Yup. Looks like Tipah will be "tekona" (loghat orang ghombau) di TG Corner this weekend.
Perjumpaaan yang mulanya dirancang secara "low key" sekarang sudah jadi "high key" hasil usaha promosi beberapa orang "sifu" kita seperti Datok Dollah suami isteri, Fuat dan juga komitmen beberapa orang kuat di Perak sendiri.
Nampak gayanya, Tipah kena masak banyak-banyak la nak handle serangan orang-orang yang datang dari jauh ni-sure semuanya lapar-lapar belaka, maklumlah datang dari nun ceruk Changloon, Kelang, Sg Buluh dan macam-macam tempat lagi.
Restoran TG Corner ni rasa macam familiar je buat saya. Entah-entah pernah singgah, tapi sebab masa tu belum kenai Tipah lagi, tak dapek la kami makan free masa tu!! Maklumlah semenjak dua menjak berulang alik ke Tronoh ni, segala jenis tempat makan dah kami lawati bagi mengalas perut. Makan pagi, makan tengahari, dan kadang-kadang terpaksa makan malam di sana sebelum balik ke KL.
Saya akan bertolak awal pagi Ahad lagi -maybe lepas subuh- sebab anak saya nak balik semula ke sekolah dia awal sikit untuk siapkan kerja-kerja sekolah dia. Lepas hantar dia, saya akan terus ke TG.
By the way, Mak Andam hantar sms kat saya dia kata dia tak dapat join kita semua sebab dia akan bertolak ke Hong Kong pada hari Ahad tu. Dia kirim salam banyak-banyak kat semua orang dan mintak maaf kerana tak dapat join. Knowing her, I am sure she would very very much love to join, if not because of this HK trip.
Arpi juga tidak dapat join sebab beliau berada di Kemaman dan hanya akan balik dari Kemaman pada hari Ahad itu.
Tapi kalau Anson dan Che Tipah ada, dua orang itu sudah cukup untuk menggamatkan suasana nanti. Orang lain boleh jadi pelakon sambilan saja.
-Asmawi
08 February 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment