25 October 2008

EKSPEDISI KINABALU


Salam semua!

Persiapan setakat ini dari segi latihan fizikal, kelengkapan, penginapan di Laban Rata dsbnya sudah beres. Malam nanti kami akan berangkat ke KK. Awal pagi esok akan ke kaki gunung Kinabalu. Selepas selesai urusan permit, insuran dan penunjuk arah, barulah dapat memanjat. Saya akan bermalam di Laban Rata. Tempahan tempat telah dibuat tiga bulan yg lepas. Memang sukar utk mendapat tempat bermalam di sana kerana pelancong luar terlalu ramai. Biasanya mereka datang secara berkumpulan dan tempahan dibuat lebih awal. In Sya Allah, selepas ekspedisi ini, kita akan uruskan pula utk ekspedisi tahun 2009! Harapan saya ramai gen77 yg mahu ikut serta! In Sya Allah. Doa kalian, kekuatan saya!

Wassalamualaikom wr wb!

1 comment:

Anonymous said...

Segak betul Tok Lah dengan Climbing suitnya. Datin NIk ikut juga ke? Apa pun saya doakan antum semua Genkik 77 yang menjalani expedisi kali ini berjaya sampai ke puncak Kinabalu. Saya memang semangat sangat nak pergi, tapi apakan daya. semangat saja tak cukup jika fizikal sendiri tak fit. Mungkin untuk ekspedisi lain boleh saya join, seperti kembara mencari sahabat Genkik 77 di serata tanah air misalnya.