhirnya memori kita pun mai, kita dapat kenai juga, Alhamdulillah. Ada kawan2 yang kurang prihatin, mungkin kerana ada perkara yang lebih penting agaknya! Yang memang tak boleh tinggai, nak buat macamana? Tak paa la hok ado hal mace tu! Kepada mereka kita doakan semoga Allah Taala sentiasa mempermudahkan kehidupan agar dapat kembali berkomunikasi atau berhubung muka dalam program2 yang sempat kawan2 kita atur hanya kerana ingin menatap wajah2 teman lama yang pernah makan, minum, bermain, bertengkar, bergaduh selama kita berada di KIK dulu sebelum kita menghembus nafas terakhir menghadapi alam kubur menuju ke akhirat!
Kawan2ku!
Alfatihah untuk kawan2 kita yang sudah agak ramai mendahului kita ke alam baqa. Guru2 kita pun sudah ramai yang sedang menunggu kita! Kita hanya dapat mengumitkan dua bibir dan menggerakkan lidah menghadiahkan beberapa ayat suci kepada mereka. Itu saja? Itu pun ketika Allah masih memberi kekuatan dan keizinan untuk kita berbuat demikian. Apakah kita masih mahu berkira? Ayuh teman, ayuh Bakri, Hj Mang, Puat, Samawe, Saidi Ismail, kaum2 ibu kita! Semarakkan pertemuan! Semoga Allah memberkati usaha2 kita untuk mempertauteratkan semula hubungan ukhuwwah fillah yang telah terputus agak lama!
*Hj Mang! Ana bersedia demi menjayakan Liqa' Pantai Timur! Pastikan tarikh dan masa yang sesuai utk kita terus bersama!
Ampun dan maaf jika tersalah sangka!
Akhukom fil Islam wal hakhir ilalLah;
-abdullah hj hassan
080208
No comments:
Post a Comment