Sewaktu Sdr Saidi datang ke KIK minggu lepas, beliau ada membawa bersama beberapa kotak sejenis produk kopi kesihatan yang dinamakan "Biosecret Young Cafe". Hanya ada 5 kotak yang dibawa. Haji Deramang ambil 2 kotak dan saya ambik bakinya 3 kotak.

Satu kotak berharga RM19.90, dan ada 15 sachet di dalamnya.
Saya telah cuba beberapa hari, and I must say that the product is effective :). Kandungan utamanya ialah Tongkat Ali, Ubi Jaga, Pegaga dan Halia. Kalau setakat nak berjaga sampai jam 3 pagi untuk apa-apa tujuan, ditanggung beres pak!
Ia dikilangkan oleh TPM Biotech Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Technology Park Malaysia. Produk ini ada GMP (Good Manufacturing Practice) dan Halal.

Sesuai dengan namanya, produk ini hanya sesuai untuk orang-orang "muda" seperti kita.

Kalau berminat, sila telefon Saidi untuk order. Kalau ordernya dapat dikumpulkan, Saidi sanggup datang dari Bentong ke KL untuk diedarkan.
-Asmawi
No comments:
Post a Comment