"Emang Manang" Di RR Bukit Gantang
7.2.08
Assalamualaikom teman semua!
Sampai saja di Klang petang semalam 7 feb 08 setelah kembali dari Sg Tiang, Kedah kerana menghantar ibu saya pulang ke sana, saya terus membuka blog kita. Saya mencari maklumat berkenaan liqa' utara dan gambar2 jika ada. Tetapi masih belum dimuatkan oleh kawan2 dari sana. Begitu juga maklumat dari Mohabbatein & Prof. Madya Tipah. Masih juga belum ada. Lantas peluang yang ada itu saya ambil dan memasukkan 2 keping foto yang anak dara saya ambil pada malam tersebut. Cuma 2 keping itu saja yang sempat dia ambil. Anak dara saya tu pemalu sikit orangnya! Saya langsung tak ambil peduli dengan kamera malam tu sebab asyik sangat bersembang sakan dengan kawan2 di samping berutus sms dengan Prof Madya yang sedang bersiap sedia berkunjung ke kediaman Bapak Soenaria. Tipah smskan dalam keadaan seakan2 merajuk "Bencinya aku...hangpa tak patut la tak plan awai2.. Tak pa, kami nak pi rumah Pak Soenaria ni. Supirnya dah menjemput kami ni. He he... salam rindu semua."
Tipah! Aku heghan pasai apa hang hantag sms kata tak dapat cakap dengan kami! Aku bagitau kat Fuat yang hang tanya kami nak cakap dengan Bapak ke? Aku balas balik. Aku kata: ok bisa saja!. Tungguuu laaaa kami ni. Last2 hang bagi tau pasai apa cakap siam saja!? Ni yang heghan ni! Malam tu aku tak beghapa bulih lena. Pagi kemaghin aku bagi tau barangkali no hp aku ni dah kena klon oleh oghang siam apa? Sebabnya kami yang ada malam tu tak dapat panggilan dari sana!
Saya juga sempat memberitahu Mentor Sdr Asmawi bahawa pertemuan sedang rancak berjalan dan beliau mengingatkan saya supaya bantai Om Puat cukup2 kerana bila lagi nak ghasa ?
Kamilah! Tiba2 saya teringat padamu! Terima kasih banyak2 kerana komitmen yang telah Kamilah berikan dalam menjayakan ikatan ukhuwwah yang dipelopori oleh Sdr Mawi & sahabat2 yang lain. Kehadiran saudari dalam program di Briyani King sangat2 kami harapkan. Kemunculan saudari bersama Roziah menjadikan majlis pertemuan di Briyani King semakin berseri dan mensyahdukan.
Kamulah Kamilah, tetamu yang datang lebih awal bersama Roziah selain Hj Mang dan Kapten Saidi ke majlis pertemuan kita di KIK sempena majlis pernikahan Nuha dan Hassif. Saya memberitahu kamu bahawa Cikgu Kusno sudah datang dan meminta kamu segera menemuinya. Selepas kamu dipertemukan dengan Cikgu, saya membiarkan kamu berbual bersamanya. Suasana semakin bertambah riuh apabila semakin ramai tetamu yang datang..... saya terpaksa ke sana ke sini. Hati tidak senang ketika berada di hadapan dewan untuk menyambut tetamu2 yang datang, kerana sentiasa ingatkan kawan2 gen77 kita. Hanya sesekali saya sempat menyapa teman2, kemudiannya kembali ke muka dewan. Saya dan Nik memohon berbanyak kemaafan kepada rakan2 kerana tidak dapat sepenuh masa bersama dalam situasi kemeriahan apabila berlaku pertemuan sesama rakan. Sesekali saya sengaja membawa beberapa orang abang dan kakak senior kita kepada Sdr Mawi untuk diteka siapakah gerangan mereka. Sdr Asmawi telah menceritakan perkara ini dalam catatannya yang bersiri itu.
Kamilah! Saya rasa cemburu apabila hanya dia yang bergambar di atas anak tangga sebelum kita bergambar ramai bersama di atas pentas! Lantas dalam catatan ini saya tidak sebut bergambar bersama siapa? (Jangan marah ya yg berkenaan!).
Mak Andam Kamilah! Saya masih tertanya2 berkaitan satu perkara yang sehingga kini masih belum ada cluenya. Saya ada bertanya kepada Nik, tetapi jawapannya diam saja!? Kepada Mawi pun saya ada tanya, tetapi Mawi senyum semacam saja? Jadi sampai sekarang saya masih belum tahu jawapannya! Kalau boleh, saya ingin bertanya, bagaimana boleh timbul "Ghenghiz Khan?". Dulu2 ada laa sekali dua orang cina yang dah tua2 tu tanya saya dalam bahasa cina. Gua ala cakap gua ni olang melayu! Kawan2 yang lain kata saya macam jamal abdillah, tapi emak aku pulak kata yang aku ni macam emang manang puloook. Bini aku kata bior lah demo nok kato macee sapo2 tapi jange gata nok caghi hok laen doh!
Kepada semua teman yang datang minggu lepas (Asmawi, Mus, Kamilah, Latifah, Roziah, Kak Ani, Wak Man, Enchon, Puad Mohd, Radziah Mezah, Hj Mang, Saidi, Azhan, Md Noor, Yunus, Naim, Mohabat & Madam, Latifah Zul & Suami, Bakri & family, Kamariah, Halimah, dll )
Harapan saya semoga dalam pertemuan2 yang lain, In Sya Allah kita semua dapat dipertemukan oleh Allah Taala!
Berbalik kepada liqa' utara, sebenarnya dalam blog ini ada saya catatkan dalam tajuk yang saya tujukan kepada Wak Man. (Wak Man apa pasal dah melenyapkan diri pula? Saya bimbang jika terkena tangkap!!!) Harapan saya supaya Wak Man tolong munculkan diri dalam blog ni segera! Tak kan tak mau terima lamaran utk ke sana pada 2 mac nanti? Kawan2 kita si Baba dan Maon dah jumpa ke belum?
O.k, dalam post itu saya ada sebut sikit kepada Om Puat, yang saya akan pulang ke desa nun jauh di utara sana, ngak jauh dari perkampungan masyarakat siam. Saya bilang dalam post itu bahawa kembalinya saya bersama famili adalah untuk menghantar bonda kesayangan yang sudah ngak sabar2 mau pulang kerna kerinduannya yang sangat2 dan sudah ngak tertahan kepada haiwan kesayangannya si putih! Begitu juga dengan beberapa jenis tumbuhan penghias laman. Lantas saya terpaksa akur saja kernanya ia adalah perasaan ibu kita. Kan gitu? Saya tuliskan kepada Om Puat dan memberitahunya yang saya mahu bertemu dengannya di Kota Guarg. Konon2nya dalam pertemuan itu saya dapat memberitahunya sesuatu berkaitan dengan Kota Guarg yang ada kaitannya dengan proses kehidupan saya masa kecil2 dulu.
Begitu juga saya ada selitkan yang kalau boleh dapat juga teman2 yang lain yang berada di sana diajak bersama. Saya pernah singgah di Kota Guarg satu masa dulu di mana pada waktu itu ada sebuah restoran Melayu yang membuat bisnes nasi. Yooooooohh, enak sekali rasanya. Saya pernah singgah di situ bersama famili. Sekarang saya ngak tahu adakah masih ujud atau sudah bankrup? Pokoknya saya serahkan kepada Om Puat untuk tentukan tempatnya. Itu saja. Jadi kita tidak ada perancangan apa2 pun. Kepada Prof Madya, Naim dll, kita pohon berbanyak ampun dan maaf kerana tidak mewarwarkan perkara ini terlebih dulu. Sebenarnya kita tidak ada spekulasi apa2, tidak ada boikot2 dan tidak ada ribut2.
Saya tahu, Sdr Naim mungkin terasa hati kerana perkara ini tidak diberitahu lebih awal kepadanya, begitu juga dengan Prof Madya Tipah. Jutaan maaf teman2. Sumpah, tidak dirancang dan tidak disengajakan. Lain kali kita bertemu lagi, ok.
........... bersambung
-abdullah hj hassan
8.2.08
No comments:
Post a Comment