23 January 2008

Rumah Yang Arif kena ceroboh

Salam,

Pagi tadi jam 10.09am Yang Arif hantar satu sms kepada saya. Saya salin seketul2 apa yang dia tulis ok:

5.30a, tadi kawag masuk kuaters aku.Anak aku sed ag trus kawag lari. Bila ceq lap top jam h/phone n 10 p sg ksut beli dlondon beres.

Oleh kerana saya gagal "decipher" sms tersebut (kalah cryptology Angkatan Tentera Malaysia), saya forwardkan kepada si Fuat untuk diterjemahkan. Beginilah terjemahan si Fuat:

kuaters dia pcuri masuk.amik brg2 dia.simpati kat dia.

Laaa...begitu rupanya. Cepat-cepat saya hantar sms balik kat Yang Arif, mendoakan mudah-mudahan beliau dilimpahkan kesabaran atas musibah yang menimpa, dan Allah gantikan apa yang hilang itu dengan yang lebih baik lagi.


Amin.

-Asmawi Mohamad






No comments: